Kuala Lumpur: Serangan Amerika Syarikat (AS) terhadapVenezuela jelas menunjukkan peranan undang-undang antarabangsa dan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) semakin tidak relevan.
Penganalisis politik antarabangsa, Datuk Ahmad Azam Ab Rahman, berkata jika tindakan pencabulan seperti ini tidak dibendung, ia membuatkan dunia kini berada dalam bahaya.
Atas dasar itu, beliau berkata, dunia ‘multipolar’ adalah jalan keluar terhadap belenggu itu dengan memastikan peranan Brazil, Russia, India, China dan Afrika Selatan (BRICS), ASEAN, Liga Arab dan Kesatuan Afrika (AU) diperkuatkan sebagai semak dan imbang terhadap sebarang perlanggaran kedaulatan negara.
“Tindakan ini menjadikan peranan PBB semakin tidak relevan. Kedua, undang-undang antarabangsa juga tidak relevan.
“Ketiga, budaya Might is Right dan hukum rimba makin normal. Dunia dalam bahaya jika tindakan begini tidak dibendung segera. Ini kerana negara yang lemah akan menjadi mangsa kepada kuasa besar.
“Negara yang tidak tunduk kepada kehendak AS boleh diperlakukan apa sahaja. Tiada negara yang selamat. Kebebasan bersuara, kedaulatan rakyat, undang-undang antarabangsa dan PBB hanya slogan kosong,” katanya kepada BH, di sini semalam.
Pada masa sama, Ahmad Azam yang juga Presiden Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH) berkata, masyarakat antarabangsa tidak mampu lagi hidup damai dengan dunia ‘unipolar’ berikutan AS dan Israel menguasai geopolitik dan ekonomi dunia.
“Dunia ‘multipolar’ adalah jalan keluar. Kejayaan BRICS sebagai kuasa baharu dunia akan menjadikan keseimbangan kuasa sebagai realiti keamanan sejagat. Hukum Rimba akan dapat dielakkan. ASEAN juga berpotensi menjadi kuasa bebas dan neutral dalam persaingan kuasa besar ini,” katanya.
Sementara itu, pakar geostrategis, Dr Azmi Hassan, berkata dunia kini terpaksa berdepan tuntutan dunia baharu dengan tindakan rakus dan kejam AS.
Beliau berkata, AS disifatkan semakin naik minyak dan sanggup melakukan apa sahaja termasuk ugutan kepada negara lain termasuk Denmark bagi mendapatkan Greenland; Colombia dan Cuba.
“Ini yang dikatakan kita berdepan ‘order’ dunia baharu terhadap kuasa AS yang begitu rakus, kejam dan tidak mempedulikan perundangan antarabangsa dan hak negara berdaulat,” katanya.
Selain itu, Pengarah Pendidikan Eksekutif dan Pembabitan Industri, Monash University Malaysia, Dr Ankita Misra, berkata fasa ketidakstabilan politik dan ekonomi di Venezuela berisiko mengganggu eksport minyak, meningkatkan inflasi dengan kesan limpahan kepada pasaran tenaga serantau dan global.
Beliau berkata, bagi ekonomi ASEAN yang bergantung kepada import tenaga, ketidaktentuan bekalan dari Venezuela kurang memberi kesan dari segi jumlah fizikal, namun lebih ketara dari sudut ketidakstabilan harga dan peningkatan premium risiko dalam pasaran minyak mentah global.
Sehubungan itu katanya, pendekatan terbaik adalah mewujudkan kompromi politik secara terhad dengan mengekalkan kelonggaran sekatan, sekali gus membolehkan eksport minyak distabilkan dan mengelakkan limpahan inflasi yang lebih besar.
“Tanpa pendekatan terbabit, Venezuela berisiko menjadi satu lagi contoh gangguan geopolitik berpanjangan. Senario yang berlaku kepada Venezuela menjadi pengajaran penting kepada dunia, termasuk negara ASEAN.
“Tiada satu sektor mampu menyokong pertumbuhan dan kestabilan secara mampan. Kebergantungan berlebihan kepada hasil sektor tertentu untuk membiayai subsidi hanya menutup kelemahan struktur dan melengahkan pembaharuan,” katanya.
Sumber : Berita Harian
Oleh : Ahmad Azam Ab Rahman, Presiden Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH)
WADAH MENGUTUK ESKALASI SERANGAN TERHADAP INFRASTRUKTUR TENAGA IRAN & AMARAN KRISIS GLOBAL KENYATAAN MEDIA 19 MAC 2026 Pertubuhan Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH) menyatakan kebimbangan yang amat serius terhadap perkembangan terkini di Timur Tengah susulan serangan ke atas FASILITI GAS SOUTH PARS MILIK IRAN—antara medan gas terbesar dunia—yang kini mencetuskan risiko besar kepada keselamatan tenaga global […]
WADAH SAMBUT POSITIF USAHA PERTEMUAN HARMONI MADANI MUSLIM–HINDU : MEMPERKUKUH “PEACEFUL COEXISTENCE” DAN HIDUP BERSAMA DALAM BUDAYA DAMAI KENYATAAN MEDIA19 Mac 2026 | Bandar Baru Bangi, Selangor WADAH menyambut baik dan menyokong sepenuhnya inisiatif pertemuan antara wakil komuniti Muslim dan Hindu yang bertujuan mencari titik damai serta meredakan ketegangan antara agama dalam negara. Usaha ini […]
Kuala Lumpur, 15 Mac 2026 – Dalam semangat Ramadan yang mulia, WADAH Pencerdasan Umat Malaysia, dengan kerjasama Yayasan Taqwa, telah mengagihkan 55 pek Pek Ceria Raya (PCR) kepada para peserta mualaf di Islamic Outreach ABIM (IOA) Centre, Masjid Negara, Kuala Lumpur. Program ini bertujuan membantu golongan mualaf membuat persiapan menyambut Aidilfitri serta menyemai semangat kepedulian […]
Petaling Jaya, 15 Mac – Dalam semangat Ramadan yang penuh keberkatan, program Agihan Pek Ceria Raya (PCR) telah dilaksanakan di PPR Lembah Subang 2, Petaling Jaya, melibatkan pengagihan sebanyak 60 pek sumbangan kepada golongan Orang Kurang Upaya (OKU) dalam komuniti setempat. Program ini bertujuan membantu meringankan beban golongan yang memerlukan, khususnya dalam membuat persiapan menyambut […]