QUNUT NAZILAH: UMAT ISLAM DISERU JAGA BATASAN

Kongsikan artikel ini :

QUNUT NAZILAH: UMAT ISLAM DISERU JAGA BATASAN DAN JAUHI BUDAYA EKSTREM DAN MELAMPAU DALAM BERAGAMA

Umat Islam diseru dan dinasihatkan menjaga batasan hukum dan adab dalam menggunakan wasilah doa bagi tujuan memohon keburukan dan kemudaratan sesama Muslim. Apatah lagi menggunakan Qunut Nazilah bagi memohon kehancuran seteru politik kepartaian dalam negara apabila berlaku perbezaan pandangan.

Sehubungan itu, Wadah Pencerdasan Umat Malaysia ( WADAH) ingin menyatakan kekecewaan dengan perbuatan seorang Ahli Parlimen Malaysia yang membaca doa Qunut Nazilah di Dewan Rakyat baru-baru ini kerana membantah keputusan yang tidak menyebelahinya.

Sebagaimana diperjelaskan oleh Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan pada ruangan Al-Kafi (1993), doa Qunut Nazilah adalah pengamalan Rasulullah dan para sahabat khusus kepada golongan musuh dari kalangan golongan kafir dan murtad dan tidak terhadap sesama umat Islam.

WADAH bersetuju dengan pandangan Pejabat Mufti Wilayah agar umat Islam menjauhi sebarang perbuatan yang boleh menjerumuskan mereka pada perbuatan ekstrem dan melampau dalam beragama.

Marilah kita umat Islam kembali berpegang pada ajaran agama Islam sebenar, mengamalkan budaya hidup yang bersedehana dan bersatu padu membina negara Madani yang kukuh dan makmur.

“MENGANGKAT MARTABAT UMAT”

Dato’ Haji Ahmad Azam Ab Rahman
Presiden
Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH)

20 Julai 2024

Kenyataan Media|Kenyataan Media - BM

Usrah Gabungan WAP Wilayah Persekutuan: Presiden WADAH Kupas Isu ‘Tiga Serangkai Krisis’ Berdasarkan Ibrah Sirah Nabawiyyah

KUALA LUMPUR, 11 Jun 2026 – Dalam mendepani gelombang ketidaktentuan sosiopolitik dan cabaran sara hidup yang semakin mencabar, Wanita WADAH-ABIM-PKPIM (WAP) Wilayah Persekutuan telah menganjurkan Program Usrah Gabungan peringkat negeri malam tadi. Program yang berlangsung di Outreach Oasis ABIM Bukit Bintang (OOBB) ini menjadi medan penting bagi pimpinan dan kader gerakan untuk memperteguh pendirian serta […]

Baca Lanjut
bowling komuniti

ERATKAN UKHWWAH KOMUNITI : EMPAT PETUGAS WADAH SAHUT CABARAN PERTANDINGAN BOWLING AYG 2026

BANGI, 23 Mei 2026 – Dalam usaha memperkukuh jaringan strategik bersama pertubuhan belia serta menyuburkan budaya gaya hidup sihat, empat orang petugas daripada Sekretariat WADAH Pusat telah tampil menyahut cabaran dalam Pertandingan Bowling Komuniti AYG 2026. Pertandingan yang berlangsung meriah itu telah diadakan bertempat di Ampang Superbowl, Tingkat 3, Bangi Gateway, semalam. WADAH kali ini […]

Baca Lanjut

PUSAT INFAQ WADAH SANTUNI PELAJAR KOLEJ DAR AL-HIKMAH

Kajang, 22 Mei – Program Jamuan Kasih Pelajar al-Hikmah telah berlangsung di Kolej Dar Al-Hikmah, Kajang, menghimpunkan para pelajar dalam suasana penuh ukhuwah, kesyukuran dan kebersamaan. Program ini turut dihadiri oleh petugas Sekretariat WADAH Pusat, yang bersama-sama menyantuni para pelajar serta menzahirkan sokongan terhadap usaha membina ekosistem pendidikan yang berteraskan kasih sayang, adab dan kepedulian. […]

Baca Lanjut
selat hormuz

KRISIS SELAT HORMUZ & KEDAULATAN DIGITAL : PRESIDEN WADAH GESA KPM RANGKA KURIKULUM ‘TEKNOLOGI MANDIRI’ BERASASKAN AI

PUTRAJAYA, 22 Mei 2026 – Di sebalik kehangatan pergolakan geopolitik di Selat Hormuz yang sedang menghimpit ekonomi dunia, pasak pertahanan dan masa depan sesebuah negara kini tidak lagi sekadar bergantung kepada kekuatan ketenteraan, sebaliknya ditentukan oleh kedaulatan digital dan penguasaan teknologi. Menyedari hakikat ini, Presiden Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH), Dato’ Ahmad Azam Abdul Rahman, […]

Baca Lanjut
Jumlah Pelawat Hari ini :
991
Jumlah Pelawat Keseluruhan :
546296
Klik Sini