WADAH ANJUR SEMINAR FIQH TA’AYUSH

Kongsikan artikel ini :

WADAH Malaysia Anjur Seminar Fiqh Ta’ayush: Hidup Damai Dalam Komuniti Asean, Kukuhkan Kerjasama Serantau.

SELANGOR: Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH) akan menganjurkan Seminar Fiqh Ta’ayush: Hidup Damai Dalam Komuniti Asean pada 26 Oktober 2024 ini di ibu negeri Selangor, Ideal Convention Centre (IDCC) Shah Alam, yang akan menjadi platform mengupas pendekatan Fiqh Taayush (budaya hidup damai) dalam kehidupan sekarang dan masa akan datang.

Seminar yang julung kali diadakan akan menghimpunkan pakar dari pelbagai latar belakang, termasuk ahli akademik, penggubal dasar, diplomat dan aktivis dari beberapa negara bagi menilai perkembangan semasa serta mencari solusi bagi mengukuhkan kerjasama serantau. Objektif lain seminar ini adalah untuk menyemarakkan ciri-ciri Madani dalam membina budaya yang tinggi dalam Masyarakat ASEAN.

Antara yang akan diberi tumpuan adalah peranan masayakarat setempat sebagai pengamal budaya damai, dialog antara etnik, peranan pemimpin komuniti ASEAN dalam pemerkasaan setempat. Sebagai latar belakang, ASEAN mempunyai 10 negara menjadi jiran tetangga di antara satu lain. Jumlah penduduk melebihi 600 juta orang yang terdiri berbagai bangsa, agama, kebudayaan dan bahasa.

Menurut Kishore Mahbubani, seorang Analisa geopolitik, ASEAN adalah kawasan yang mempunyai pengalaman masyarakat yang penuh dengan toleransi dalam menangani perbezaan diantara mereka. Ini adalah kerana satu kaedah pendekatan yang diambil oleh pemimpin dalam negara ASEAN iaitu menghormati nilai-nilai sejagat yang selama ini di anuti oleh komuniti ASEAN.

Dengan slogan “Komuniti ASEAN” juga diusahakan oleh pemimpin ASEAN bagi mengukuhkan kedudukan rantau sebagai sebuah rantau yang aman, stabil, bermaruah, progresif, berdaya saing serta penuh dengan nilai budaya, beragama dan hormat-menghormati.

Sehubungan dengan itu, WADAH terpanggil untuk mengupas lagi keperluan membudayakan hidup secara damai serta mengajak seluruh komuniti ASEAN menghayati kedamaian serta mendokong nilai nilai madani sebagai teras kehidupan dan berupaya menangkis budaya pemikiran asing yang mencabar pada masa akan datang.

Berita Wadah - BM|Berita Wadah
Pek ceria raya

AGIHAN PEK CERIA RAYA (PCR) UNTUK MUALAF DI IOA CENTRE

Kuala Lumpur, 15 Mac 2026 – Dalam semangat Ramadan yang mulia, WADAH Pencerdasan Umat Malaysia, dengan kerjasama Yayasan Taqwa, telah mengagihkan 55 pek Pek Ceria Raya (PCR) kepada para peserta mualaf di Islamic Outreach ABIM (IOA) Centre, Masjid Negara, Kuala Lumpur. Program ini bertujuan membantu golongan mualaf membuat persiapan menyambut Aidilfitri serta menyemai semangat kepedulian […]

Baca Lanjut
PEK CERIA RAYA

AGIHAN PEK CERIA RAYA (PCR) SANTUNI KOMUNITI OKU DI PPR LEMBAH SUBANG 2

Petaling Jaya, 15 Mac – Dalam semangat Ramadan yang penuh keberkatan, program Agihan Pek Ceria Raya (PCR) telah dilaksanakan di PPR Lembah Subang 2, Petaling Jaya, melibatkan pengagihan sebanyak 60 pek sumbangan kepada golongan Orang Kurang Upaya (OKU) dalam komuniti setempat. Program ini bertujuan membantu meringankan beban golongan yang memerlukan, khususnya dalam membuat persiapan menyambut […]

Baca Lanjut
orang asli

WADAH SANTUNI MASYARAKAT ORANG ASLI MELALUI PROGRAM AGIHAN PEK CERIA RAYA

Sungai Gabai, 14 Mac 2026 – Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH) dengan kerjasama Yayasan Taqwa telah melaksanakan Program Agihan Pek Ceria Raya (PCR) di Kampung Orang Asli Sungai Gabai sebagai sebahagian daripada usaha menyantuni masyarakat Orang Asli serta memperkukuh hubungan silaturahim bersama komuniti setempat. Program tersebut turut melibatkan penyertaan pelajar latihan industri yang bersama-sama turun […]

Baca Lanjut
projek bubur lambuk

PROJEK BUBUR LAMBUK WADAH 2026: MENYEMAI UKHUWAH DAN KEPEDULIAN RAMADAN

Sungai Merab, 10 Mac 2026 – Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH) dengan kerjasama Pusat Infaq WADAH telah melaksanakan Projek Bubur Lambuk 2026, mengedarkan 700 bekas bubur lambuk kepada pelbagai komuniti, institusi dan agensi sekitar. Program ini bukan sahaja menyediakan juadah berbuka puasa kepada masyarakat, tetapi juga menjadi platform untuk memperkukuh ukhuwah, mengeratkan semangat gotong-royong, dan […]

Baca Lanjut
Jumlah Pelawat Hari ini :
736
Jumlah Pelawat Keseluruhan :
415055
Klik Sini