MELESTARIKAN FIQH AL TA’AYUSH DALAM KOMUNITI ASEAN
November 7th, 2024
| Editor Wadah
Kongsikan artikel ini :
SEMINAR FIQH TA’AYUSH: HIDUP DAMAI BERSAMA DALAM KOMUNITI ASEAN
26th October 2024 – Bersempena Muktamar Nasional ke 18, WADAH menganjurkan Seminar Fiqh Ta’ayush: Peace dan Prosperity in the ASEAN Community . Program ini dalam dwi bahasa, dihadiri hampir 700 orang peserta. Program ini dirasmikan oleh YAB Menteri Besar ,Dato Seri Amirudin Shari.
Datuk Dr Muhammad Nur Manuty , Pengerusi IKIM telah memberi ucap utama bertajuk Melestarikan Fiqh al Ta’ayush dalam Komuniti ASEAN. Beliau menyentuh tentang pengalaman yang telah berlaku dalam komuniti ASEAN. Ia menambahkan bukti penegasan penghayatan Fiqh Ta’ayush berlaku dalam hampir semua negara ASEAN. Banyak usaha daripada tokoh cendekiawan, politik dan NGO yang memulakan dan menghasilkan komuniti yang prihatin. Dan banyak isu-isu terkait dengan kemanusian, isu keamanan serantau, isu ekonomi, isu kemiskinan serta persefahaman dalam budaya dan agama.
Sudah pasti, 550 juta warga ASEAN tentunya mengharapkan beberapa langkah praktis untuk mensejahterakan rakyat dari ekonomi, pendidikan dan kebudayaan dapat dilaksanakan. Harapan ini dipenuhi oleh YAB Perdana Menteri , Dato Sri Anwar Ibrahim selaku Pengerusi ASEAN pada tahun hadapan.
Sidang 1, pembentangan oleh 3 panel dari Indonesia , Dr Ade Salamun, Bendahara Umum, Dewan Dakwah Indonesia, Dr Hajah Sri Rahayu @Hjh Nurjannah Dollah, Assistant Professor Fakulti Usuluddin, Universiti Islam Sultan Sharif Ali, Brunei dan Prof Madya. Dr. Syed Khairudin Aljunied, National University of Singapore. Tajuk Komuniti lokal sebagai Penggerak Kedamaian: Initiatif Akar umbi dan Kesannya dalam komuniti ASEAN telah memberi serba sedikit pengalaman dari negara-negara masing-masing yang boleh memupuk budaya hidup damai, menggalakkan kerjasama, persefahaman dalam membina komuniti yang lebih baik. Memahami isu yang sedanga berlegar dan sensitif seperti ekstermism, perkauman, agama namun kerana tradisi yang kuat dalam komuniti ASEAN, mereka bertoleransi dengan isu tersebut. Dan pembentang mencadang Institusi Masjid dijadikan tempat membina budaya damai /madani. (peacebuilding)
Pada Sidang 2, membawa tajuk Dialog Silang Budaya dalam Memupuk Budaya Damai: Satu Pandangan dan Pengalaman. Pembentang dari Cambodia, H.E Dr Sles Alfin, Undersecretary of state, Ministry of Information, Dr Basiron Abdullah, Koordinator Al Ahmad Legacy Foundation dan Dr Alwani Ghazali, Universiti Malaya. Dailog ini telah lama berlaku di kalangan komuniti ASEAN. Hsailnya ASEAN dapat mengekalkan persefahaman duduk berjiran tanpa ada sebarang ketegangan. Walaupun perbezaan dari segi politik, sejarah, budaya, bangsa dan agama namun kemajmukan dalam negara-negara ASEAN telah mengajar betapa perlunya bertoleransi sesama ASEAN dan mempertahankan dari ancaman kuasa-kuasa luar.
Pada Sidang 3 membawa tajuk Pemberdayaan Komuniti dan Penggerak Kedamaian: Peranan Pemimpin Masyarakat dalam Komuniti ASEAN . Panel terdiri daripada Dr. Alizaman D. Gamon, Assistant Professor, Department of Fundamental & Inter-Disciplinary Studies, IIUM (Filipina), Assoc. Professor Dr. Pakom Priyakorn, Member of the Academic and Ulama Council of the Sheikhul Islam of Thailand dan Dr. Ahmad El Muhammady, Assistant Professor, International Institute of Islamic Thought and Civilization (ISTAC), IIUM. Menyedarkan peserta tentang beberapa kekurangan dan kesilapan masa lalu. Kembalikan usaha yang pendekatan Islamic dalam pembinaan budaya damai. Malah cadangan MACASID oleh amat bertepatan sekali dengan usaha-usaha YAB Perdana Menteri. Malah mencari Abbassador madani for Peace di dalam negara ASEAN. WADAH perlu dalam perancangan nya mengambil perhatian 2 fokus strategik. Pertama, Impak kepada masyarakat (real impact to society) dan kedua Membina pemimpin (building leaders) .
PUTRAJAYA, 25 September 2026 — Pertemuan para pemimpin pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam sedunia tidak seharusnya terhenti sekadar di meja rundingan, bergambar atau mengeluarkan deklarasi semata-mata, sebaliknya perlu diterjemahkan kepada kefahaman dunia yang jernih serta tindakan bersama yang praktikal. Demikian ditegaskan oleh Presiden Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH), Dato’ Ahmad Azam Ab Rahman, ketika menyampaikan […]
PUTRAJAYA — Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH) melakar satu lagi detik bermakna di pentas antarabangsa apabila dipilih menjadi tuan rumah bagi penganjuran Mesyuarat Majlis Ke-40 Kesatuan Pertubuhan Bukan Kerajaan Dunia Islam (Union of NGOs of the Islamic World – UNIW / İDSB) yang berlangsung di Putrajaya bermula 24 hingga 27 September 2026. Penganjuran persidangan berprestij […]
KUALA LUMPUR, 16 September 2026 – Cabaran mendidik generasi masa kini di tengah-tengah kerencaman arus teknologi dan ledakan media sosial menuntut penggemblengan usaha berterusan antara agensi penguatkuasaan, pakar perundangan, institusi pendidikan, serta kepimpinan akar umbi. Menyedari peri pentingnya benteng pertahanan keluarga dibina secara kolektif, penganjuran Seminar Keibubapaan Era Digital telah berjaya dilangsungkan dengan penuh meriah […]
KUALA LUMPUR, 17 September 2026 – Memperingati pembentukan sebuah persekutuan berdaulat pada Hari Malaysia menuntut penghayatan patriotisme yang melangkaui kibaran bendera secara luaran, sebaliknya wajib diterjemahkan melalui tanggungjawab sosial, keadilan, dan pembelaan kebajikan rakyat terbanyak. Semangat inilah yang menyemarakkan penganjuran Usrah Gabungan Wadah, ABIM, dan Ppiwp (WAP) Wilayah Persekutuan yang berlangsung dengan penuh penghayatan di […]