Operasi Taufan al-Aqsa: Zionis Israel Punca Utama – HGIM

Kongsikan artikel ini :

Himpunan Gerakan Islam Malaysia (HGIM) mengikuti rapat perkembangan Operasi Taufan al-Aqsa yang dilancarkan oleh Briged Izzuddin al-Qassam terhadap negara haram Israel bermula Sabtu lalu.

Operasi ini telah menimbulkan impak yang lebih mengejutkan terhadap negara aparteid Israel yang setakat kini memakan korban lebih 600 warganya. Manakala rejim Zionis turut melancarkan serangan balasnya terhadap Gaza yang mengorbankan 370 mangsa.

Himpunan Gerakan Islam Malaysia (HGIM) ingin menegaskan bahawa punca utama konflik panjang ini berlaku adalah kerana perilaku biadab Zionis Israel yang menjajah Palestin, bahkan menindas, menyekat dan menghalau rakyat Palestin dari bumi mereka, serta meneruskan pencerobohan demi pencerobohan terhadap Masjid al-Aqsa, masjid suci ketiga umat Islam.

Bukan itu sahaja, sehingga kini kira-kira 5,200 tahanan politik dalam kalangan rakyat Palestin masih berada di penjara Israel, termasuk wanita dan kanak-kanak, menurut kumpulan hak asasi tahanan, Addameer.

Menurut laporan NGO Kelab Tahanan Palestin (PPC), layanan buruk Israel terhadap tahanan rakyat Palestin adalah serius dan pencabulan yang sistematik ke atas undang-undang antarabangsa, serta mengabaikan perbicaraan adil yang selaras dengan undang-undang kemanusiaan dan prinsip hak asasi manusia.

Ia juga melaporkan bahawa jumlah keseluruhan rakyat Palestin yang ditahan sejak 1967 telah mencecah sejuta orang.

Oleh itu, negara aparteid Israel perlu bertanggungjawab sepenuhnya dalam peperangan ini.

Himpunan Gerakan Islam Malaysia (HGIM) juga menggesa supaya normalisasi hubungan negara-negara umat Islam dengan negara haram Israel mesti dihentikan dengan serta-merta.

Selain itu, kerajaan Malaysia dan negara-negara umat Islam yang lain perlu mendesak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk mengambil tindakan terhadap Israel yang sekian lama melanggar semua undang-undang antarabangsa berkaitan Palestin.

Tekanan demi tekanan perlu diteruskan terhadap rejim Zionis Israel bagi memastikan bumi Palestin merdeka dan bebas sepenuhnya!

Himpunan Gerakan Islam Malaysia (HGIM) menyarankan agar umat Islam dan rakyat Malaysia terus memberikan sokongan kepada perjuangan rakyat Palestin untuk membebaskan negara mereka daripada cengkaman kerajaan aparteid Israel, dan sama-sama mendoakan dan menunaikan solat hajat untuk kejayaan mereka.

Himpunan Gerakan Islam Malaysia
1. Wadah Pencerdasan Ummat Malaysia (WADAH)
2. Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM)
3. Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM)
4. Pertubuhan Himpunan Lepasan Institusi Pendidikan Malaysia (HALUAN)

 

Media Statement
24 Rabiulawal 1445H – October 9, 2023

OPERATION STORM OF AL-AQSA: ISRAEL ZIONISTS THE ROOT CAUSE

The Malaysian Islamic Movement Assembly (HGIM) has been closely monitoring the developments in Operation Storm of Al-Aqsa, launched by the Izzuddin al-Qassam Brigade against the illegitimate state of Israel since last Saturday.

This operation has had a startling impact on the apartheid state of Israel, which has, up to this point, claimed the lives of over 600 of its citizens. The Zionist regime has also retaliated with attacks on Gaza, resulting in the loss of 370 lives.

The Malaysian Islamic Movement Assembly (HGIM) wishes to emphasize that the primary cause of this longstanding conflict is the barbaric behavior of Zionist Israel, which has been occupying Palestine, oppressing, restricting and expelling the Palestinian people from their land. They persistently encroach upon Masjid al-Aqsa, the third holiest mosque in Islam, with one invasion after another.

Furthermore, approximately 5,200 Palestinian political prisoners, including women and children, remain in Israeli custody, according to the prisoner rights group Addameer.

According to reports from the Palestinian Prisoners Club (PPC), Israel’s ill-treatment of Palestinian prisoners is severe and a systematic violation of international law. It disregards fair trials in line with humanitarian law and human rights principles.

The PPC also reported that the total number of Palestinians detained since 1967 has reached nearly one million people.

Therefore, the apartheid state of Israel must bear full responsibility for this warfare.

The Malaysian Islamic Movement Assembly (HGIM) also urges an immediate halt to the normalization of relations between Islamic countries and the illegitimate state of Israel.

Furthermore, the Malaysian Government and other Islamic nations must continue to put pressure on the United Nations (UN) to take action against Israel, which has long violated all international laws related to Palestine.

Continuous pressure must be exerted on the Zionist regime to ensure the full and unconditional liberation of Palestinian soil!

The Malaysian Islamic Movement Assembly (HGIM) suggests that Muslims and the people of Malaysia continue to support the Palestinian people’s struggle for liberation from the grasp of the apartheid Israeli government. Let us all pray and perform special prayers (solat hajat) for their success.

Malaysian Islamic Movement Assembly
Himpunan Gerakan Islam Malaysia (HGIM)

1. Wadah Pencerdasan Ummat Malaysia (WADAH)
2. Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM)
3. Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM)
4. Pertubuhan Himpunan Lepasan Institusi Pendidikan Malaysia (HALUAN)

Kenyataan Media|Kenyataan Media - BM
kunjungan hormat

WADAH Terima Kunjungan Hormat Bupati Sambas: Perkasa Jalinan Serantau Bersama Aktivis DDII

KAJANG, 30 April 2026 – Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH) hari ini menerima kunjungan silaturahim daripada delegasi Kabupaten Sambas, Kalimantan Barat, Indonesia, yang diketuai oleh Bupatinya, H. Satono, S.Sos.I, MH. Pertemuan yang berlangsung di Bilik Mesyuarat Anjung Rahmat (AR) ini bertujuan untuk memperkukuh hubungan kerjasama dan bertukar pandangan mengenai gerak kerja dakwah serta pembangunan komuniti […]

Baca Lanjut
malaysia madani

MALAYSIA MADANI BUKAN SEKADAR SLOGAN, TETAPI MANIFESTASI NILAI AL-FALAH – DATO’ AHMAD AZAM

KLUANG, 30 April 2026 – Presiden Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH), Datuk Ahmad Azam Ab Rahman, menegaskan bahawa gagasan Malaysia MADANI merupakan satu kerangka kenegaraan yang kukuh berteraskan prinsip-prinsip Islam yang progresif dan syumul. Menurut beliau, intipati MADANI adalah satu usaha untuk membina peradaban yang berteraskan nilai “Al-Falah” (kejayaan dunia dan akhirat). Dalam pembentangannya bertajuk […]

Baca Lanjut
Seminar Kefahaman Malaysia MADANI Johor

SEMINAR KEFAHAMAN MALAYSIA MADANI NEGERI JOHOR GIATKAN NARATIF KENEGARAAN ISLAM

KLUANG, 30 April 2026 – Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH) Negeri Johor dengan kerjasama Akademi Kenegaraan Malaysia (AKM) dan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) hari ini berjaya menganjurkan Seminar Kefahaman Malaysia MADANI Peringkat Negeri Johor 2026. Program yang berlangsung di INTAN Kampus Wilayah Selatan (IKWAS) ini bertujuan memperincikan falsafah kenegaraan dalam usaha membina negara yang […]

Baca Lanjut
LPPKN LELAKI

WADAH SERTAI MESYUARAT LIBAT URUS LPPKN : PERKUKUH PERANAN LELAKI DALAM RMK-13

KUALA LUMPUR, 30 April 2026 – Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH) terus memainkan peranan aktif dalam ruang advokasi nasional dengan menyertai Mesyuarat Libat Urus Pemerkasaan Lelaki yang dianjurkan oleh Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) bertempat di Ideas Hotel, Kuala Lumpur hari ini. Mesyuarat ini menghimpunkan wakil daripada 20 Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) dan […]

Baca Lanjut
Jumlah Pelawat Hari ini :
483
Jumlah Pelawat Keseluruhan :
462869
Klik Sini