SOKONGAN PENUH TERHADAP PERANAN JAKIM DALAM MENJAGA KESUCIAN AKIDAH UMAT ISLAM DI MALAYSIA
Wadah Percerdasan Umat Malaysia (WADAH) dengan ini ingin menyatakan sokongan penuh terhadap peranan yang telah diamanahkan oleh Jemaah Menteri terhadap Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dalam usaha memastikan kesucian akidah umat Islam di negara ini terus terpelihara.
Mandat terhadap peranan tersebut adalah satu langkah yang amat penting bagi memastikan umat Islam di Malaysia tetap teguh dalam pegangan aqidah dan tidak terpengaruh dengan ajaran-ajaran yang bercanggah dengan prinsip-prinsip Islam yang sebenar.
Keputusan Mesyuarat Jemaah Menteri pada 7 Februari 2025 yang dipengerusikan oleh YAB Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim, Perdana Menteri Malaysia, memperteguh peranan JAKIM dalam menyediakan nasihat serta panduan yang jelas kepada umat Islam mengenai isu-isu akidah yang timbul, terutamanya dalam menghadapi cabaran dunia moden yang penuh dengan pelbagai ideologi dan fahaman.
Seiring dengan itu, WADAH akan terus mempereratkan kerjasama dengan JAKIM dan agensi-agensi di bawah Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dato’ Setia Dr Hj Mohd Na’im bin Hj Mokhtar untuk memastikan program-program pemerkasaan aqidah Islam dapat dilaksanakan secara efektif kepada umat Islam di seluruh negara.
Kami juga akan menganjurkan pelbagai program berbentuk pendidikan dan kesedaran untuk mempertingkatkan kefahaman masyarakat mengenai kepentingan akidah Islam dalam masyarakat majmuk.
WADAH juga berkomitmen untuk memperkukuhkan program-program bertemakan fiqh ta’ayush (Budaya Hidup Damai Dalam Kepelbagaian) di kalangan rakyat Malaysia bagi mewujudkan suasana harmoni dan saling menghormati dalam masyarakat yang berbilang bangsa dan agama.
Dato Ahmad Azam Ab Rahman Presiden Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH)
KUALA LUMPUR, 31 Oktober – Bengkel Keibubapaan Era Digital telah diadakan di Masjid Salahuddin Al-Ayubi, Taman Melati, bagi meningkatkan kesedaran ibu bapa terhadap cabaran mendidik anak-anak dalam persekitaran teknologi yang semakin berkembang. Program ini memberi tumpuan kepada perkembangan psikologi generasi digital, strategi pencegahan dan kawalan penggunaan gajet serta pembinaan ketahanan keluarga dalam menghadapi dunia tanpa […]
BANGI, 31 Oktober 2026 – Memperkukuh jaringan ukhuwah Islamiah merentas sempadan serantau serta meneroka ruang sinergi dalam pemerkasaan institusi pendidikan Islam menjadi matlamat utama penganjuran Program Kunjung Hormat Delegasi NGO dan Institusi Pendidikan Indonesia ke Ibu Pejabat Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH) di Bangi hari ini. Pertemuan muhibah peringkat serantau ini menghimpunkan barisan kepimpinan utama […]
22 Oktober 2026 | Editor WADAH BANGI, 21 Oktober – Hubungan antara institusi diraja dengan rakyat serta kepentingan memelihara adat dan Perlembagaan dalam sistem kenegaraan Malaysia menjadi tumpuan sesi ketiga Dialog Ummah 2.0 bertajuk “Raja dan Rakyat Berpisah Tiada” yang berlangsung di Bangi Resort Hotel, Bandar Baru Bangi. Perbincangan tersebut mengangkat hubungan timbal balik antara […]
22 Oktober 2026 | Editor WADAH BANGI, 21 Oktober – Kepentingan mengurus perbezaan pandangan secara berhemah serta cabaran penyebaran fitnah dan kebencian melalui media sosial menjadi fokus sesi kedua Dialog Ummah 2.0 bertajuk “Islam dan Adab Mengurus Perbezaan Pendapat” yang berlangsung di Bangi Resort Hotel, Bandar Baru Bangi. Perbincangan ini meneliti pendekatan Islam dalam menangani […]