Mensyukuri Kedamaian, Menyemai Patriotisme

Kongsikan artikel ini :

Patriotisme & Malaysia Madani Jadi Teras Kemerdekaan, Tegas Presiden WADAH

Putrajaya, 14 Ogos 2025 – Presiden Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH), Dato’ Haji Ahmad Azam Ab Rahman, yang juga Penasihat Khas kepada Menteri Luar Negeri (Kemanusiaan & Pembangunan Semula), telah tampil sebagai panel jemputan dalam Program Wacana Kemerdekaan: Mensyukuri Kedamaian, Menyemai Patriotisme yang berlangsung di Dewan Barong Sari, Kompleks Setia Perdana, Putrajaya pada Khamis lepas.

Dalam pengisiannya, beliau menegaskan bahawa kemerdekaan bukan hanya bersifat fizikal, tetapi juga merangkumi kebebasan mental dan jiwa daripada belenggu penjajahan, pengaruh asing serta sikap negatif seperti rasuah, perpecahan kaum dan mentaliti kolonial. Beliau turut mengingatkan bahawa nikmat keamanan dan kemerdekaan adalah anugerah Allah hasil perjuangan serta pengorbanan para pejuang terdahulu, justeru ia mesti dipertahankan dengan penuh rasa syukur dan tanggungjawab.

Dato’ Ahmad Azam turut merujuk kepada pengajaran ayat-ayat al-Quran, antaranya Surah al-Baqarah (2:120, 256), Surah al-Isra’ (17:4), Surah Ali-‘Imran (3:103) dan Surah al-Hujurat (49:13), yang menekankan kepentingan berpaut kepada petunjuk Allah, mengelakkan perpecahan serta menjadikan kepelbagaian bangsa dan kaum sebagai asas untuk saling berkenalan dan memperkukuh perpaduan. Beliau menegaskan bahawa kemerdekaan hakiki menurut Islam adalah apabila masyarakat bebas daripada penjajahan minda, politik kebencian serta penindasan.

Menyentuh aspek geopolitik, beliau mengupas sejarah penjajahan dan taktik kuasa besar, termasuk strategi divide and rule oleh British serta campur tangan asing melalui perubahan rejim (regime change) di Afghanistan, Iraq, Libya, Syria, Yaman dan Somalia. Beliau menegaskan bentuk baharu penjajahan atau neo-colonialism masih menjadi cabaran kepada negara-negara umat Islam, termasuk Malaysia, yang perlu bijak berdepan dengan pengaruh luar sambil memperkukuh kestabilan dalam negara.

Mengulas tentang ancaman dalaman, beliau memberi amaran terhadap politik berasaskan isu 3R (Race, Religion, Royalty) yang dieksploitasi demi kepentingan politik sempit. Menurut beliau, Malaysia Madani perlu mengutamakan prinsip unity in diversity atau perpaduan dalam kepelbagaian sebagai asas keharmonian negara. Pada masa yang sama, beliau menyeru supaya pengaruh Zionis yang mendominasi ekonomi dan media antarabangsa dihadapi dengan penuh kebijaksanaan, di samping meneruskan sokongan padu kepada perjuangan rakyat Palestin.

Beliau turut menekankan langkah-langkah menyemai semangat patriotisme dalam kalangan rakyat, antaranya dengan memahami sejarah pejuang kemerdekaan, memastikan sistem pendidikan yang menyeluruh, mewujudkan ekonomi inklusif, memantau isu-isu perkauman, menggalakkan kepimpinan telus, melaksanakan program sosial dan sukan rakyat, memperkukuh media yang bertanggungjawab serta menolak rasuah. Dialog antara kaum juga perlu diperkasakan agar semua lapisan masyarakat dapat menikmati pembangunan negara secara adil dan saksama.

Mengakhiri wacana, Dato’ Ahmad Azam menegaskan bahawa kemerdekaan adalah satu anugerah besar yang mesti disyukuri, dihayati dan dipertahankan. Katanya, “Bersatu kita teguh, bercerai kita roboh. Kemerdekaan hakiki adalah bebas fizikal dan mental, bersatu padu, serta hidup aman di bawah naungan Malaysia Madani.”

Berita Wadah|Berita Wadah - BM

WADAH MENGUTUK ESKALASI SERANGAN INFRASTRUKTUR TENAGA IRAN & AMARAN KRISIS GLOBAL

WADAH MENGUTUK ESKALASI SERANGAN TERHADAP INFRASTRUKTUR TENAGA IRAN & AMARAN KRISIS GLOBAL KENYATAAN MEDIA 19 MAC 2026 Pertubuhan Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH) menyatakan kebimbangan yang amat serius terhadap perkembangan terkini di Timur Tengah susulan serangan ke atas FASILITI GAS SOUTH PARS MILIK IRAN—antara medan gas terbesar dunia—yang kini mencetuskan risiko besar kepada keselamatan tenaga global […]

Baca Lanjut
PERTEMUAN HARMONI MADANI MUSLIM-HINDU PEACEFUL COEXISTENCE

WADAH SAMBUT POSITIF USAHA PERTEMUAN HARMONI MADANI MUSLIM–HINDU : MEMPERKUKUH “PEACEFUL COEXISTENCE” DAN HIDUP BERSAMA DALAM BUDAYA DAMAI

WADAH SAMBUT POSITIF USAHA PERTEMUAN HARMONI MADANI MUSLIM–HINDU : MEMPERKUKUH “PEACEFUL COEXISTENCE” DAN HIDUP BERSAMA DALAM BUDAYA DAMAI KENYATAAN MEDIA19 Mac 2026 | Bandar Baru Bangi, Selangor WADAH menyambut baik dan menyokong sepenuhnya inisiatif pertemuan antara wakil komuniti Muslim dan Hindu yang bertujuan mencari titik damai serta meredakan ketegangan antara agama dalam negara. Usaha ini […]

Baca Lanjut
Pek ceria raya

AGIHAN PEK CERIA RAYA (PCR) UNTUK MUALAF DI IOA CENTRE

Kuala Lumpur, 15 Mac 2026 – Dalam semangat Ramadan yang mulia, WADAH Pencerdasan Umat Malaysia, dengan kerjasama Yayasan Taqwa, telah mengagihkan 55 pek Pek Ceria Raya (PCR) kepada para peserta mualaf di Islamic Outreach ABIM (IOA) Centre, Masjid Negara, Kuala Lumpur. Program ini bertujuan membantu golongan mualaf membuat persiapan menyambut Aidilfitri serta menyemai semangat kepedulian […]

Baca Lanjut
PEK CERIA RAYA

AGIHAN PEK CERIA RAYA (PCR) SANTUNI KOMUNITI OKU DI PPR LEMBAH SUBANG 2

Petaling Jaya, 15 Mac – Dalam semangat Ramadan yang penuh keberkatan, program Agihan Pek Ceria Raya (PCR) telah dilaksanakan di PPR Lembah Subang 2, Petaling Jaya, melibatkan pengagihan sebanyak 60 pek sumbangan kepada golongan Orang Kurang Upaya (OKU) dalam komuniti setempat. Program ini bertujuan membantu meringankan beban golongan yang memerlukan, khususnya dalam membuat persiapan menyambut […]

Baca Lanjut
Jumlah Pelawat Hari ini :
225
Jumlah Pelawat Keseluruhan :
386313
Klik Sini