PENGUKUHAN BIDANG KUASA SYARIAH

Kongsikan artikel ini :

KES SIS FORUM: WADAH SERU PENGUKUHAN BIDANG KUASA SYARIAH DAN PENYELESAIAN BERHIKMAH SISTEM DUA PERUNDANGAN
KENYATAAN MEDIA 20 JUN 2025

Merujuk kepada keputusan Mahkamah Persekutuan pada 19 Jun 2025 yang berkaitan dengan pemakaian fatwa terhadap pertubuhan Sisters in Islam (SIS Forum Malaysia), Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH) ingin mengemukakan pendirian berikut:

  1. Kedudukan Mahkamah Syariah dan Institusi Fatwa Masih Utuh

WADAH menghargai keputusan Mahkamah Persekutuan yang mengiktiraf keunikan sistem perundangan Malaysia, khususnya kedudukan bidang kuasa negeri dalam hal ehwal Islam seperti Mahkamah Syariah dan institusi fatwa. Pengiktirafan ini membuktikan bahawa kedudukan Mahkamah Syariah dan institusi fatwa masih utuh, sah dan relevan, dan harus terus difahami serta dihormati masyarakat.

  1. Tanggungjawab Individu Tidak Boleh Dielakkan

Meskipun keputusan majoriti Mahkamah Persekutuan menyatakan fatwa tersebut tidak terpakai kepada entiti korporat, organisasi dan institusi, tanggungjawab terhadap fahaman atau tindakan bertentangan syarak tetap terletak pada individu-individu Muslim yang mengurus organisasi tersebut. Mereka tidak boleh bersembunyi di sebalik nama pertubuhan.

WADAH berpandangan bahawa pandangan Hakim Datuk Abu Bakaf Jais dalam penghakiman minoriti ( dissenting judgement) yang menyamai penghakiman Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan, perlu diberi perhatian sewajarnya, khususnya berkaitan pemakaian terhadap organisasi dan institusi. Ini adalah kerana ia mempertahankan kesan perundangan terhadap entiti yang digerakkan oleh Muslim serta memberikan amaran terhadap risiko peleraian autoriti institusi Islam.

  1. Keseimbangan Mahkamah Sivil dan Syariah Perlu Dijaga?

WADAH memetik dengan penuh penghargaan kenyataan daripada hakim ‘dissenting judgement’ bahawa:

“The Civil Courts should not encroach on the jurisdiction of the Syariah Courts. Neither the latter should encroach on the jurisdiction of the former. Each should respect the jurisdiction of the other. This country had enjoyed a peaceful coexistence among the communities by respecting the two different courts and it should remain in that manner for many more years in the future.”

Kenyataan ini selari dengan pendirian WADAH yang sentiasa mengangkat prinsip keharmonian sistem dwi-perundangan di Malaysia – dan sebarang percubaan melanggar sempadan bidang kuasa antara Mahkamah Sivil dan Syariah wajar dielakkan demi kestabilan negara.

  1. Cadangan dan Syor

Bagi menyelesaikan kekeliruan dan konflik bidang kuasa ini secara tuntas dan berhikmah, WADAH mengemukakan saranan berikut:

a. Penggubalan Undang-Undang Penyelarasan Bidang Kuasa
Kerajaan melalui JAKIM dan Jabatan Peguam Negara digesa merangka satu mekanisme undang-undang yang memperjelas hubungan antara Mahkamah Syariah dan Mahkamah Sivil serta memperkukuh kedudukan fatwa dalam sistem kehakiman negara.

b. Pindaan Akta dan Enakmen Agama Islam
Parlimen dan Dewan Undangan Negeri perlu meminda undang-undang berkaitan agar autoriti fatwa dan Mahkamah Syariah dapat berfungsi secara berkesan dan tidak tertakluk kepada takrifan sempit entiti sivil.

c. Dialog Nasional Dipimpin Majlis Raja-Raja
Majlis Raja-Raja diseru memainkan peranan strategik memimpin satu dialog nasional antara institusi kehakiman, eksekutif dan legislatif untuk menyusun semula keseimbangan sistem dwi-perundangan.

d. Keperluan Hakim-hakim berwibawa pada masa hadapan yang berupaya mengiktiraf kerangka perundangan Islam serta komitmen terhadap keharmonian dua sistem perundangan negara.

WADAH menegaskan bahawa penyelesaian terhadap konflik syariah–sivil ini mesti dilakukan secara ilmiah, profesional dan berhikmah.

WADAH menyeru seluruh umat Islam untuk terus bertenang dan mendukung usaha memartabatkan institusi Islam demi menjunjung prinsip Perlembagaan dan mempertahankan maruah syariah.

“Menegakkan syariat dengan ilmu, memperkasa institusi dengan hikmah.”

Azizuddin Ahmad,
Setiausaha Agung,
Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH)

Kenyataan Media|Kenyataan Media - BM

WADAH MENGUTUK ESKALASI SERANGAN INFRASTRUKTUR TENAGA IRAN & AMARAN KRISIS GLOBAL

WADAH MENGUTUK ESKALASI SERANGAN TERHADAP INFRASTRUKTUR TENAGA IRAN & AMARAN KRISIS GLOBAL KENYATAAN MEDIA 19 MAC 2026 Pertubuhan Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH) menyatakan kebimbangan yang amat serius terhadap perkembangan terkini di Timur Tengah susulan serangan ke atas FASILITI GAS SOUTH PARS MILIK IRAN—antara medan gas terbesar dunia—yang kini mencetuskan risiko besar kepada keselamatan tenaga global […]

Baca Lanjut
PERTEMUAN HARMONI MADANI MUSLIM-HINDU PEACEFUL COEXISTENCE

WADAH SAMBUT POSITIF USAHA PERTEMUAN HARMONI MADANI MUSLIM–HINDU : MEMPERKUKUH “PEACEFUL COEXISTENCE” DAN HIDUP BERSAMA DALAM BUDAYA DAMAI

WADAH SAMBUT POSITIF USAHA PERTEMUAN HARMONI MADANI MUSLIM–HINDU : MEMPERKUKUH “PEACEFUL COEXISTENCE” DAN HIDUP BERSAMA DALAM BUDAYA DAMAI KENYATAAN MEDIA19 Mac 2026 | Bandar Baru Bangi, Selangor WADAH menyambut baik dan menyokong sepenuhnya inisiatif pertemuan antara wakil komuniti Muslim dan Hindu yang bertujuan mencari titik damai serta meredakan ketegangan antara agama dalam negara. Usaha ini […]

Baca Lanjut
Pek ceria raya

AGIHAN PEK CERIA RAYA (PCR) UNTUK MUALAF DI IOA CENTRE

Kuala Lumpur, 15 Mac 2026 – Dalam semangat Ramadan yang mulia, WADAH Pencerdasan Umat Malaysia, dengan kerjasama Yayasan Taqwa, telah mengagihkan 55 pek Pek Ceria Raya (PCR) kepada para peserta mualaf di Islamic Outreach ABIM (IOA) Centre, Masjid Negara, Kuala Lumpur. Program ini bertujuan membantu golongan mualaf membuat persiapan menyambut Aidilfitri serta menyemai semangat kepedulian […]

Baca Lanjut
PEK CERIA RAYA

AGIHAN PEK CERIA RAYA (PCR) SANTUNI KOMUNITI OKU DI PPR LEMBAH SUBANG 2

Petaling Jaya, 15 Mac – Dalam semangat Ramadan yang penuh keberkatan, program Agihan Pek Ceria Raya (PCR) telah dilaksanakan di PPR Lembah Subang 2, Petaling Jaya, melibatkan pengagihan sebanyak 60 pek sumbangan kepada golongan Orang Kurang Upaya (OKU) dalam komuniti setempat. Program ini bertujuan membantu meringankan beban golongan yang memerlukan, khususnya dalam membuat persiapan menyambut […]

Baca Lanjut
Jumlah Pelawat Hari ini :
412
Jumlah Pelawat Keseluruhan :
378709
Klik Sini