UCAPAN ALU-ALUAN SEMINAR FIQH TA’YUSH

Kongsikan artikel ini :

UCAPAN ALU-ALUAN OLEH WADAH UNTUK MENGALU-ALUKAN KEHADIRAN YB DATO’ SERI AMIRUDDIN SHAARI, MENTERI BESAR SELANGOR DAN SEMINAR FIQH TA’YUSH: HIDUP DAMAI BERSAMA DALAM KOMUNITI ASEAN

Bismillahirrahmanirrahim,

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,

Yang Berhormat Dato’ Seri Amiruddin Shaari, Menteri Besar Selangor, Para peserta Seminar Fiqh Ta’Yush: Hidup Damai Bersama dalam Komuniti ASEAN,

Hadirin hadirat yang dirahmati Allah sekalian,

  1. Alhamdulillah, syukur kita kepada Allah SWT kerana dengan rahmat- Nya kita dapat berkumpul hari ini untuk menjayakan Seminar Fiqh Ta’Yush: Hidup Damai Bersama dalam Komuniti ASEAN, anjuran Pertubuhan Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH) dengan kerjasama Kerajaan Negeri Selangor.
  • Saya mewakili pihak WADAH ingin merakamkan ucapan terima kasih dan penghargaan kepada Yang Berhormat Dato’ Seri Amiruddin Shaari, Menteri Besar Selangor, atas kesudian beliau untuk merasmikan seminar ini. Kehadiran YB Menteri Besar hari ini adalah lambang sokongan kerajaan negeri dalam usaha kita untuk memperkukuh perpaduan dan keamanan di kalangan masyarakat majmuk, selari dengan matlamat Agenda Malaysia Madani.

Mengapa Fiqh Ta’Yush?

  • Fiqh Ta’Yush atau hidup damai bersama adalah konsep yang sangat relevan dalam dunia hari ini. Ia mengajak kita menghargai kepelbagaian sebagai satu kekuatan, bukannya ancaman.
  • Di Malaysia, konsep ini amat sesuai dengan realiti masyarakat kita yang terdiri daripada pelbagai kaum, agama, dan budaya. Sebagaimana yang terkandung dalam sirah Rasulullah SAW, Piagam Madinah adalah contoh terbaik bagaimana masyarakat majmuk boleh hidup bersama dalam keharmonian melalui perjanjian yang adil dan saling menghormati. Inilah semangat Fiqh Ta’yush yang ingin kita terapkan melalui seminar ini.

Kerjasama WADAH dan Kerajaan Negeri Selangor: Menyokong Projek Tunas Nahdah

Hadirin yang saya hormati,

  • Kami di WADAH amat berterima kasih kepada Kerajaan Negeri Selangor atas sokongan padu terhadap pelbagai inisiatif dakwah dan pembangunan sosial yang kami jalankan. Salah satu inisiatif utama yang ingin kami perkenalkan di Selangor adalah Projek Tunas Nahdah.
  • Program ini bertujuan untuk melahirkan generasi muda yang berwibawa, berakhlak mulia, dan memiliki kefahaman Islam yang holistik. Dengan sokongan dari YB Menteri Besar, kami berharap Projek Tunas Nahdah akan berjaya digerakkan di Selangor sebagai satu usaha membina generasi pewaris yang berilmu dan bertanggungjawab dalam mendukung pembangunan negara dan ummah.
  • Melalui program ini, kita akan membimbing generasi muda untuk menjadi pemimpin yang mampu membawa perubahan positif kepada masyarakat, khususnya di negeri Selangor yang menjadi model kepada negeri-negeri lain di Malaysia.

Inisiatif Penubuhan MADANI CENTRE FOR ASEAN COMMUNITY: SOCIAL INNOVATION AND DEVELOPMENT (MACASID)

  • Selain daripada Projek Tunas Nahdah, WADAH juga bercita-cita besar untuk menubuhkan MADANI CENTRE FOR ASEAN COMMUNITY: SOCIAL INNOVATION AND DEVELOPMENT (MACASID). Pusat ini

akan menjadi platform penting untuk pelbagai inisiatif inovasi sosial yang dapat memberi impak kepada komuniti ASEAN secara keseluruhan. MACASID akan menjadi wadah untuk menggerakkan projek-projek yang memfokuskan kepada pembangunan inklusif dan kerjasama serantau, sejajar dengan aspirasi Malaysia Madani yang mengutamakan keterangkuman dan kemampanan.

  • Kami percaya bahawa dengan penubuhan MACASID, kita dapat memperkukuh hubungan antara negara-negara ASEAN, mempertingkatkan kerjasama dalam pembangunan sosial dan ekonomi, dan pada masa yang sama menjadikan Malaysia, khususnya Selangor, sebagai contoh terbaik dalam kepimpinan serantau.

Penutup dan Penghargaan

  1. Akhir kata, saya ingin mengucapkan terima kasih sekali lagi kepada YB Dato’ Seri Amiruddin Shaari atas kesudian beliau merasmikan seminar ini, serta kepada semua peserta yang turut serta dalam perbincangan dan sesi ilmu ini.
  1. Kami berharap seminar ini akan menjadi pemangkin kepada lebih banyak inisiatif yang membawa perpaduan dan keharmonian, serta menjadikan Fiqh Ta’yush sebagai panduan utama dalam hidup bersama dalam masyarakat yang berbilang kaum dan agama.
  1. Dengan penuh hormat, kami berharap YB Menteri Besar akan terus menyokong usaha WADAH dalam menggerakkan Projek Tunas Nahdah di Selangor dan juga dalam merealisasikan penubuhan MADANI CENTRE FOR ASEAN COMMUNITY: SOCIAL INNOVATION AND DEVELOPMENT (MACASID).

Semoga Allah SWT memberkati usaha kita semua dalam menjayakan misi ini.

Sekian, wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Uncategorized

Dialog Ummah 2.0: Hubungan Raja dan Rakyat Perlu Diperkukuh Berteraskan Amanah, Adat dan Perlembagaan

22 Oktober 2026 | Editor WADAH BANGI, 21 Oktober – Hubungan antara institusi diraja dengan rakyat serta kepentingan memelihara adat dan Perlembagaan dalam sistem kenegaraan Malaysia menjadi tumpuan sesi ketiga Dialog Ummah 2.0 bertajuk “Raja dan Rakyat Berpisah Tiada” yang berlangsung di Bangi Resort Hotel, Bandar Baru Bangi. Perbincangan tersebut mengangkat hubungan timbal balik antara […]

Baca Lanjut

Dialog Ummah 2.0: Adab Berbeza Pendapat dan Literasi Media Penting Tangani Perpecahan Masyarakat

22 Oktober 2026 | Editor WADAH BANGI, 21 Oktober – Kepentingan mengurus perbezaan pandangan secara berhemah serta cabaran penyebaran fitnah dan kebencian melalui media sosial menjadi fokus sesi kedua Dialog Ummah 2.0 bertajuk “Islam dan Adab Mengurus Perbezaan Pendapat” yang berlangsung di Bangi Resort Hotel, Bandar Baru Bangi. Perbincangan ini meneliti pendekatan Islam dalam menangani […]

Baca Lanjut

Dialog Ummah 2.0: Institusi Raja dan Keluhuran Perlembagaan Asas Kestabilan Negara

22 Oktober 2026 | Editor WADAH BANGI, 21 Oktober – Kedudukan institusi Raja Berperlembagaan serta hubungan antara Islam, Melayu, Raja dan Perlembagaan Persekutuan menjadi tumpuan sesi pertama Dialog Ummah 2.0 yang berlangsung di Bangi Resort Hotel, Bandar Baru Bangi. Sesi bertajuk “Islam, Melayu, Raja dan Perlembagaan: Memahami Amanah Kenegaraan” ini mengupas kepentingan memahami asas kenegaraan […]

Baca Lanjut
dr khalijah

Memugar Legasi Serikandi Muslimah: Puan Hjh. Adibah Ahmad Singkap Dedikasi, Fikrah dan Jiwa Wakaf Prof. Dr. Khalijah Mohd Salleh di Dar al-Hikmah

SUNGAI RAMAL, 23 Oktober 2026 – Di sebalik gelaran sarjana fizik dan pencapaian akademik berprestij di peringkat antarabangsa, keperibadian Almarhumah Profesor Dr. Khalijah Mohd Salleh sentiasa berakar pada satu matlamat tunggal yang amat murni: menjadi seorang Muslimah yang beriman dan mengabdikan seluruh kehidupannya demi meraih keredaan Allah SWT. Penzahiran ini dikongsi secara penuh emosi dan […]

Baca Lanjut
Jumlah Pelawat Hari ini :
1155
Jumlah Pelawat Keseluruhan :
911337
PERSATUAN WADAH PENCERDASAN UMAT MALAYSIA
ROS : PPM-003-10-11902005
Tentang Wadah Jaringan Privasi Polisi
Klik Sini