PMX Menegaskan Pentingnya Hikmah, Pencerahan Dan Keteguhan Nilai Dalam Merealisasikan Agenda Islah Dan Reformasi Negara Di Muktamar Nasional WADAH Kali Ke-19
Seberang Jaya, 29 November 2025 – Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Seri Anwar Ibrahim , menekankan kembali asas perjuangan islah dan reformasi ketika menyampaikan ucapan di Muktamar Nasional WADAH (MUKNAS19) yang berlangsung di Permatang Pauh. Ucapan itu sarat dengan peringatan tentang cabaran pemikiran, pertentangan nilai, serta keperluan tatakelola yang teguh bagi memastikan hala tuju negara terus berada di atas landasan pembaharuan.
Permatang Pauh sebagai Simbol Islah dan Reformasi
Dalam permulaan ucapannya, Dato’ Seri Anwar Ibrahim mengimbau makna simbolik penganjuran muktamar tersebut di Permatang Pauh, sebuah lokasi yang pernah menjadi titik penting dalam sejarah perjuangannya. Beliau mengaitkan kembali Pengisytiharan Permatang Pauh yang diasaskan atas doa di dalam Surah Hud, 11:88, yang bermaksud “Aku hanya menghendaki islah sedaya upayaku.” Menurutnya, prinsip ini tetap relevan hari ini sebagai asas kepada gerakan pembaharuan yang berterusan.
Dato’ Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa sebarang usaha reformasi tidak pernah berlaku dalam ruang tertutup atau keadaan yang sunyi daripada perbezaan. Menurut Dato’ Seri Anwar Ibrahim, “Ia tapak yang sangat bersejarah dan di situ juga kita mengisytiharkan Pengisytiharan Permatang Pauh yang berteraskan “إِنْ أُرِيدُ إِلَّا الْإِصْلَاحَ مَا اسْتَطَعْتُ.” Keadaan ini, kata beliau, memerlukan hikmah, pendidikan berterusan dan kefahaman mendalam agar perbezaan tidak menggugat hala tuju lebih besar.
Beliau turut mengingatkan bahawa cabaran kepada reformasi bukan hanya datang daripada perbezaan pemikiran, tetapi juga daripada sifat manusia termasuk hasad, kerakusan, dan budaya mahu merebut kuasa tanpa pertimbangan nilai dan akhlak. Dato’ Seri Anwar Ibrahim menyatakan situasi seperti ini bukan sahaja berlaku di Malaysia tetapi juga di banyak negara lain, menjadikannya cabaran sejagat terhadap pembinaan tamadun.
Tatakelola MADANI dan Peranan WADAH sebagai Suara Sembak dan Imbang
Menyentuh soal tadbir urus negara,Dato’ Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa pihak yang terbiasa dengan sistem yang rakus dan sarat rasuah pasti menentang usaha pembaharuan. Namun, beliau menekankan bahawa tiada negara mampu maju tanpa sistem kenegaraan yang tersusun dengan prinsip dan parameter yang jelas.
Menurut Dato’ Seri Anwar Ibrahim, kerajaan MADANI akan terus memperbaiki kelemahan dalaman dan membersihkan unsur yang merosakkan integriti sistem. Beliau mengajak WADAH memainkan peranan sebagai suara kritikal yang berani menegur demi memastikan tatakelola kerajaan sentiasa berada pada arah yang betul. Teguran yang matang dan terbuka, katanya, penting untuk menjadikan reformasi sebagai gerakan membina, bukan hanya slogan. Dato’ Seri Anwar Ibrahim turut memberi tumpuan kepada isu ekonomi, menyatakan bahawa pemahaman ekonomi dalam kerangka MADANI tidak boleh terpisah daripada konsep keadilan. Baginya, ekonomi yang hanya menekankan angka tanpa memberi makna kepada rakyat; terutama dalam mengurangkan jurang sosial dan membasmi kemiskinan; bukanlah ekonomi yang berhasil. Beliau mengingatkan bahawa kebebasan rakyat daripada kepapaan adalah asas penting kepada pembinaan negara maju.
Dalam ucapan itu, Dato’ Seri Anwar Ibrahim memuji kemampuan generasi muda dan masyarakat umum dalam melontarkan idea serta menggerakkan usaha bermakna. Menurutnya, pemikiran kritis dan kesediaan anak muda untuk terlibat dalam wacana pembaharuan merupakan antara kekuatan utama negara.Beliau mengakhiri ucapannya dengan doa agar MUKNAS19 menjadi titik lonjakan baharu dan mampu mengangkat martabat umat serta negara. Dato’ Seri Anwar Ibrahim menyeru agar semangat Permatang Pauh terus hidup sebagai simbol kesungguhan melaksanakan islah demi Malaysia yang lebih berintegriti dan berpaksikan nilai.
WADAH MENGUTUK ESKALASI SERANGAN TERHADAP INFRASTRUKTUR TENAGA IRAN & AMARAN KRISIS GLOBAL KENYATAAN MEDIA 19 MAC 2026 Pertubuhan Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH) menyatakan kebimbangan yang amat serius terhadap perkembangan terkini di Timur Tengah susulan serangan ke atas FASILITI GAS SOUTH PARS MILIK IRAN—antara medan gas terbesar dunia—yang kini mencetuskan risiko besar kepada keselamatan tenaga global […]
WADAH SAMBUT POSITIF USAHA PERTEMUAN HARMONI MADANI MUSLIM–HINDU : MEMPERKUKUH “PEACEFUL COEXISTENCE” DAN HIDUP BERSAMA DALAM BUDAYA DAMAI KENYATAAN MEDIA19 Mac 2026 | Bandar Baru Bangi, Selangor WADAH menyambut baik dan menyokong sepenuhnya inisiatif pertemuan antara wakil komuniti Muslim dan Hindu yang bertujuan mencari titik damai serta meredakan ketegangan antara agama dalam negara. Usaha ini […]
Kuala Lumpur, 15 Mac 2026 – Dalam semangat Ramadan yang mulia, WADAH Pencerdasan Umat Malaysia, dengan kerjasama Yayasan Taqwa, telah mengagihkan 55 pek Pek Ceria Raya (PCR) kepada para peserta mualaf di Islamic Outreach ABIM (IOA) Centre, Masjid Negara, Kuala Lumpur. Program ini bertujuan membantu golongan mualaf membuat persiapan menyambut Aidilfitri serta menyemai semangat kepedulian […]
Petaling Jaya, 15 Mac – Dalam semangat Ramadan yang penuh keberkatan, program Agihan Pek Ceria Raya (PCR) telah dilaksanakan di PPR Lembah Subang 2, Petaling Jaya, melibatkan pengagihan sebanyak 60 pek sumbangan kepada golongan Orang Kurang Upaya (OKU) dalam komuniti setempat. Program ini bertujuan membantu meringankan beban golongan yang memerlukan, khususnya dalam membuat persiapan menyambut […]