WADAH RAKAM TAHNIAH ATAS GENCATAN SENJATA THAILAND-KEMBOJA: SEMANGAT TA’AYUSH DAN BUDAYA DAMAI PERLU DIPERKASA DALAM KOMUNITI ASEAN
Kenyataan Media 28 Julai 2025
WADAH merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada kerajaan Thailand dan Kemboja atas kejayaan memeterai persetujuan gencatan senjata yang berkuat kuasa tengah malam 28 Julai 2025. Langkah bersejarah ini menandakan kemenangan diplomasi damai dan keutuhan semangat ASEAN dalam menangani konflik serantau secara berhemahdan berperikemanusiaan.
WADAH percaya bahawa kejayaan ini dapat direalisasikan hasil kredibiliti, kewibawaan serta tekad politik yang jelas dan konsisten oleh YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim, selaku Pengerusi ASEAN. Kepimpinan beliau yang berlandaskan prinsip kemanusiaan, keadilan dan dialog telah menjadi pemangkin utama dalam menggerakkan konsensus serantau serta memastikan penyelesaian damai ini berjaya dilaksanakan.
Gencatan senjata ini mencerminkan komitmen mendalam terhadap semangat Piagam ASEAN yang menjunjung tinggi nilai dialog, penghormatan kedaulatan, penolakan keganasan serta usaha menyelesaikan pertikaian secara damai. Ia turut menyuburkan semula prinsip Fiqh Ta’ayush – hidup bersama secara damai dalam kepelbagaian – yang menjadi asas penting dalam membina Budaya Damai dalam kalangan negara anggota ASEAN.
Sebagai NGO Islam yang mendukung aspirasi Malaysia Madani dan ASEAN yang bersatu, WADAH menyeru semua pihak – kerajaan, masyarakat sivil, belia dan institusi pendidikan – untuk terus memperkukuh agenda hidup bersama dalam budaya damai (peaceful coexistence) sebagai landasan utama kepada kesejahteraan dan kemakmuran serantau.
WADAH juga mengalu-alukan sokongan antarabangsa terhadap inisiatif ini, khususnya peranan konstruktif Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, dan Presiden China, Xi Jinping, yang menyokong penuh usaha damai di bawah kepimpinan ASEAN.
WADAH komited untuk terus mendukung semangat ta’ayush dan budaya damai sebagai asas masa depan ASEAN yang aman, berdaulat dan bermaruah.
KUALA LUMPUR, 31 Oktober – Bengkel Keibubapaan Era Digital telah diadakan di Masjid Salahuddin Al-Ayubi, Taman Melati, bagi meningkatkan kesedaran ibu bapa terhadap cabaran mendidik anak-anak dalam persekitaran teknologi yang semakin berkembang. Program ini memberi tumpuan kepada perkembangan psikologi generasi digital, strategi pencegahan dan kawalan penggunaan gajet serta pembinaan ketahanan keluarga dalam menghadapi dunia tanpa […]
BANGI, 31 Oktober 2026 – Memperkukuh jaringan ukhuwah Islamiah merentas sempadan serantau serta meneroka ruang sinergi dalam pemerkasaan institusi pendidikan Islam menjadi matlamat utama penganjuran Program Kunjung Hormat Delegasi NGO dan Institusi Pendidikan Indonesia ke Ibu Pejabat Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH) di Bangi hari ini. Pertemuan muhibah peringkat serantau ini menghimpunkan barisan kepimpinan utama […]
22 Oktober 2026 | Editor WADAH BANGI, 21 Oktober – Hubungan antara institusi diraja dengan rakyat serta kepentingan memelihara adat dan Perlembagaan dalam sistem kenegaraan Malaysia menjadi tumpuan sesi ketiga Dialog Ummah 2.0 bertajuk “Raja dan Rakyat Berpisah Tiada” yang berlangsung di Bangi Resort Hotel, Bandar Baru Bangi. Perbincangan tersebut mengangkat hubungan timbal balik antara […]
22 Oktober 2026 | Editor WADAH BANGI, 21 Oktober – Kepentingan mengurus perbezaan pandangan secara berhemah serta cabaran penyebaran fitnah dan kebencian melalui media sosial menjadi fokus sesi kedua Dialog Ummah 2.0 bertajuk “Islam dan Adab Mengurus Perbezaan Pendapat” yang berlangsung di Bangi Resort Hotel, Bandar Baru Bangi. Perbincangan ini meneliti pendekatan Islam dalam menangani […]