TANGGUNGJAWAB LINDUNGI, BANTU PELARIAN SEBAHAGIAN DARIPADA ‘DNA’ KETAMADUNAN ISLAM
April 23rd, 2026
| Editor Wadah
Kongsikan artikel ini :
KUALA LUMPUR: Tanggungjawab melindungi dan membantu golongan pelarian bukan sekadar tuntutan undang-undang antarabangsa, malah ia adalah sebahagian daripada ‘DNA‘ ketamadunan Islam yang telah dipraktikkan sejak zaman Rasulullah SAW.
Penasihat Khas Menteri Luar (Kemanusiaan dan Pembangunan Semula), Datuk Ahmad Azam Ab Rahman, berkata sejarah membuktikan masyarakat Islam sudah lama mengamalkan prinsip perlindungan terhadap mereka yang ditindas, jauh sebelum kewujudan Konvensyen Pelarian 1951 dan Pesuruhjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk Pelarian (UNHCR).
Malah, beliau berkata, peristiwa hijrah Rasulullah SAW dari Makkah ke Madinah yang disambut dengan penuh kasih sayang oleh kaum Ansar, menjadi model terawal dan termulia.
Ahmad Azam yang juga Pesuruhjaya Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) menjelaskan, prinsip kemanusiaan Islam bersifat inklusif dan melangkaui sempadan agama serta bangsa.
Beliau turut memberi contoh tindakan Sultan Bayezid II dari Khilafah Uthmaniyyah mengerah tentera laut untuk menyelamatkan pelarian Yahudi dan Muslim yang diusir dari Sepanyol akibat Dekri Alhambra pada 1492.
“Ini adalah bukti bahawa perlindungan pelarian bukan sesuatu yang asing dalam tradisi Islam dan telah wujud lebih empat abad sebelum konsep moden ‘suaka’ digubal,” katanya ketika membentangkan kertas kerja bertajuk ‘Perlindungan Pelarian Dalam Sejarah Ketamadunan Islam’ pada Simposium Islam dan Kemanusiaan, di sini, hari ini.
Bagaimanapun, Ahmad Azam mengingatkan bahawa sifat kemanusiaan perlu disertakan dengan kewaspadaan bagi mengelak eksploitasi agenda politik pihak tertentu.
Beliau merujuk kepada episod sambutan penduduk Palestin terhadap pelarian Yahudi dari Eropah (1882-1914) yang akhirnya dieksploitasi oleh gerakan Zionis sehingga mengakibatkan kehilangan tanah air rakyat Palestin.
“Kemanusiaan dan kewaspadaan bukanlah dua perkara yang bertentangan.
“Kita perlu bijaksana bagi memastikan kebaikan kita tidak dieksploitasi sehingga menjejaskan keselamatan negara,” katanya.
Menyentuh peranan Malaysia, Ahmad Azam berkata, komitmen negara terhadap pelarian adalah kesinambungan tradisi Islam dan budaya Melayu.
Hingga kini, Malaysia menjadi tuan rumah kepada kira-kira 200,260 pelarian dan pencari suaka berdaftar dengan UNHCR, di mana 85 peratus daripada mereka adalah dari Myanmar, termasuk 103,000 individu etnik Rohingya.
Dato Ahmad Azam Ab Rahman Presiden, Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH)
KUALA LUMPUR, 31 Oktober – Bengkel Keibubapaan Era Digital telah diadakan di Masjid Salahuddin Al-Ayubi, Taman Melati, bagi meningkatkan kesedaran ibu bapa terhadap cabaran mendidik anak-anak dalam persekitaran teknologi yang semakin berkembang. Program ini memberi tumpuan kepada perkembangan psikologi generasi digital, strategi pencegahan dan kawalan penggunaan gajet serta pembinaan ketahanan keluarga dalam menghadapi dunia tanpa […]
BANGI, 31 Oktober 2026 – Memperkukuh jaringan ukhuwah Islamiah merentas sempadan serantau serta meneroka ruang sinergi dalam pemerkasaan institusi pendidikan Islam menjadi matlamat utama penganjuran Program Kunjung Hormat Delegasi NGO dan Institusi Pendidikan Indonesia ke Ibu Pejabat Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH) di Bangi hari ini. Pertemuan muhibah peringkat serantau ini menghimpunkan barisan kepimpinan utama […]
22 Oktober 2026 | Editor WADAH BANGI, 21 Oktober – Hubungan antara institusi diraja dengan rakyat serta kepentingan memelihara adat dan Perlembagaan dalam sistem kenegaraan Malaysia menjadi tumpuan sesi ketiga Dialog Ummah 2.0 bertajuk “Raja dan Rakyat Berpisah Tiada” yang berlangsung di Bangi Resort Hotel, Bandar Baru Bangi. Perbincangan tersebut mengangkat hubungan timbal balik antara […]
22 Oktober 2026 | Editor WADAH BANGI, 21 Oktober – Kepentingan mengurus perbezaan pandangan secara berhemah serta cabaran penyebaran fitnah dan kebencian melalui media sosial menjadi fokus sesi kedua Dialog Ummah 2.0 bertajuk “Islam dan Adab Mengurus Perbezaan Pendapat” yang berlangsung di Bangi Resort Hotel, Bandar Baru Bangi. Perbincangan ini meneliti pendekatan Islam dalam menangani […]