SOLIDARITI QATAR–PALESTIN HENTIKAN KEZALIMAN

Kongsikan artikel ini :

WADAH KUTUK SERANGAN ISRAEL KE ATAS DOHA, QATAR – SOLIDARITI BERSAMA MALAYSIA, PERTAHAN KEDAULATAN DAN PALESTIN

Kenyataan Media 10 September 2025

Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH) mengecam sekeras-kerasnya serangan udara Israel ke atas Doha, Qatar, yang jelas merupakan tindakan agresif, tidak berperikemanusiaan dan pelanggaran terang-terangan terhadap undang-undang antarabangsa serta kedaulatan sebuah negara berdaulat. Tindakan ini bukan sahaja membahayakan nyawa orang awam, malah menggugat kestabilan rantau Timur Tengah yang sudah sedia rapuh.

WADAH berpandangan bahawa:

  1. Tindakan Israel ini adalah provokasi yang mengancam keamanan antarabangsa – dengan menyasarkan Doha, pusat diplomasi dan perdamaian serantau, Israel menunjukkan sikap angkuh yang menolak usaha dialog dan mediasi.
  2. WADAH berdiri teguh menyokong kenyataan tegas YAB Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Seri Anwar Ibrahim yang mengutuk serangan ini dan menuntut Israel dipertanggungjawabkan di peringkat antarabangsa. Keberanian Malaysia menyuarakan prinsip keadilan adalah contoh kepimpinan moral yang wajar diikuti dunia Islam dan komuniti antarabangsa.
  3. WADAH menyeru agar Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) mengambil tindakan segera bagi menghentikan kezaliman Israel yang semakin mencabar undang-undang antarabangsa, sekaligus mengelakkan tercetusnya konflik lebih besar di rantau tersebut.
  4. WADAH menegaskan bahawa sokongan kepada Palestin tidak boleh dipisahkan daripada insiden ini. Serangan ke atas Qatar adalah sebahagian daripada strategi menekan negara-negara yang konsisten mempertahankan perjuangan Palestin. Justeru, penyelesaian konflik Palestin mesti kekal berasaskan keadilan, pengiktirafan hak asasi rakyat Palestin, serta penubuhan negara Palestin yang merdeka.
  5. Solidariti Malaysia–Qatar–Palestin perlu diperkukuh. WADAH mengajak seluruh rakyat Malaysia untuk terus bersama mendesak keadilan ditegakkan, menolak penjajahan, dan menegakkan keamanan berteraskan maruah serta kedaulatan.
  6. WADAH menggesa negara-negara Arab dan dunia Islam mempertimbangkan langkah tegas dengan mengisytiharkan pemutusan hubungan diplomatik dengan Israel. Tindakan ini penting bagi memberi isyarat jelas bahawa keangkuhan Israel tidak boleh diterima dan akan mendatangkan implikasi politik serta diplomatik yang serius.

WADAH menegaskan bahawa keamanan sejati tidak akan lahir selagi penjajahan, pencerobohan, dan pelanggaran kedaulatan dibenarkan berleluasa. Dunia mesti bersatu menolak keganasan negara Israel yang kini semakin jelas menjadi ancaman global.

Tuan Haji Azizuddin Ahmad
Setiausaha Agung
Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH)

Kenyataan Media|Kenyataan Media - BM
Pek ceria raya

AGIHAN PEK CERIA RAYA (PCR) UNTUK MUALAF DI IOA CENTRE

Kuala Lumpur, 15 Mac 2026 – Dalam semangat Ramadan yang mulia, WADAH Pencerdasan Umat Malaysia, dengan kerjasama Yayasan Taqwa, telah mengagihkan 55 pek Pek Ceria Raya (PCR) kepada para peserta mualaf di Islamic Outreach ABIM (IOA) Centre, Masjid Negara, Kuala Lumpur. Program ini bertujuan membantu golongan mualaf membuat persiapan menyambut Aidilfitri serta menyemai semangat kepedulian […]

Baca Lanjut
PEK CERIA RAYA

AGIHAN PEK CERIA RAYA (PCR) SANTUNI KOMUNITI OKU DI PPR LEMBAH SUBANG 2

Petaling Jaya, 15 Mac – Dalam semangat Ramadan yang penuh keberkatan, program Agihan Pek Ceria Raya (PCR) telah dilaksanakan di PPR Lembah Subang 2, Petaling Jaya, melibatkan pengagihan sebanyak 60 pek sumbangan kepada golongan Orang Kurang Upaya (OKU) dalam komuniti setempat. Program ini bertujuan membantu meringankan beban golongan yang memerlukan, khususnya dalam membuat persiapan menyambut […]

Baca Lanjut
orang asli

WADAH SANTUNI MASYARAKAT ORANG ASLI MELALUI PROGRAM AGIHAN PEK CERIA RAYA

Sungai Gabai, 14 Mac 2026 – Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH) dengan kerjasama Yayasan Taqwa telah melaksanakan Program Agihan Pek Ceria Raya (PCR) di Kampung Orang Asli Sungai Gabai sebagai sebahagian daripada usaha menyantuni masyarakat Orang Asli serta memperkukuh hubungan silaturahim bersama komuniti setempat. Program tersebut turut melibatkan penyertaan pelajar latihan industri yang bersama-sama turun […]

Baca Lanjut
projek bubur lambuk

PROJEK BUBUR LAMBUK WADAH 2026: MENYEMAI UKHUWAH DAN KEPEDULIAN RAMADAN

Sungai Merab, 10 Mac 2026 – Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH) dengan kerjasama Pusat Infaq WADAH telah melaksanakan Projek Bubur Lambuk 2026, mengedarkan 700 bekas bubur lambuk kepada pelbagai komuniti, institusi dan agensi sekitar. Program ini bukan sahaja menyediakan juadah berbuka puasa kepada masyarakat, tetapi juga menjadi platform untuk memperkukuh ukhuwah, mengeratkan semangat gotong-royong, dan […]

Baca Lanjut
Jumlah Pelawat Hari ini :
648
Jumlah Pelawat Keseluruhan :
414967
Klik Sini