Sidang Muktamar Nasional MUKNAS19 Wadah Pencerdasan Umat: Hala Tuju Baru Memperkasa Umat
November 28th, 2025
| Editor Wadah
Kongsikan artikel ini :
Seberang Jaya, 30 November 2025 – Sidang Pertama Muktamar Nasional (MUKNAS) kali ke-19 Wadah Pencerdasan Umat (MUKNAS19) berlangsung dengan lancar bermula 28 November di Dewan Wisma Al-Ansar, Masjid Al-Muhajirin, Seberang Jaya, Pulau Pinang. MUKNAS19 yang akan berlangsung selama 3 hari ini menghimpunkan perwakilan dan pemerhati dari seluruh negara bagi memperkukuh WADAH sebagai gerakan Islam yang membawa agenda pencerdasan umat.
MUKNAS19 menjadi medan muhasabah WADAH bagi sesi kali ini, sementara ia juga berfungsi sebagai platform perancangan gerak kerja untuk tahun mendatang. Muktamirin dan muktamirat mengikuti pelbagai sesi termasuk sidang utama, forum, kuliah, dan sesi interaksi yang dirancang untuk memperteguh kefahaman serta hala tuju organisasi, serta mengangkat tema: “Malaysia Memimpin: Agenda Islah, Ketahanan Tamadun & Tajdid Ummah.”
Agenda utama termasuk pengesahan Minit MUKNAS ke-18, perbincangan hal-hal berbangkit, serta pembentangan dan perbahasan laporan Jawatankuasa Kerja Pusat dan Penyata Kewangan, termasuk cadangan pindaan Perlembagaan.
Semoga wacana ini mampu mencetuskan anjakan besar dalam merangka pendekatan sosial yang lebih segar, inklusif dan berpaksikan nilai kemanusiaan sejagat. Gagasan dan idea yang dibentangkan diharap dapat menginspirasi terbentuknya dasar, kerangka tindakan dan budaya masyarakat yang memperkukuh perjalanan Malaysia sebagai sebuah negara bangsa yang progresif, damai dan memimpin dengan hikmah.
Pihak WADAH merakamkan penghargaan kepada semua perwakilan, pemerhati dan pihak yang terlibat atas kerjasama mereka, yang memastikan kelancaran MUKNAS19. Sidang ini diharapkan dapat memperkukuh perpaduan dan gerak kerja WADAH dalam usaha memberdaya umat serta memacu misi pencerdasan masyarakat.
Selamat bermuktamar bagi seluruh muktamirin dan muktamirat dari seluruh negara!
Seberang Jaya, 30 November 2025 – Sidang Pertama Muktamar Nasional (MUKNAS) kali ke-19 Wadah Pencerdasan Umat (MUKNAS19) berlangsung dengan lancar bermula 28 November di Dewan Wisma Al-Ansar, Masjid Al-Muhajirin, Seberang Jaya, Pulau Pinang. MUKNAS19 yang akan berlangsung selama 3 hari ini menghimpunkan perwakilan dan pemerhati dari seluruh negara bagi memperkukuh WADAH sebagai gerakan Islam yang […]
KUALA LUMPUR, 6 Disember 2025 – Nilai rahmah sebagai teras kepimpinan Islam menjadi fokus utama dalam program “Leadership Through Mercy, Not Power” yang berlangsung di Dewan Tun Dr. Ismail, WTC Kuala Lumpur malam ini. Program ini menampilkan dua tokoh ulama dunia, Sheikh Yasir Qadhi dan Sheikh Sa’eed Al-Kamali, dengan Ustaz Muhammad Ameen sebagai moderator. Dalam […]
Putrajaya, 12 November 2025 – Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH) telah menganjurkan sesi Roundtable Discussion (RTD) bertajuk Hasil Penyelidikan Dan Perkongsian Projek Kemasyarakatan Bersama NGO. Sesi ini telah berlangsung di Bilik Mesyuarat Ceria 2, Hotel Dorsett, Putrajaya yang telah menampilkan empat orang panel jemputan dari Pusat IDEA, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Sesi ini dimulakan dengan […]
SUNGAI MERAB, 3 November 2025 — Kolej Dar al-Hikmah (KDH) melancarkan Skim Infaq Makanan Tambahan Siswa/Siswi KDH sebagai inisiatif kebajikan bagi membantu pelajar kategori asnaf, khususnya dalam menyediakan makanan yang lebih bernutrisi sepanjang pengajian. Pelancaran disempurnakan oleh Presiden Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH) merangkap Presiden Kolej Dar al-Hikmah yang baharu, Dato’ Haji Ahmad Azam Ab […]