Rumusan Dialog Ummah: ABIM dan HIKAM Tegaskan Pemulihan Tabung Haji Mesti Disusuli Penguatkuasaan Serta Pertanggungjawaban Undang-Undang

Kongsikan artikel ini :
tabung haji

BANDAR BARU BANGI, 3 September 2026 – Tirai persidangan berprestij Dialog Ummah: Realiti dan Masa Depan Tabung Haji yang menghimpunkan lebih 600 peserta di Tenera Hotel & Suites, Bandar Baru Bangi secara rasminya melabuhkan tirai dengan penyampaian Ucapan Rumusan dan Penutup oleh Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Ahmad Fahmi bin Mohd Samsudin.

Mewakili gabungan Himpunan Gerakan Islam Malaysia (HIKAM)—yang menggabungkan kekuatan WADAH, ABIM, IKRAM, dan HALUAN—beliau menegaskan bahawa segala pencerahan dan kefahaman yang diraih sepanjang dialog ini perlu segera diterjemahkan kepada pendirian tegas serta tindakan konkrit. Pemulihan kestabilan kewangan, pertanggungjawaban terhadap salah laku lalu, dan pembaharuan tata kelola institusi mesti bergerak seiring demi memelihara kesucian amanah umat.

Majlis penutup tersebut turut disaksikan oleh barisan kepimpinan utama pertubuhan Islam, pengurusan tertinggi Lembaga Tabung Haji (TH), ahli-ahli akademik, pakar kewangan, aktivis masyarakat sivil, serta diserikan dengan kehadiran Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), YB Senator Dato’ Dr. Zulkifli Hasan.

Tiga Ketegasan Utama: Keyakinan, Penguatkuasaan dan Integriti

Ahmad Fahmi dalam amanat rumusan beliau menegaskan tiga pendirian utama yang menjadi konsensus gabungan gerakan Islam dan masyarakat madani:

  1. Memulihkan Kepercayaan Berasaskan Fakta dan Data:Penilaian terhadap Tabung Haji hari ini mesti dibuat secara adil dengan mengambil kira kejayaan pelan pemulihan yang telah dan sedang dilaksanakan oleh barisan kepimpinan di bawah Pengerusi, Tan Sri Abdul Rashid Hussain dan Pengarah Urusan Kumpulan merangkap Ketua Pegawai Eksekutif, Tuan Mustakim Mohamad. Usaha membina semula rizab, mengurus risiko, serta mencatatkan prestasi pulangan yang mampan perlu diterangkan secara telus kepada rakyat menggunakan data yang boleh disemak secara terbuka bagi menepis persepsi negatif. Keputusan pelaburan wajib berpaksikan keselamatan simpanan pendeposit dan mandat syariah, bukan tunduk kepada tekanan politik.
  2. Dapatan Salah Laku Mesti Disusuli Penguatkuasaan Undang-Undang:Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) ditegaskan bukan sekadar bahan polemik politik untuk didebatkan di media sosial lalu dilupakan. Beliau menegaskan bahawa selepas ini “baton diserahkan kepada pihak penguatkuasaan” bagi memulakan siasatan menyeluruh serta audit forensik. Sekiranya bukti mencukupi, pendakwaan di mahkamah hendaklah diteruskan tanpa pilih kasih. Pemulihan kedudukan kewangan atau hapus kira kerugian tidak boleh memadamkan tanggungjawab undang-undang terhadap pihak yang menjadi punca kerugian. Tiada mana-mana pihak wajar dihukum melalui sentimen, namun tiada sesiapa pun boleh dilindungi semata-mata kerana memiliki pengaruh.
  3. Mempertahankan Institusi Menerusi Integriti Hakiki:Kedudukan Tabung Haji sebagai sebuah institusi Islam yang menguruskan titik peluh jutaan bakal jemaah menuntut piawaian akauntabiliti yang jauh lebih tinggi. Menuntut ketelusan dan membetulkan kelemahan bukanlah satu serangan terhadap agama, sebaliknya merupakan sebahagian daripada kewajipan amar makruf nahi mungkar. Membela institusi Tabung Haji tidak bererti melindungi individu yang bersalah, dan isu integriti ini sama sekali tidak boleh dialihkan menjadi pertelingkahan kaum atau agama.

Penyerahan Dokumen Resolusi dan Rangka Jelajah Dialog Ummah

Ahmad Fahmi turut menekankan dimensi keadilan antara generasi. Beliau mengingatkan bahawa generasi muda hari ini tidak seharusnya dibebankan untuk mewarisi kegagalan masa lalu yang sepatutnya diperbetulkan dan diselesaikan oleh kepimpinan hari ini.

Sebagai manifestasi komitmen, pihak penganjur HIKAM secara rasminya telah menyerahkan Dokumen Resolusi Dialog Ummah kepada Pengerusi TH, Tan Sri Abdul Rashid Hussain. Resolusi ini mengandungi syor-syor tindakan berjadual, sasaran penyelesaian yang jelas, serta mekanisme pemantauan berterusan terhadap pelaksanaan dapatan RCI.

Bagi memastikan gelombang pencerahan ini sampai ke peringkat akar umbi, HIKAM bersepakat untuk menerbitkan bahan penerangan ringkas yang disemak faktanya, merancang inisiatif siri Jelajah Dialog Ummah ke seluruh negara, serta memperhebat penerangan silang platform melalui media cetak, penyiaran, dan digital. Usaha ini bermatlamat memastikan Tabung Haji kekal berdiri megah sebagai lambang kejayaan sosioekonomi umat Islam yang telus, dihormati, dan mampan sepanjang zaman.

Berita Wadah|Berita Wadah - BM
keibubapaan

Bengkel Keibubapaan Era Digital Perkasa Ibu Bapa Hadapi Cabaran Teknologi dan Penggunaan Gajet

KUALA LUMPUR, 31 Oktober – Bengkel Keibubapaan Era Digital telah diadakan di Masjid Salahuddin Al-Ayubi, Taman Melati, bagi meningkatkan kesedaran ibu bapa terhadap cabaran mendidik anak-anak dalam persekitaran teknologi yang semakin berkembang. Program ini memberi tumpuan kepada perkembangan psikologi generasi digital, strategi pencegahan dan kawalan penggunaan gajet serta pembinaan ketahanan keluarga dalam menghadapi dunia tanpa […]

Baca Lanjut
Indonesia

Kunjung Hormat Delegasi Pendidikan dan Pesantren Indonesia ke WADAH: Rapatkan Ukhuwah Serantau, Teroka Kerjasama Pendidikan Islam Malaysia-Indonesia

BANGI, 31 Oktober 2026 – Memperkukuh jaringan ukhuwah Islamiah merentas sempadan serantau serta meneroka ruang sinergi dalam pemerkasaan institusi pendidikan Islam menjadi matlamat utama penganjuran Program Kunjung Hormat Delegasi NGO dan Institusi Pendidikan Indonesia ke Ibu Pejabat Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH) di Bangi hari ini. Pertemuan muhibah peringkat serantau ini menghimpunkan barisan kepimpinan utama […]

Baca Lanjut

Dialog Ummah 2.0: Hubungan Raja dan Rakyat Perlu Diperkukuh Berteraskan Amanah, Adat dan Perlembagaan

22 Oktober 2026 | Editor WADAH BANGI, 21 Oktober – Hubungan antara institusi diraja dengan rakyat serta kepentingan memelihara adat dan Perlembagaan dalam sistem kenegaraan Malaysia menjadi tumpuan sesi ketiga Dialog Ummah 2.0 bertajuk “Raja dan Rakyat Berpisah Tiada” yang berlangsung di Bangi Resort Hotel, Bandar Baru Bangi. Perbincangan tersebut mengangkat hubungan timbal balik antara […]

Baca Lanjut

Dialog Ummah 2.0: Adab Berbeza Pendapat dan Literasi Media Penting Tangani Perpecahan Masyarakat

22 Oktober 2026 | Editor WADAH BANGI, 21 Oktober – Kepentingan mengurus perbezaan pandangan secara berhemah serta cabaran penyebaran fitnah dan kebencian melalui media sosial menjadi fokus sesi kedua Dialog Ummah 2.0 bertajuk “Islam dan Adab Mengurus Perbezaan Pendapat” yang berlangsung di Bangi Resort Hotel, Bandar Baru Bangi. Perbincangan ini meneliti pendekatan Islam dalam menangani […]

Baca Lanjut
Jumlah Pelawat Hari ini :
3498
Jumlah Pelawat Keseluruhan :
930176
PERSATUAN WADAH PENCERDASAN UMAT MALAYSIA
ROS : PPM-003-10-11902005
Tentang Wadah Jaringan Privasi Polisi
Klik Sini