Seminar Perkasa Tangani Ancaman Akidah

Kongsikan artikel ini :

SALWA Malaysia Perkasa Usaha Tangani Ancaman Akidah Era Digital

SHAH ALAM, 1 Julai 2025 – Dalam usaha membentengi umat Islam daripada ancaman kegelinciran akidah di era digital, Pertubuhan SALWA Malaysia dengan kerjasama Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) dan Bahagian Undang-Undang Keluarga JAIS telah menganjurkan Seminar Menangani Ancaman Akidah Umat Islam dalam Era Digital, bertempat di Auditorium Dahlia, Dewan Syarahan dan Muzakarah Islam, Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam.

Program ini menghimpunkan seramai 380 peserta dari pelbagai latar belakang termasuk agensi kerajaan, NGO, masjid serta institusi pendidikan Islam. Seminar sehari ini menjadi medan kesedaran yang penting dalam membangunkan daya tahan ummah terhadap pelbagai bentuk penyelewengan aqidah yang kian tersebar melalui media sosial.

Majlis dimulakan dengan ucapan sambutan oleh Exco Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH), Puan Mahanom Basri. Dalam ucapannya, beliau menegaskan bahawa cabaran akidah hari ini tidak boleh dipandang ringan kerana ia meresap secara halus dan berstruktur ke dalam pemikiran masyarakat.

“Kita memerlukan satu bentuk respons yang bijaksana, strategik dan berpaksikan ilmu… agar mampu menapis, menilai dan memimpin masyarakat dalam menyaring maklumat serta menempuhi cabaran akidah masa kini,” ujar beliau.

Beliau turut mengajak seluruh peserta untuk berganding bahu membina benteng akidah yang utuh, serta menjadikan seminar ini sebagai momentum kebangkitan dakwah dan pendidikan yang berpaksikan nilai-nilai Islam dan prinsip Malaysia Madani.

Penyelewengan Media Sosial

Seminar ini menampilkan dua sesi panel utama membincangkan topik “Ancaman Kegelinciran Akidah dalam Kalangan Pengguna Media Sosial” dan “Unsur Munafiq di Media Sosial yang Membawa Kesesatan” yang disampaikan oleh tokoh-tokoh agama, ilmuan, dan penguat kuasa antaranya dari PDRM, JAIS dan YADIM.

Majlis perasmian penutup dirasmikan oleh Timbalan Setiausaha (Dasar & Pengurusan) MAIS, Hajah Norhani Salwa Jamaluddin, manakala ucapan penutup disampaikan oleh Pengerusi SALWA Malaysia, Hajah Nordiran Idris.

Dalam ucapannya, Hajah Nordiran menyatakan bahawa seminar ini merupakan inisiatif julung kali SALWA Malaysia dalam menangani isu penyelewengan akidah secara langsung, dan menerima sambutan menggalakkan daripada pelbagai pihak.

“Saya berharap program seumpama ini menjadi pencetus kesedaran agar masyarakat lebih berhati-hati dengan segala maklumat yang diterima di media sosial demi memelihara akidah umat Islam,” tegas beliau.

Luaskan Usaha Dakwah

Dalam temu ramah bersama TV AlHijrah, beliau menyampaikan analogi burung pipit dan api Nabi Ibrahim, menyeru masyarakat agar tidak lepas tangan, sebaliknya tampil memainkan peranan walaupun kecil, demi mempertahankan akidah umat.

“Semua kita adalah masyarakat, dan paling kurang kita ini biarlah seperti burung pipit yang menyimpan air di paruh untuk memadamkan api. Agar ada usaha untuk meraih redha Allah,” ujar beliau penuh simbolik.

Menurut beliau lagi, SALWA Malaysia beriltizam untuk meluaskan lagi usaha dakwah dan pendidikan seumpama ini, seiring tuntutan semasa membentuk masyarakat yang celik terhadap penyelewengan ajaran agama yang kini semakin mudah tersebar melalui platform digital.

Seminar ditutup dengan penuh rasa syukur dan komitmen untuk menjadikannya sebagai platform tahunan atau siri berterusan. Para peserta membawa pulang bukan sahaja ilmu, malah semangat untuk bertindak sebagai benteng umat dalam menghadapi cabaran ideologi dan akidah masa kini.

Berita Wadah|Berita Wadah - BM

WADAH MENGUTUK ESKALASI SERANGAN INFRASTRUKTUR TENAGA IRAN & AMARAN KRISIS GLOBAL

WADAH MENGUTUK ESKALASI SERANGAN TERHADAP INFRASTRUKTUR TENAGA IRAN & AMARAN KRISIS GLOBAL KENYATAAN MEDIA 19 MAC 2026 Pertubuhan Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH) menyatakan kebimbangan yang amat serius terhadap perkembangan terkini di Timur Tengah susulan serangan ke atas FASILITI GAS SOUTH PARS MILIK IRAN—antara medan gas terbesar dunia—yang kini mencetuskan risiko besar kepada keselamatan tenaga global […]

Baca Lanjut
PERTEMUAN HARMONI MADANI MUSLIM-HINDU PEACEFUL COEXISTENCE

WADAH SAMBUT POSITIF USAHA PERTEMUAN HARMONI MADANI MUSLIM–HINDU : MEMPERKUKUH “PEACEFUL COEXISTENCE” DAN HIDUP BERSAMA DALAM BUDAYA DAMAI

WADAH SAMBUT POSITIF USAHA PERTEMUAN HARMONI MADANI MUSLIM–HINDU : MEMPERKUKUH “PEACEFUL COEXISTENCE” DAN HIDUP BERSAMA DALAM BUDAYA DAMAI KENYATAAN MEDIA19 Mac 2026 | Bandar Baru Bangi, Selangor WADAH menyambut baik dan menyokong sepenuhnya inisiatif pertemuan antara wakil komuniti Muslim dan Hindu yang bertujuan mencari titik damai serta meredakan ketegangan antara agama dalam negara. Usaha ini […]

Baca Lanjut
Pek ceria raya

AGIHAN PEK CERIA RAYA (PCR) UNTUK MUALAF DI IOA CENTRE

Kuala Lumpur, 15 Mac 2026 – Dalam semangat Ramadan yang mulia, WADAH Pencerdasan Umat Malaysia, dengan kerjasama Yayasan Taqwa, telah mengagihkan 55 pek Pek Ceria Raya (PCR) kepada para peserta mualaf di Islamic Outreach ABIM (IOA) Centre, Masjid Negara, Kuala Lumpur. Program ini bertujuan membantu golongan mualaf membuat persiapan menyambut Aidilfitri serta menyemai semangat kepedulian […]

Baca Lanjut
PEK CERIA RAYA

AGIHAN PEK CERIA RAYA (PCR) SANTUNI KOMUNITI OKU DI PPR LEMBAH SUBANG 2

Petaling Jaya, 15 Mac – Dalam semangat Ramadan yang penuh keberkatan, program Agihan Pek Ceria Raya (PCR) telah dilaksanakan di PPR Lembah Subang 2, Petaling Jaya, melibatkan pengagihan sebanyak 60 pek sumbangan kepada golongan Orang Kurang Upaya (OKU) dalam komuniti setempat. Program ini bertujuan membantu meringankan beban golongan yang memerlukan, khususnya dalam membuat persiapan menyambut […]

Baca Lanjut
Jumlah Pelawat Hari ini :
379
Jumlah Pelawat Keseluruhan :
386467
Klik Sini