PENYERTAAN SYARIKAT ASING DALAM MAHB: PENDIRIAN TEGAS DAN REALISTIK
June 22nd, 2024
| Editor Wadah
Kongsikan artikel ini :
WADAH merasakan penegasan YAB Perdana Menteri dalam isu Blackrock dalam pelaburan di negara adalah jelas dan melihat tiada keperluan untuk menjadikan isu penyertaan syarikat asing di dalam penstrukturan semula Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) sebagai modal politik.
WADAH yakin pendirian tegas Malaysia dalam isu Palestin yang konsisten dan berprinsip seharusnya menyatukan semua pihak berkepentingan di negara ini, tanpa kecuali. Ketika keadaan semakin gawat di Gaza, Malaysia menyerlah – bekerja keras melalui saluran diplomasi dan kemanusiaan mencari jalan penyelesaian. Inilah semangat yang seharusnya didokong semua pihak bagi membolehkan Malaysia terus berperanan dengan lebih berkesan.
Keadaan genting (sa’atu ‘l-usrah) di Gaza yang berlanjutan sejak Oktober 2023 memerlukan semua pihak terus fokus berganding bahu dalam satu gerakan perjuangan di peringkat global sebagai manifestasi keprihatinan rakyat Malaysia.
Sebagai sebuah negara yang mengamalkan dasar ekonomi terbuka, Malaysia mengalu-alukan kemasukan para pelabur asing ke negara ini. Namun realiti sosio-ekonomi-politik dunia kini yang serba kompleks memerlukan pendekatan berhikmah yang tegas dan berprinsip untuk berhadapan dengan mana-mana entiti sama ada di sektor ekonomi mahupun politik.
Keterdesakan untuk mempolitikkan isu penyertaan syarikat asing di dalam penstrukturan semula MAHB hanyalah polemik yang tidak perlu. usaha konsortium Gateway Development Alliance yang diterajui oleh Khazanah Nasional Berhad dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang memegang 70% pegangan saham, bertujuan memanfaatkan kepakaran secara kolektif bagi menambah baik infrastruktur lapangan terbang negara yang semakin terabai sejak tahun-tahun kebelakangan ini dan kemudiannya memastikan pertumbuhan berterusan yang mampan. Keupayaan MAHB perlu terus dilonjakkan dan dikembalikan agar setara dengan lapangan-lapangan terbang serantau dan antarabangsa.
WADAH juga berharap rakyat tidak terpengaruh dengan golongan tertentu yang memanipulasi isu ini bagi kepentingan individu dan parti politik tertentu. Kita khuatir dengan tindakan menghasut ini akan mengundang tindakan ekstrem dan keganasan.
WADAH berharap rakyat dapat terus rasional merenung realiti dan keperluan yang ada dan mendukung komitmen kepimpinan untuk memperkasakan ekonomi rakyat menerusi kerangka pemikiran Malaysia MADANI.
AZIZUDDIN AHMAD Setiausaha Agung Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH)
KUALA LUMPUR, 31 Oktober – Bengkel Keibubapaan Era Digital telah diadakan di Masjid Salahuddin Al-Ayubi, Taman Melati, bagi meningkatkan kesedaran ibu bapa terhadap cabaran mendidik anak-anak dalam persekitaran teknologi yang semakin berkembang. Program ini memberi tumpuan kepada perkembangan psikologi generasi digital, strategi pencegahan dan kawalan penggunaan gajet serta pembinaan ketahanan keluarga dalam menghadapi dunia tanpa […]
BANGI, 31 Oktober 2026 – Memperkukuh jaringan ukhuwah Islamiah merentas sempadan serantau serta meneroka ruang sinergi dalam pemerkasaan institusi pendidikan Islam menjadi matlamat utama penganjuran Program Kunjung Hormat Delegasi NGO dan Institusi Pendidikan Indonesia ke Ibu Pejabat Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH) di Bangi hari ini. Pertemuan muhibah peringkat serantau ini menghimpunkan barisan kepimpinan utama […]
22 Oktober 2026 | Editor WADAH BANGI, 21 Oktober – Hubungan antara institusi diraja dengan rakyat serta kepentingan memelihara adat dan Perlembagaan dalam sistem kenegaraan Malaysia menjadi tumpuan sesi ketiga Dialog Ummah 2.0 bertajuk “Raja dan Rakyat Berpisah Tiada” yang berlangsung di Bangi Resort Hotel, Bandar Baru Bangi. Perbincangan tersebut mengangkat hubungan timbal balik antara […]
22 Oktober 2026 | Editor WADAH BANGI, 21 Oktober – Kepentingan mengurus perbezaan pandangan secara berhemah serta cabaran penyebaran fitnah dan kebencian melalui media sosial menjadi fokus sesi kedua Dialog Ummah 2.0 bertajuk “Islam dan Adab Mengurus Perbezaan Pendapat” yang berlangsung di Bangi Resort Hotel, Bandar Baru Bangi. Perbincangan ini meneliti pendekatan Islam dalam menangani […]