Membangun Negara Beradab: Reformasi Mesti Berpaksi Pada Kesabaran, Nilai dan Etika
June 23rd, 2026
| Editor Wadah
Kongsikan artikel ini :
Dalam era yang digerakkan oleh pertumbuhan ekonomi, pendigitalan, transisi tenaga dan kecerdasan buatan (AI), kita tidak boleh sama sekali mengabaikan asas yang menjadi tunjang kepada sebuah negara yang beradab iaitu nilai dan etika.
Kerana pada akhirnya, yang menentukan sama ada sesuatu maklumat itu benar atau palsu, hak atau batil, serta membawa kepada kebaikan atau sebaliknya bukan semata-mata fakta, tetapi nilai dan etika yang mendasarinya.
Sementalahan saya sering mengingatkan bahawa reformasi yang ingin dijelmakan tidak semata soal menggubal dasar baharu, tetapi juga keberanian menerima sanggahan, mempertikai kebiasaan dan membuka ruang kepada pembenturan idea yang sihat.
Dalam karya ‘The Trial of Socrates’, I.F. Stone mengangkat hakikat bahawa kota Athens, tanah kelahiran Socrates, hanya dapat berkembang kerana adanya kebebasan untuk berhujah, menyanggah dan menguji setiap gagasan yang dikemukakan. Kebebasan sebenar menuntut keterbukaan serta kesediaan kita mendengar pandangan yang berbeza.
Sejarah juga turut mengajar bahawa perubahan atau percubaan untuk menterjemah reformasi tanpa hikmah, kesabaran dan keadilan mampu menyimpang dari cita-cita asalnya yang sedia murni. Revolusi Perancis, misalnya, melalui Jacobins yang menjanjikan harapan besar, namun dekad selepas itu menyaksikan perbahasan di bandar-bandar hanya bertumpu soal idealisme dan kebebasan semata, sementara kelompok miskin di desa terus terhimpit berbanding era sebelum revolusi dengan gejala ‘reigns of terror’ terus mendapat tempat dalam kehidupan bernegara.
Begitu juga pengalaman Václav Havel di Czechoslovakia yang memperlihatkan bahawa idealisme semata tidak memadai sekiranya realiti atau permasalahan asas masyarakat yang rencam dan kompleks tidak ditangani dengan bijaksana yang akhirnya menyaksikan negaranya terpecah kepada dua negara (Czechia dan Slovakia). Bukan untuk menakutkan, tetapi saya berkeyakinan reformasi dan perubahan di Malaysia mesti berpaksi pada kesabaran, keberanian, iltizam yang jitu dan menjauhi sikap gelojoh.
Justeru itu, tugas dan tanggungjawab kita memastikan perubahan terus berjalan dan konsisten, dan dalam masa sama mengambil kira serta menggarap persoalan asas masyarakat yang perlu diutamakan. Kerana pada akhirnya, apa guna demokrasi dan kebebasan sekiranya kemiskinan terus membarah dan kesenjangan terus melebar.
#MalaysiaMADANI #MADANIBekerja #YakinMADANI
Kerana pada akhirnya, apa guna demokrasi dan kebebasan sekiranya kemiskinan terus membarah dan kesenjangan terus melebar.
KUALA LUMPUR, 31 Oktober – Bengkel Keibubapaan Era Digital telah diadakan di Masjid Salahuddin Al-Ayubi, Taman Melati, bagi meningkatkan kesedaran ibu bapa terhadap cabaran mendidik anak-anak dalam persekitaran teknologi yang semakin berkembang. Program ini memberi tumpuan kepada perkembangan psikologi generasi digital, strategi pencegahan dan kawalan penggunaan gajet serta pembinaan ketahanan keluarga dalam menghadapi dunia tanpa […]
BANGI, 31 Oktober 2026 – Memperkukuh jaringan ukhuwah Islamiah merentas sempadan serantau serta meneroka ruang sinergi dalam pemerkasaan institusi pendidikan Islam menjadi matlamat utama penganjuran Program Kunjung Hormat Delegasi NGO dan Institusi Pendidikan Indonesia ke Ibu Pejabat Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH) di Bangi hari ini. Pertemuan muhibah peringkat serantau ini menghimpunkan barisan kepimpinan utama […]
22 Oktober 2026 | Editor WADAH BANGI, 21 Oktober – Hubungan antara institusi diraja dengan rakyat serta kepentingan memelihara adat dan Perlembagaan dalam sistem kenegaraan Malaysia menjadi tumpuan sesi ketiga Dialog Ummah 2.0 bertajuk “Raja dan Rakyat Berpisah Tiada” yang berlangsung di Bangi Resort Hotel, Bandar Baru Bangi. Perbincangan tersebut mengangkat hubungan timbal balik antara […]
22 Oktober 2026 | Editor WADAH BANGI, 21 Oktober – Kepentingan mengurus perbezaan pandangan secara berhemah serta cabaran penyebaran fitnah dan kebencian melalui media sosial menjadi fokus sesi kedua Dialog Ummah 2.0 bertajuk “Islam dan Adab Mengurus Perbezaan Pendapat” yang berlangsung di Bangi Resort Hotel, Bandar Baru Bangi. Perbincangan ini meneliti pendekatan Islam dalam menangani […]