PUISI MENGENANG PERMATA UMMAH (PROF DATO’ DR MUHAMMAD NUR MANUTY)

Kongsikan artikel ini :

Puisi Mengenang Permata Ummah
(Prof Dato’ Dr Muhammad Nur Manuty)

I
Telah gugur sebutir permata
Bukan dari mahkota dunia
Tetapi dari taman ilmu dan takwa
Yang sinarnya menerangi jiwa manusia
Pemergianmu mengundang hiba
Di hati sahabat dan pencinta agama
Kerana engkau bukan sekadar cendekia
Tetapi murabbi yang membentuk jiwa

II
Engkau melangkah dengan hikmah
Menjulang ilmu tanpa kesombongan
Membela kebenaran tanpa ketakutan
Pada bicaramu ada ketenangan
Pada tulisanmu ada pencerahan
Pada perjuanganmu ada ketulusan
Pada akhlakmu ada teladan
Engkau mengajarkan bahawa dakwah
Bukan hanya slogan yang megah
Tetapi kesabaran yang tidak lelah
Dan kasih sayang yang mencurah
Dalam gelanggang pemikiran ummah,
Engkau berdiri sebagai nakhoda,
Membimbing umat memahami agama,
Dengan neraca ilmu yang seimbang maknanya.
Engkau menolak kebencian yang membara
Mengajak kepada dialog dan bicara
Menghubungkan manusia dengan manusia
Dan manusia dengan Tuhannya

III
Hari ini jasadmu telah tiada
Namun suaramu masih bergema
Dalam dewan ilmu dan wacana
Dalam jiwa mereka yang pernah bersamamu
Kami mengenangmu sebagai permata
Uang kilauannya bukan kerana dunia
Tetapi kerana iman yang menyala
Dan keikhlasan yang sentiasa terpelihara.

V
Permata itu kini kembali kepada Pemiliknya
Setelah lama bersinar di bumi fana
Meninggalkan warisan yang berharga
Buat generasi yang meneruskan cita-cita
Moga Allah melimpahkan rahmat-Nya
Mengampuni segala khilaf dan dosa
Meluaskan kubur dengan cahaya-Nya
Serta menempatkanmu bersama insan mulia.

VI
Kami tadah tangan seluasnya
Didepan Kaabah mulia ni seutuhnya
Moga diberi kekuatan memiliki ilmunya
Moga ditanzilkan hikmah tersimpan
Moga dikaderkan insan-insan meneruskan
Khidmat bakti pada Tuhan , pada umat
Biar yang hilang itu jasadnya
Tapi Dakwah , hikmah terus melata

Al-Fatihah buat Almarhum Prof. Dr. Muhammad Nur Manuty.

Hasri Harun
Timbalan Presiden
Makkah al-Mukarramah
24 Jun 2026/9 Muharram 1448

Berita Wadah|Berita Wadah - BM
keibubapaan

Bengkel Keibubapaan Era Digital Perkasa Ibu Bapa Hadapi Cabaran Teknologi dan Penggunaan Gajet

KUALA LUMPUR, 31 Oktober – Bengkel Keibubapaan Era Digital telah diadakan di Masjid Salahuddin Al-Ayubi, Taman Melati, bagi meningkatkan kesedaran ibu bapa terhadap cabaran mendidik anak-anak dalam persekitaran teknologi yang semakin berkembang. Program ini memberi tumpuan kepada perkembangan psikologi generasi digital, strategi pencegahan dan kawalan penggunaan gajet serta pembinaan ketahanan keluarga dalam menghadapi dunia tanpa […]

Baca Lanjut
Indonesia

Kunjung Hormat Delegasi Pendidikan dan Pesantren Indonesia ke WADAH: Rapatkan Ukhuwah Serantau, Teroka Kerjasama Pendidikan Islam Malaysia-Indonesia

BANGI, 31 Oktober 2026 – Memperkukuh jaringan ukhuwah Islamiah merentas sempadan serantau serta meneroka ruang sinergi dalam pemerkasaan institusi pendidikan Islam menjadi matlamat utama penganjuran Program Kunjung Hormat Delegasi NGO dan Institusi Pendidikan Indonesia ke Ibu Pejabat Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH) di Bangi hari ini. Pertemuan muhibah peringkat serantau ini menghimpunkan barisan kepimpinan utama […]

Baca Lanjut

Dialog Ummah 2.0: Hubungan Raja dan Rakyat Perlu Diperkukuh Berteraskan Amanah, Adat dan Perlembagaan

22 Oktober 2026 | Editor WADAH BANGI, 21 Oktober – Hubungan antara institusi diraja dengan rakyat serta kepentingan memelihara adat dan Perlembagaan dalam sistem kenegaraan Malaysia menjadi tumpuan sesi ketiga Dialog Ummah 2.0 bertajuk “Raja dan Rakyat Berpisah Tiada” yang berlangsung di Bangi Resort Hotel, Bandar Baru Bangi. Perbincangan tersebut mengangkat hubungan timbal balik antara […]

Baca Lanjut

Dialog Ummah 2.0: Adab Berbeza Pendapat dan Literasi Media Penting Tangani Perpecahan Masyarakat

22 Oktober 2026 | Editor WADAH BANGI, 21 Oktober – Kepentingan mengurus perbezaan pandangan secara berhemah serta cabaran penyebaran fitnah dan kebencian melalui media sosial menjadi fokus sesi kedua Dialog Ummah 2.0 bertajuk “Islam dan Adab Mengurus Perbezaan Pendapat” yang berlangsung di Bangi Resort Hotel, Bandar Baru Bangi. Perbincangan ini meneliti pendekatan Islam dalam menangani […]

Baca Lanjut
Jumlah Pelawat Hari ini :
4007
Jumlah Pelawat Keseluruhan :
930685
PERSATUAN WADAH PENCERDASAN UMAT MALAYSIA
ROS : PPM-003-10-11902005
Tentang Wadah Jaringan Privasi Polisi
Klik Sini