UCAPAN PENANGGUHAN PRESIDEN: LIMA PERKARA PENTING

Kongsikan artikel ini :

AHLI DI MINTA AMBIL PERHATIAN LIMA PERKARA YANG DISARANKAN OLEH PRESIDEN DALAM UCAPAN PENANGGUHAN MUKNAS KALI INI

Ada 5 Perkara yang digesa dan perlu diambil perhatian oleh ahli WADAH, dalam ucapan penangguhan PRESIDEN WADAH Muktamar Nasional ke 18, di IDCC Shah Alam, Selangor.

  1. Kaderisasi. Di dalam muktamar kali ini, kaderasi menjadi usul dan perbahasan utama. Perbahasan daripada ahli menunjukkan betapa perlu kita merangka dengan segera kekurangan kemasukkan ahli abim ke dalam WADAH. Cadangan unit SAFWAH yang dibentang oleh SUA adalah usaha untuk meraikan umur 40-50 tahun ahli WADAH dalam menyusun dan menyediakan mereka sebagai pendakwah kita dan kepimpinan pada masa akan datang. Oleh itu, WADAH negeri dengan segera mengumpul nama dan berikan kepada pusat. Kita akan buka keahlian WADAH seluas-luasnya kepada luar (publik ) dan bukan ex abim sahaja.

Kita bersetuju mengaktifkan Anjung Rahmat, Sg Merab menjadikan tempat pusat latihan ahli safwah dengan peruntukkan yang akan kita usahakan.

Kita mesti kan sekolah SERI kita sebagai sekolah perjuangan. Sekolah kita sepatutnya melahirkan generasi pejuang dalam gerakan kita. Kita pastikan guru-guru kita kali bersama-sama dengan visi dan misi gerakan. Tiada lagi dolak dalih. Semua itu adalah di tangan kita , tiada pilihan lagi. Kita tidak boleh biarkan fikiran negatif dan sifat ghuluw menular dalam kawasan perkaderan kita aiatu sekolah-sekolah kita. Anak-anak kita , T4 T5 dihantar sepatut telah kita senaraikan bagi menjalani latihan DAKWAH.

  • Tunas Nahdah. Kita mesti bersama-sama menghayati, memahami serta menjayakan Tunas Nahdah dengan menumpukan kawasan-kawasan parlimen yang telah dikenalpasti,. Kita harus melahirkan kepimpinan gerakan kita sendiri yang boleh diangkat dalam masyarakat dan persediaan menjadi pemimpin pada masa akan datang. Program ini telah jadikan perancangan strategik kepada WADAH untuk persediaan masa depan. Dalam masa yang sama, kita tidak harus rasa segan silu membawa konsep MADANI ke masyarakat di seluruh negara. Ini adalah hasil pemikiran PMX, dan kita perlukan tegaskan dan ianya perlu diagendakan dalam berbagai usaha dan kerajaan dan masyarakat.
  • Fiqh Al Mizan – program baru yang kita perkenalkan kepada ahli . kita telah berjaya mencari dana bagi membolehkan ahli dilatih dan diberi ilmu yang sepatutnya perlu di jayakan ke seluruh negara. Program ini dibawah bimbingan Sheikh Dr Ali Qaradhagi melalui anak muridnya, Ustaz Fawaz Fadzil. Kita akan latih seramai mungkin ahli kita dalam mendalami ilmu Fiqh Al Mizan dan dan lain-lain.
  • MACASID . Madani Centre for ASEAN: Social Innovation and development. Ianya telah dicadangkan dalam ucapan dan dilancarkan dalam muktamar. Program ini adalah usaha WADAH dalam membawa konsep MADANI ke negara-negara ASEAN. Program ini boleh dijayakan dengan mengambil masjid -masjid utama di sekitar ASEAN, mencari bagaimana program boleh dimulakan dengan umat Islam dan bukan Islam dalam negara ASEAN. Kita harus mengambil peluang apabila YAB PM DS Anwar Ibrahim, mengambil alih pengerusi ASEAN 2025. Persiapan kita sangat relevan dan sangat dinantikan oleh rakan rakan seperjuangan kita di negara ASEAN.
  • Dana Affan – Yayasan Takmir. Dalam mesyuara Syura baru ini, memutuskan bahwa setiap ahli WADAH wajib menyumbangkan minima RM10 ke dalam Tabung ini, di mana akhirnya, sumbangan kita ini akan memberi impak dan membiayai program-program gerakan kita pada masa akan datang. Progam ini adalah hasil pemikiran kita, usaha agar gerakan akan terus stabil dengan sumber kewangan ini. Yayasan ini dipengerusi oleh Prof Dr Asyraf Hashim, yang ingin melihat  perkembangan dana ini. Presiden berharap setiap ahli tidak merasa keberatan dalam menyumbang minimal RM 10 sahaj setiap bulan.

Akhir sekali, WADAH ini merupakan ladang amal supaya kita bole tuai pahala kita pada hari akhirat kemudian. Setiap Ahli mesti ambil semangat dari kepimpinan yang lalu, bagi meneruskan perjuangan. Kita tidak punyai waktu masa yang panjang, umur ataupun peluang pemmerintahan seperti sekarang. Marilah kita satukan hati, satukan amal, satukan saf kita agar kita bersam sederap bergerak menjayakan misi Rahmatan lil alamin.

Berita Muktamar|Berita Wadah|Berita Wadah - BM
keibubapaan

Bengkel Keibubapaan Era Digital Perkasa Ibu Bapa Hadapi Cabaran Teknologi dan Penggunaan Gajet

KUALA LUMPUR, 31 Oktober – Bengkel Keibubapaan Era Digital telah diadakan di Masjid Salahuddin Al-Ayubi, Taman Melati, bagi meningkatkan kesedaran ibu bapa terhadap cabaran mendidik anak-anak dalam persekitaran teknologi yang semakin berkembang. Program ini memberi tumpuan kepada perkembangan psikologi generasi digital, strategi pencegahan dan kawalan penggunaan gajet serta pembinaan ketahanan keluarga dalam menghadapi dunia tanpa […]

Baca Lanjut
Indonesia

Kunjung Hormat Delegasi Pendidikan dan Pesantren Indonesia ke WADAH: Rapatkan Ukhuwah Serantau, Teroka Kerjasama Pendidikan Islam Malaysia-Indonesia

BANGI, 31 Oktober 2026 – Memperkukuh jaringan ukhuwah Islamiah merentas sempadan serantau serta meneroka ruang sinergi dalam pemerkasaan institusi pendidikan Islam menjadi matlamat utama penganjuran Program Kunjung Hormat Delegasi NGO dan Institusi Pendidikan Indonesia ke Ibu Pejabat Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH) di Bangi hari ini. Pertemuan muhibah peringkat serantau ini menghimpunkan barisan kepimpinan utama […]

Baca Lanjut

Dialog Ummah 2.0: Hubungan Raja dan Rakyat Perlu Diperkukuh Berteraskan Amanah, Adat dan Perlembagaan

22 Oktober 2026 | Editor WADAH BANGI, 21 Oktober – Hubungan antara institusi diraja dengan rakyat serta kepentingan memelihara adat dan Perlembagaan dalam sistem kenegaraan Malaysia menjadi tumpuan sesi ketiga Dialog Ummah 2.0 bertajuk “Raja dan Rakyat Berpisah Tiada” yang berlangsung di Bangi Resort Hotel, Bandar Baru Bangi. Perbincangan tersebut mengangkat hubungan timbal balik antara […]

Baca Lanjut

Dialog Ummah 2.0: Adab Berbeza Pendapat dan Literasi Media Penting Tangani Perpecahan Masyarakat

22 Oktober 2026 | Editor WADAH BANGI, 21 Oktober – Kepentingan mengurus perbezaan pandangan secara berhemah serta cabaran penyebaran fitnah dan kebencian melalui media sosial menjadi fokus sesi kedua Dialog Ummah 2.0 bertajuk “Islam dan Adab Mengurus Perbezaan Pendapat” yang berlangsung di Bangi Resort Hotel, Bandar Baru Bangi. Perbincangan ini meneliti pendekatan Islam dalam menangani […]

Baca Lanjut
Jumlah Pelawat Hari ini :
4071
Jumlah Pelawat Keseluruhan :
941026
PERSATUAN WADAH PENCERDASAN UMAT MALAYSIA
ROS : PPM-003-10-11902005
Tentang Wadah Jaringan Privasi Polisi
Klik Sini