Dari Malaysia ke Dhaka: WADAH Usul Jalan Keluar Dari Kapitalisme Rakus
Dhaka, Bangladesh 5 Julai. Satu sidang kemuncak antarabangsa social business telah diadakan di Hotel Bengal Blueberry in Gulshan, Dhaka. Program ini telah menghimpunkan pelbagai NGO dari serata dunia dan juga tempatan. Ia di anjurkan oleh NGO Social Agency For Welfare and Advancement in Bangladesh (SAWAB), Krishibid Holding Group dan Union of NGO of Islamic World (UNIW). Program ini membawa tema NGO leadership for the Three Zeros In Muslim World. Majlis perasmian telah di sempurnakan oleh Penasihat Alam Sekitar, Hutan dan Perubahan Iklim Kerajaan Bangladesh, Syeda Rizwana. Naib presiden WADAH sdr. Fauwaz Hasbullah yang juga merupakan timbalan setiausaha agung UNIW bagi Asia Pasifik juga telah hadir dalam sidang tersebut.
Beliau dalam ucapan menyeru agar amalan tanggungjawab sosial yang ikhlas untuk mencapai sasaran Tiga Sifar —kemiskinan sifar, pengangguran sifar dan pelepasan karbon bersih sifar. Beliau juga menekankan kepada para pemimpin dari seluruh dunia Islam mengenai keperluan mendesak untuk menangani kemiskinan, pengangguran, dan kemerosotan alam sekitar melalui model perniagaan sosial yang tulen.
Rezwana menggesa masyarakat global untuk mencabar ultra-kapitalisme, yang katanya telah merosakkan sumber asli dengan teruk dan mewujudkan ketidaksamaan yang mendalam. “Jika kita tidak membetulkan model operasi semasa kita, kita tidak akan dapat menyelamatkan planet ini. Banyak negara akan tenggelam dalam air menjelang akhir abad ini, dan seluruh tamadun akan lenyap,” katanya.
“Islam menyeru untuk bertindak, bukan hanya berdakwah. Ia bercakap dengan jelas menentang ketidakadilan, dan idea perniagaan sosial bukanlah untuk mengaut keuntungan dengan mencipta kesengsaraan. Ia adalah mengenai pendapatan dengan niat untuk memberi kembali, bukan menimbun kekayaan.”
Sidang kemuncak ini dianjurkan sempena mesyuarat ke-39 ahli Majlis UNIW. Seramai 15 orang ahli majlis telah hadir dan mesyuarat tersebut telah dirasmikan oleh Timbalan Menteri Belia dan Sukan Turkiye, Prof Halis Yunus dan di pengerusikan oleh setiausaha Agung UNIW Eyub Akbal. Agenda utama utama mesyuarat majlis UNIW ini adalah untuk mengemaskini usaha-usaha membantu mangsa peperangan di Gaza dan Syria disamping membincangkan persiapan untuk mesyuarat agung tahunan UNIW yang dijangka pada hujung tahun ini.
Bersempena dengan mesyuarat ini juga satu pertemuan khas ahli majlis UNIW dengan Ketua Penansihat Kerajaan Bangladesh yang merupakan Perdana Menteri intrim iaitu Prof Muhammad Yunus di kediaman rasmi beliau. Pertemuan ini membincangkan bagaimana UNIW dan Ngo2 yang lain dapat berperanan dalam membantu memulihkan semula Bangladesh selepas revolusi Julai 2024. Prof. Yunus juga sempat berkongsi pengalaman beliau dalam menangani masalah kemiskinan di Bangladesh dan di dunia termasuk Malaysia. Pendekatan yang di bawa oleh oleh Prof. Muhamad Yunus adalah memperkasa rakyat termiskin untuk bangkit dalam melakukan perubahan dalam hidup mereka dengan memperkasa ekonomi keluarga mereka.
Golongan miskin di beri peluang untuk mendapatkan pembiayaan agar mereka boleh berdikari untuk membangunkan ekonomi keluarga sendiri berdasarkan kepada kemampuan dan kemahiran yang mereka ada. Ini akan membuatkan mereka mampu mandiri tanpa bantuan. Pendekatan yang dibuat oleh Prof. Yunus menampakkan hasil dan telah dilaksanakan dipelbagai negara. Beliau juga menekankan agar pendekatan ini dilaksanakan kepada golongan generasi muda dalam melakukan perubahan hidup mereka. Generasi muda perlu belajar mencipta pekerjaan bukan sekadar mencari pekerjaan.
Kesempatan singkat berada di Bangladesh ini juga sdr.Fauwaz telah mengambil peluang melawat beberapa usaha ngo menggerakkan komuniti seperti, Social Development Initiative (SID) SAWAB, Krishibid Holding yang merupakan sebuah syarikat swasta yaberjaya dalam pelbagai bidang berkaitan pertanian dan mempunyai lebih kurang 33 anak syarikat. Syarikat ini telah membantu ramai usahawan kecil dan rakyat dalam mengubah kehidupan mereka. Banyak pengalaman yang boleh dikongsikan bersama dalam sesi lawatan ini. Sdr. Fauwaz mengakhiri lawatan di Bangladesh dengan kunjungan hormat TYT Shuhada Othman Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Bangladesh di Rumah Malaysia, beserta pertemuan dengan rakyat Malaysia yang bertugas di Bangladesh. Pelbagai pandangan dan pengalaman yang boleh dimanfaatkan telah dikongsi dalam sesi pertemuan ini.
CYBERJAYA, 5 Disember 2025 – Bertempat di Dewan Semarak, Cyberjaya, satu anjakan paradigma dalam memperkasa ekonomi golongan wanita telah dizahirkan menerusi penganjuran Seminar Ekonomi Wanita MADANI oleh Pekawanis. Program yang berlangsung bermula jam 8:00 pagi hingga 1:00 tengah hari ini telah berjaya menghimpunkan ratusan peserta yang terdiri daripada usahawan, surirumah, dan belia dari sekitar daerah […]
Menghidupkan Syura, Memperkukuh Amal Jama‘iyy, Mempersatukan Umat MUKADIMAHTahun 2026 dan Panggilan Tanggungjawab Bismillāhirraḥmānirraḥīm.Saudara-saudari pimpinan dan seluruh warga Gerakan WADAH yang saya kasihi. Kita melangkah ke tahun 2026 dalam keadaan dunia yang semakin tidak menentu. Perpecahan umat semakin ketara, politik kebencian semakin menular, dan suara hikmah sering tenggelam dalam lautan emosi. Dalam suasana inilah Allah SWT […]
PUTRAJAYA, 28 Disember 2025 – Himpunan Gerakan Islam Malaysia (HIKAM) hari ini melakar sejarah penting dalam landskap dakwah negara melalui penganjuran Forum Masyarakat Madani: Menolak Ketaksuban, Mempromosi Hikmah Melalui Asas Islam Rahmah (AISAR). Program yang berlangsung di Dewan Abdullah Bukhari, Kompleks Nasyrul Qur’an ini telah menjadi medan pertembungan idea yang progresif bagi menangani isu ekstremisme […]
Seberang Jaya, 29 November 2025 — Muktamar Nasional WADAH kali ke-19 (MUKNAS19) berlangsung dengan penuh signifikan apabila Presiden WADAH Pencerdasan Umat, Dato’ Haji Ahmad Azam Ab Rahman, menyampaikan amanat bertema “Malaysia Memimpin: Agenda Islah, Ketahanan Tamadun dan Tajdid Ummah”. Amanat ini merupakan satu rangka pemikiran besar yang menegaskan peranan Malaysia sebagai negara berwibawa, beradab dan […]