TINDAKAN BERANI DI ICJ BERKENAAN ISRAEL

Kongsikan artikel ini :

Malaysia Tegas Di Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ): Presiden WADAH Nyatakan Dunia Sudah Penat Lindungi Israel

Kuala Lumpur, 30 April 2025 – Kenyataan lisan Malaysia di Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) disifatkan sebagai satu tindakan berani dan konsisten dalam memperjuangkan hak asasi rakyat Palestin. Dato’ Haji Ahmad Azam Ab Rahman, Pesuruhjaya Suruhanjaya Bebas Tetap Hak Asasi Manusia (IPHRC), Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC), menyatakan bahawa tindakan Malaysia itu bukan sahaja simbolik, tetapi mencerminkan komitmen sebenar negara dalam menegakkan keadilan global. Beliau juga merupakan Presiden Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH).

Dalam program Agenda AWANI yang membincangkan tajuk “ICJ: Israel Didakwa Lancar Genosid, Sekat Bantuan Kemanusiaan,” beliau menegaskan bahawa dunia kini menyaksikan perubahan geopolitik ketara, yang mana semakin ramai negara mula bangkit menolak kezaliman Zionis Israel. Malaysia, katanya, berada di barisan hadapan dalam usaha ini.

“Zionism is no longer untouchable. Dunia sudah penat dengan keangkuhan Israel dan kelicikan kuasa veto yang digunakan untuk menutup jenayah mereka,” tegasnya.

Dato’ Ahmad Azam turut mengulas tindakan Israel menyekat operasi Agensi Bantuan dan Kerja PBB (UNRWA) di Gaza, menyifatkannya sebagai tindakan tidak berperikemanusiaan yang telah memutuskan ‘talian hayat’ kepada penduduk Palestin sejak tahun 1967. Beliau mendedahkan lebih 700 serangan ke atas premis UNRWA telah direkodkan, melibatkan ratusan kematian, termasuk wanita dan kanak-kanak.

Menurut beliau, sudah tiba masanya masyarakat antarabangsa bertindak tanpa tunduk kepada kehendak rejim Zionis, malah mencadangkan agar bantuan kemanusiaan dihantar dengan jaminan keselamatan oleh negara-negara Islam dan Barat tanpa perlu merujuk kepada Israel.

“Jika dunia Islam benar-benar serius, kita boleh hantar bantuan secara kolektif atas nama kemanusiaan tanpa perlu izin Israel,” katanya.

Beliau juga menyentuh isu dominasi kuasa veto dalam Majlis Keselamatan PBB yang menjadi punca kegagalan sistem antarabangsa mengekang jenayah Israel. Memetik kata-kata Presiden Turki, beliau berkata:

ICJ: The World Is Bigger Than Five

“The world is bigger than five. Sistem ini perlu direformasi supaya suara dunia Islam yang mewakili satu pertiga populasi dunia tidak terus dinafikan.”

Dato’ Ahmad Azam menegaskan bahawa tindakan Malaysia bukan sekadar mencerminkan keberanian diplomatik, tetapi juga sebagai suara nurani global yang semakin lantang mendesak keadilan. Beliau percaya tindakan ini bakal memberi tekanan besar kepada Israel dan sekutu kuatnya seperti Amerika Syarikat, apatah lagi dalam suasana dalaman Israel yang semakin bergolak, dengan tentera dan rakyatnya sendiri mula menunjukkan penentangan.

“Zionisme berada di penghujung hayat. Rakyat dan tentera mereka sendiri sudah mula menarik diri dan memberontak. Dunia sedang menyaksikan kejatuhan satu rejim yang telah menindas sejak sekian lama,” tambahnya.

Mengakhiri bicara, beliau menyeru negara-negara Islam agar tidak hanya bersandarkan kepada retorik, sebaliknya bertindak tegas dan kolektif untuk menghentikan genosid yang sedang berlaku di Gaza.

Program Agenda AWANI ini turut menampilkan tokoh akademik, Prof. Madya Dr. Hafidzi Mohd Noor, Penasihat Kehormat Humanitarian Care Malaysia (MyCARE), yang turut mengulas perkembangan di ICJ dan keperluan masyarakat antarabangsa memperkasa mekanisme undang-undang antarabangsa bagi menekan Israel.

Video penuh boleh ditonton di paparan tertera.

Berita Wadah - BM|Berita Wadah
keibubapaan

Bengkel Keibubapaan Era Digital Perkasa Ibu Bapa Hadapi Cabaran Teknologi dan Penggunaan Gajet

KUALA LUMPUR, 31 Oktober – Bengkel Keibubapaan Era Digital telah diadakan di Masjid Salahuddin Al-Ayubi, Taman Melati, bagi meningkatkan kesedaran ibu bapa terhadap cabaran mendidik anak-anak dalam persekitaran teknologi yang semakin berkembang. Program ini memberi tumpuan kepada perkembangan psikologi generasi digital, strategi pencegahan dan kawalan penggunaan gajet serta pembinaan ketahanan keluarga dalam menghadapi dunia tanpa […]

Baca Lanjut
Indonesia

Kunjung Hormat Delegasi Pendidikan dan Pesantren Indonesia ke WADAH: Rapatkan Ukhuwah Serantau, Teroka Kerjasama Pendidikan Islam Malaysia-Indonesia

BANGI, 31 Oktober 2026 – Memperkukuh jaringan ukhuwah Islamiah merentas sempadan serantau serta meneroka ruang sinergi dalam pemerkasaan institusi pendidikan Islam menjadi matlamat utama penganjuran Program Kunjung Hormat Delegasi NGO dan Institusi Pendidikan Indonesia ke Ibu Pejabat Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH) di Bangi hari ini. Pertemuan muhibah peringkat serantau ini menghimpunkan barisan kepimpinan utama […]

Baca Lanjut

Dialog Ummah 2.0: Hubungan Raja dan Rakyat Perlu Diperkukuh Berteraskan Amanah, Adat dan Perlembagaan

22 Oktober 2026 | Editor WADAH BANGI, 21 Oktober – Hubungan antara institusi diraja dengan rakyat serta kepentingan memelihara adat dan Perlembagaan dalam sistem kenegaraan Malaysia menjadi tumpuan sesi ketiga Dialog Ummah 2.0 bertajuk “Raja dan Rakyat Berpisah Tiada” yang berlangsung di Bangi Resort Hotel, Bandar Baru Bangi. Perbincangan tersebut mengangkat hubungan timbal balik antara […]

Baca Lanjut

Dialog Ummah 2.0: Adab Berbeza Pendapat dan Literasi Media Penting Tangani Perpecahan Masyarakat

22 Oktober 2026 | Editor WADAH BANGI, 21 Oktober – Kepentingan mengurus perbezaan pandangan secara berhemah serta cabaran penyebaran fitnah dan kebencian melalui media sosial menjadi fokus sesi kedua Dialog Ummah 2.0 bertajuk “Islam dan Adab Mengurus Perbezaan Pendapat” yang berlangsung di Bangi Resort Hotel, Bandar Baru Bangi. Perbincangan ini meneliti pendekatan Islam dalam menangani […]

Baca Lanjut
Jumlah Pelawat Hari ini :
882
Jumlah Pelawat Keseluruhan :
927561
PERSATUAN WADAH PENCERDASAN UMAT MALAYSIA
ROS : PPM-003-10-11902005
Tentang Wadah Jaringan Privasi Polisi
Klik Sini