Rahmah dan Hikmah Rasulullah SAW

Kongsikan artikel ini :

Ceramah Maulidur Rasul: Mensyukuri Keamanan Meneladani Sunnah Rasulullah SAW

Pulau Pinang, 5 September 2025 – Presiden Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH), Dato’ Haji Ahmad Azam Ab Rahman, telah menyampaikan ceramah Maulidur Rasul sempena Majlis Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Negeri Pulau Pinang Tahun 1447H/2025M yang berlangsung di Dewan Al-Ansar, Masjid Al-Muhajirin, Bandar Seberang Jaya.

Antara hadirin utama yang turut serta memeriahkan majlis ini ialah:

  1. Tuan Yang Terutama Tun Dato’ Seri Utama Haji Ramli bin Ngah Talib, Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang;
  2. Yang Mulia Toh Puan Raja Dato’ Seri Utama Noora Ashikin binti Raja Abdullah;
  3. Yang Berhormat Dato’ Dr. Mohamad bin Abdul Hamid, Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang, dan Yang Berbahagia Datin Noraini binti Abd. Jalil;
  4. Yang Berhormat Dato’ Seri Haji Zulkifli bin Long, Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang, dan Yang Berbahagia Datin Seri Hajah Faziah binti Johari;
  5. Yang Berhormat Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Pulau Pinang;
  6. Sahibus Samahah Profesor Madya Dato’ Dr. Mohd Sukki bin Othman, Mufti Kerajaan Negeri Pulau Pinang;

Majlis turut menyaksikan penganugerahan Qudwatur Rasul Khas kepada Tuan Haji Mahamad Aziz bin Abdullah, Pengerusi WADAH Pulau Pinang, sebagai pengiktirafan atas sumbangan beliau dalam memperjuangkan dakwah, pendidikan, serta pengukuhan nilai-nilai Islam di negeri ini.


Dalam ceramah bertajuk “Mensyukuri Keamanan, Meneladani Sunnah Kerasulan”, beliau menegaskan bahawa tema sambutan pada tahun ini amat signifikan dalam usaha membangun ummah madani, dengan penekanan kepada dua aspek penting: kesyukuran terhadap nikmat keamanan dan peneladanan sunnah Rasulullah SAW.

Keamanan merupakan nikmat besar selepas iman dan Islam, sebagaimana firman Allah SWT dalam Surah al-Quraish yang menyebut tentang rezeki dan keamanan sebagai anugerah utama. Sesungguhnya keamanan bukan suatu kebetulan, sebaliknya hasil daripada perjanjian sosial, kematangan kepimpinan dan toleransi rakyat pelbagai kaum dan agama.

Masyarakat Malaysia sepatutnya tidak mengambil mudah nikmat keamanan ini. Presiden mengaitkan situasi negara-negara bergolak seperti Palestin, Syria, Libya, Iraq dan Rohingya yang kehilangan nikmat keamanan, sekaligus mengingatkan bahawa keamanan perlu dijaga dengan jiwa dan raga.

Rahmah dan Hikmah Rasulullah

Dalam konteks meneladani sunnah Rasulullah SAW, dua prinsip utama perlu ditekankan iaitu rahmah (kasih sayang) dan hikmah (kebijaksanaan). Rasulullah SAW diutus sebagai rahmat kepada seluruh alam, bukan membawa kebencian. Kisah Baginda di Taif menjadi contoh bagaimana doa dan kasih sayang mengatasi kebencian dan dendam.

Dakwah secara berhikmah adalah sangat penting sebagaimana firman Allah dalam Surah an-Nahl ayat 125, yang menyeru manusia dengan hikmah, nasihat yang baik, serta perdebatan dengan cara terbaik. Rasulullah SAW, jelasnya, mengutamakan pendekatan damai, antaranya melalui Perjanjian Hudaibiyah yang akhirnya membawa kepada pembukaan Kota Mekah secara aman.

Peperangan yang berlaku pada zaman Rasulullah SAW turut disentuh yang mana perang hanyalah ikhtiar terakhir setelah usaha damai gagal, dengan tujuan mempertahankan diri, melindungi nyawa umat Islam yang dizalimi, dan menegakkan kebebasan beragama.

Mengaitkan dengan realiti semasa, beliau mengingatkan masyarakat agar mengelakkan “perang kata-kata” di media sosial yang boleh merosakkan ukhuwah. Katanya, menjaga keamanan bermula daripada diri sendiri, keluarga, masyarakat, sehinggalah ke peringkat negara – termasuk menjaga lidah, jari, hati serta memelihara kedaulatan undang-undang.

Mengakhiri ceramah, presiden mengajak seluruh umat Islam menjadikan sambutan Maulidur Rasul tahun ini sebagai titik tolak untuk lebih mensyukuri nikmat keamanan dan meneladani sunnah Rasulullah SAW dengan mengamalkan rahmah dan hikmah dalam kehidupan. Beliau berdoa agar Malaysia terus aman, makmur serta menjadi negara yang diberkati Allah SWT, dan agar umat Islam menjadi pewaris Nabi yang menyebarkan kasih sayang, bukan kebencian, serta menjaga perpaduan dan rahmatan lil-‘alamin.

Rakaman Ceramah boleh ditonton melalui paparan tertera.

Berita Wadah|Berita Wadah - BM
Pek ceria raya

AGIHAN PEK CERIA RAYA (PCR) UNTUK MUALAF DI IOA CENTRE

Kuala Lumpur, 15 Mac 2026 – Dalam semangat Ramadan yang mulia, WADAH Pencerdasan Umat Malaysia, dengan kerjasama Yayasan Taqwa, telah mengagihkan 55 pek Pek Ceria Raya (PCR) kepada para peserta mualaf di Islamic Outreach ABIM (IOA) Centre, Masjid Negara, Kuala Lumpur. Program ini bertujuan membantu golongan mualaf membuat persiapan menyambut Aidilfitri serta menyemai semangat kepedulian […]

Baca Lanjut
PEK CERIA RAYA

AGIHAN PEK CERIA RAYA (PCR) SANTUNI KOMUNITI OKU DI PPR LEMBAH SUBANG 2

Petaling Jaya, 15 Mac – Dalam semangat Ramadan yang penuh keberkatan, program Agihan Pek Ceria Raya (PCR) telah dilaksanakan di PPR Lembah Subang 2, Petaling Jaya, melibatkan pengagihan sebanyak 60 pek sumbangan kepada golongan Orang Kurang Upaya (OKU) dalam komuniti setempat. Program ini bertujuan membantu meringankan beban golongan yang memerlukan, khususnya dalam membuat persiapan menyambut […]

Baca Lanjut
orang asli

WADAH SANTUNI MASYARAKAT ORANG ASLI MELALUI PROGRAM AGIHAN PEK CERIA RAYA

Sungai Gabai, 14 Mac 2026 – Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH) dengan kerjasama Yayasan Taqwa telah melaksanakan Program Agihan Pek Ceria Raya (PCR) di Kampung Orang Asli Sungai Gabai sebagai sebahagian daripada usaha menyantuni masyarakat Orang Asli serta memperkukuh hubungan silaturahim bersama komuniti setempat. Program tersebut turut melibatkan penyertaan pelajar latihan industri yang bersama-sama turun […]

Baca Lanjut
projek bubur lambuk

PROJEK BUBUR LAMBUK WADAH 2026: MENYEMAI UKHUWAH DAN KEPEDULIAN RAMADAN

Sungai Merab, 10 Mac 2026 – Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH) dengan kerjasama Pusat Infaq WADAH telah melaksanakan Projek Bubur Lambuk 2026, mengedarkan 700 bekas bubur lambuk kepada pelbagai komuniti, institusi dan agensi sekitar. Program ini bukan sahaja menyediakan juadah berbuka puasa kepada masyarakat, tetapi juga menjadi platform untuk memperkukuh ukhuwah, mengeratkan semangat gotong-royong, dan […]

Baca Lanjut
Jumlah Pelawat Hari ini :
1076
Jumlah Pelawat Keseluruhan :
415395
Klik Sini