SERUAN HIDUP DAMAI KOMUNITI ASEAN DIPERKUKUHKAN

Kongsikan artikel ini :

Hj Azizuddin, Setiausaha Agung WADAH merangkap pengarah seminar kali ini membuka bicara mengalu-alukan kehadiran semua peserta seminar dan muktamar seramai 700 orang.

Pada seminar kali ini membariskan ilmuan daripada negara-negara ASEAN , Brunei, Indonesia, Malaysia, Singapura, Thailand, Cambodia, Vietnam bagi membincangkan dari perlbagai sudut , membuka dan mencari ruang dalam mengukuhkan budaya madani dalam komuniti asean.

ASEAN has always been described as the melting pot of different cultures, traditions and beliefs. Almost all the countries in this region consist of dozens of ethnicities and tribes, each with distinct spoken languages and cultures. Yet, we are said to have a shared identity.

Dr Surin Pitsuwan, mantan setiausaha agong asean pernah menyuarakan visi bagi menyatukan komuniti asean (one community asean). Dalam beberapa ucapannya mengenai kepentingan membina komuniti, dimana setiap negara ASEAN boleh bekerjasama secara harmoni, disebalik berbagai latarbelakang dan cabaran. Beliau percaya, bahawa kekuatan yang terdapat dalam budaya komuniti asean mampu menghadapi segala cabaran kuasa besar dan boleh hidup damai secara bersama.

Inilah keunikan asean dan komunitinya  yang dicemburui oleh kuasa -kuasa besar.  Pada tahun hadapan , Malaysia akan menjadi pengerusi ASEAN, sebagai organisasi yang punyai pengalaman WADAH, akan berusaha menjadi rakan strategik yang efektif dengan menggabungkan NGO-NGO ASEAN yang lain bersama sama mendokong usaha Perdana Menteri Malaysia, YAB Anwar Ibrahim bagi menjadi kan ASEAN  sebagai model komuniti yang harmoni berteraskan konsep MADANI kepada rantau lain.

Adat dan tradisi yang kita warisi bukan hanya sekadar warisan tetapi juga kunci kepada perhubungan harmoni yang kita bina bersama. Dalam dunia yang semakin mencabar ini, adalah penting untuk kita terus berpegang pada prinsip keamanan dan kerjasama di antara kita. Seminar ini membuka ruang bertukar pandangan, memperdalam pengetahuan dan memperkukuhkan perpaduan kita sebagai satu keluar besar komuniti ASEAN.

Suara hati berbicara pelan, 
Di tepi sungai malam sunyi. 
Mari kita ciptakan kedamaian, 
Untuk dunia yang lebih harmoni.

Sampaikan kepada mereka dalam masyarakat ASEAN, suara damai ini. Suara dan lambaian keramat amat penting dalam menjamin keharmonian kehidupan generasi yang akan datang.

Berita Muktamar|Berita Wadah|Berita Wadah - BM

WADAH MENGUTUK ESKALASI SERANGAN INFRASTRUKTUR TENAGA IRAN & AMARAN KRISIS GLOBAL

WADAH MENGUTUK ESKALASI SERANGAN TERHADAP INFRASTRUKTUR TENAGA IRAN & AMARAN KRISIS GLOBAL KENYATAAN MEDIA 19 MAC 2026 Pertubuhan Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH) menyatakan kebimbangan yang amat serius terhadap perkembangan terkini di Timur Tengah susulan serangan ke atas FASILITI GAS SOUTH PARS MILIK IRAN—antara medan gas terbesar dunia—yang kini mencetuskan risiko besar kepada keselamatan tenaga global […]

Baca Lanjut
PERTEMUAN HARMONI MADANI MUSLIM-HINDU PEACEFUL COEXISTENCE

WADAH SAMBUT POSITIF USAHA PERTEMUAN HARMONI MADANI MUSLIM–HINDU : MEMPERKUKUH “PEACEFUL COEXISTENCE” DAN HIDUP BERSAMA DALAM BUDAYA DAMAI

WADAH SAMBUT POSITIF USAHA PERTEMUAN HARMONI MADANI MUSLIM–HINDU : MEMPERKUKUH “PEACEFUL COEXISTENCE” DAN HIDUP BERSAMA DALAM BUDAYA DAMAI KENYATAAN MEDIA19 Mac 2026 | Bandar Baru Bangi, Selangor WADAH menyambut baik dan menyokong sepenuhnya inisiatif pertemuan antara wakil komuniti Muslim dan Hindu yang bertujuan mencari titik damai serta meredakan ketegangan antara agama dalam negara. Usaha ini […]

Baca Lanjut
Pek ceria raya

AGIHAN PEK CERIA RAYA (PCR) UNTUK MUALAF DI IOA CENTRE

Kuala Lumpur, 15 Mac 2026 – Dalam semangat Ramadan yang mulia, WADAH Pencerdasan Umat Malaysia, dengan kerjasama Yayasan Taqwa, telah mengagihkan 55 pek Pek Ceria Raya (PCR) kepada para peserta mualaf di Islamic Outreach ABIM (IOA) Centre, Masjid Negara, Kuala Lumpur. Program ini bertujuan membantu golongan mualaf membuat persiapan menyambut Aidilfitri serta menyemai semangat kepedulian […]

Baca Lanjut
PEK CERIA RAYA

AGIHAN PEK CERIA RAYA (PCR) SANTUNI KOMUNITI OKU DI PPR LEMBAH SUBANG 2

Petaling Jaya, 15 Mac – Dalam semangat Ramadan yang penuh keberkatan, program Agihan Pek Ceria Raya (PCR) telah dilaksanakan di PPR Lembah Subang 2, Petaling Jaya, melibatkan pengagihan sebanyak 60 pek sumbangan kepada golongan Orang Kurang Upaya (OKU) dalam komuniti setempat. Program ini bertujuan membantu meringankan beban golongan yang memerlukan, khususnya dalam membuat persiapan menyambut […]

Baca Lanjut
Jumlah Pelawat Hari ini :
4384
Jumlah Pelawat Keseluruhan :
390472
Klik Sini