POLEMIK RUU MUFTI MESTI DIHENTIKAN

Kongsikan artikel ini :

KENYATAAN MEDIA WADAH 23 OKTOBER 2024

POLEMIK RUU MUFTI MESTI DIHENTIKAN: UTAMAKAN KEPENTINGAN
UMAT ISLAM LEBIH BESAR


1.⁠ Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH) ingin melahirkan rasa kecewa dengan berlanjutannya polemik terhadap Rang Undang-Undang (RUU) Mufti (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 2024 yang dipolitikkan oleh pihak-pihak tertentu. Tindakan ini telah mengaburkan roh dan tujuan sebenar penggubalan RUU tersebut.

2.⁠ Sebagaimana telah diperjelaskan oleh YB Senator Dato’ Setia Dr. Hj. Mohd Na’im bin Hj. Mokhtar, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), dalam kenyataan-kenyataan dan temubual media, RUU ini digubal untuk memperkasakan institusi Mufti serta bidang kefatwaan, bagi memastikan umat Islam memperoleh panduan hukum syarak yang berwibawa di tengah arus perubahan zaman yang semakin mencabar.

3.⁠ WADAH menggesa umat Islam agar mengutamakan kemaslahatan dan kepentingan yang lebih besar dalam membincangkan isu ini. Polemik yang tidak produktif hanya akan merugikan kepentingan umat Islam secara keseluruhan.

4.⁠ Dengan RUU Mufti bakal dibentangkan di Dewan Rakyat dalam masa terdekat, WADAH menyeru agar orang ramai memberi kepercayaan penuh kepada ahli-ahli perundangan dan penggubal dasar yang berkelayakan untuk membahaskan isu ini dengan teliti dan mendalam.

5.⁠ WADAH juga mengingatkan agar tiada pihak yang sengaja “mengeruhkan air yang jernih” dengan membuat adu-domba, provokasi, atau mengambil kesempatan untuk menonjolkan diri sebagai jaguh dalam isu ini. Segala perbahasan perlu berlandaskan fakta dan adab, bukan demi populariti peribadi.

6.⁠ WADAH ingin mengesyorkan agar YB Menteri Hal Ehwal Agama agar tidak melayani gesaan pihak-pihak tertentu untuk mengadakan debat terbuka berkaitan RUU Mufti ini, kerana ia berpotensi mengganggu keharmonian dan kesejahteraan umat Islam.

7.⁠ Akhir sekali, WADAH menyeru agar masyarakat menghayati adab berbeza pendapat yang sudah lama menjadi sebahagian daripada tradisi keilmuan dalam sejarah tamadun Islam. Setiap perbincangan mengenai hal ehwal agama mestilah dijalankan dengan penuh hormat dan menjaga martabat institusi agama di negara kita.

Dato’ Ahmad Azam Abdul Rahman
Presiden
Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH)

Kenyataan Media|Kenyataan Media - BM|Uncategorized
Pek ceria raya

AGIHAN PEK CERIA RAYA (PCR) UNTUK MUALAF DI IOA CENTRE

Kuala Lumpur, 15 Mac 2026 – Dalam semangat Ramadan yang mulia, WADAH Pencerdasan Umat Malaysia, dengan kerjasama Yayasan Taqwa, telah mengagihkan 55 pek Pek Ceria Raya (PCR) kepada para peserta mualaf di Islamic Outreach ABIM (IOA) Centre, Masjid Negara, Kuala Lumpur. Program ini bertujuan membantu golongan mualaf membuat persiapan menyambut Aidilfitri serta menyemai semangat kepedulian […]

Baca Lanjut
PEK CERIA RAYA

AGIHAN PEK CERIA RAYA (PCR) SANTUNI KOMUNITI OKU DI PPR LEMBAH SUBANG 2

Petaling Jaya, 15 Mac – Dalam semangat Ramadan yang penuh keberkatan, program Agihan Pek Ceria Raya (PCR) telah dilaksanakan di PPR Lembah Subang 2, Petaling Jaya, melibatkan pengagihan sebanyak 60 pek sumbangan kepada golongan Orang Kurang Upaya (OKU) dalam komuniti setempat. Program ini bertujuan membantu meringankan beban golongan yang memerlukan, khususnya dalam membuat persiapan menyambut […]

Baca Lanjut
orang asli

WADAH SANTUNI MASYARAKAT ORANG ASLI MELALUI PROGRAM AGIHAN PEK CERIA RAYA

Sungai Gabai, 14 Mac 2026 – Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH) dengan kerjasama Yayasan Taqwa telah melaksanakan Program Agihan Pek Ceria Raya (PCR) di Kampung Orang Asli Sungai Gabai sebagai sebahagian daripada usaha menyantuni masyarakat Orang Asli serta memperkukuh hubungan silaturahim bersama komuniti setempat. Program tersebut turut melibatkan penyertaan pelajar latihan industri yang bersama-sama turun […]

Baca Lanjut
projek bubur lambuk

PROJEK BUBUR LAMBUK WADAH 2026: MENYEMAI UKHUWAH DAN KEPEDULIAN RAMADAN

Sungai Merab, 10 Mac 2026 – Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH) dengan kerjasama Pusat Infaq WADAH telah melaksanakan Projek Bubur Lambuk 2026, mengedarkan 700 bekas bubur lambuk kepada pelbagai komuniti, institusi dan agensi sekitar. Program ini bukan sahaja menyediakan juadah berbuka puasa kepada masyarakat, tetapi juga menjadi platform untuk memperkukuh ukhuwah, mengeratkan semangat gotong-royong, dan […]

Baca Lanjut
Jumlah Pelawat Hari ini :
619
Jumlah Pelawat Keseluruhan :
414938
Klik Sini