MELESTARIKAN FIQH AL TA’AYUSH DALAM KOMUNITI ASEAN

Kongsikan artikel ini :

SEMINAR FIQH TA’AYUSH: HIDUP DAMAI BERSAMA DALAM KOMUNITI ASEAN

26th October 2024 –  Bersempena Muktamar Nasional ke 18, WADAH menganjurkan Seminar Fiqh Ta’ayush: Peace dan Prosperity in the ASEAN Community . Program ini dalam dwi bahasa, dihadiri hampir 700 orang peserta. Program ini dirasmikan oleh YAB Menteri Besar ,Dato Seri Amirudin Shari.

Datuk Dr Muhammad Nur Manuty , Pengerusi IKIM telah memberi ucap utama bertajuk Melestarikan Fiqh al Ta’ayush dalam Komuniti ASEAN. Beliau menyentuh tentang pengalaman yang telah berlaku dalam komuniti ASEAN. Ia menambahkan bukti penegasan penghayatan Fiqh Ta’ayush berlaku dalam hampir semua negara ASEAN. Banyak usaha daripada tokoh cendekiawan, politik dan NGO yang memulakan dan menghasilkan komuniti yang prihatin. Dan banyak isu-isu terkait dengan kemanusian, isu keamanan serantau, isu ekonomi, isu kemiskinan serta persefahaman dalam budaya dan agama.


Sudah pasti, 550 juta warga ASEAN tentunya mengharapkan beberapa langkah praktis untuk mensejahterakan rakyat dari ekonomi, pendidikan dan kebudayaan dapat dilaksanakan. Harapan ini dipenuhi oleh YAB Perdana Menteri , Dato Sri Anwar Ibrahim selaku Pengerusi ASEAN pada tahun hadapan.

Sidang 1, pembentangan oleh 3 panel dari Indonesia , Dr Ade Salamun, Bendahara Umum, Dewan Dakwah Indonesia, Dr Hajah Sri Rahayu @Hjh Nurjannah Dollah, Assistant Professor Fakulti Usuluddin, Universiti Islam Sultan Sharif Ali, Brunei dan Prof Madya. Dr. Syed Khairudin Aljunied, National University of Singapore.  Tajuk Komuniti lokal sebagai Penggerak Kedamaian: Initiatif Akar umbi dan Kesannya dalam komuniti ASEAN  telah memberi serba sedikit pengalaman dari negara-negara masing-masing  yang boleh memupuk budaya hidup damai, menggalakkan kerjasama, persefahaman dalam membina komuniti yang lebih baik. Memahami isu yang sedanga berlegar dan sensitif seperti ekstermism, perkauman, agama namun kerana tradisi yang kuat dalam komuniti ASEAN, mereka bertoleransi dengan isu tersebut.  Dan pembentang mencadang Institusi Masjid dijadikan tempat membina budaya damai /madani. (peacebuilding)

Pada Sidang 2,  membawa tajuk Dialog Silang Budaya dalam Memupuk Budaya Damai: Satu Pandangan dan Pengalaman. Pembentang dari Cambodia, H.E Dr Sles Alfin, Undersecretary of state, Ministry of Information, Dr Basiron Abdullah, Koordinator Al Ahmad Legacy Foundation dan Dr Alwani Ghazali, Universiti Malaya. Dailog ini telah lama berlaku di kalangan komuniti ASEAN. Hsailnya ASEAN dapat mengekalkan persefahaman duduk berjiran tanpa ada sebarang ketegangan. Walaupun perbezaan dari segi politik, sejarah, budaya, bangsa dan agama namun kemajmukan dalam negara-negara ASEAN telah mengajar betapa perlunya bertoleransi sesama ASEAN dan mempertahankan dari ancaman kuasa-kuasa luar.

Pada Sidang 3 membawa tajuk Pemberdayaan Komuniti dan Penggerak Kedamaian: Peranan Pemimpin Masyarakat dalam Komuniti ASEAN . Panel terdiri daripada Dr. Alizaman D. Gamon, Assistant Professor, Department of Fundamental & Inter-Disciplinary Studies, IIUM (Filipina), Assoc. Professor Dr. Pakom Priyakorn, Member of the Academic and Ulama Council of the Sheikhul Islam of Thailand dan Dr. Ahmad El Muhammady, Assistant Professor, International Institute of Islamic Thought and Civilization (ISTAC), IIUM.  Menyedarkan peserta tentang beberapa kekurangan dan kesilapan masa lalu. Kembalikan usaha yang pendekatan Islamic dalam pembinaan budaya damai. Malah cadangan MACASID oleh amat bertepatan sekali dengan usaha-usaha YAB Perdana Menteri. Malah mencari Abbassador madani for Peace di dalam negara ASEAN. WADAH perlu dalam perancangan nya mengambil perhatian 2 fokus strategik. Pertama, Impak kepada masyarakat (real impact to society) dan kedua Membina pemimpin (building leaders) .

Berita Wadah|Berita Muktamar|Berita Wadah - BM

Majlis Jamuan Makan Malam Ukhuwah “Membugar Perjuangan, Membangun Nahdah” Meriah di Pulau Pinang

Pulau Pinang, 28 November 2025 – Dewan Bizmilla, Seberang Jaya, menjadi saksi kemeriahan Majlis Jamuan Makan Malam Ukhuwah bertemakan “Membugar Perjuangan, Membangun Nahdah”. Acara ini dihadiri oleh 530 orang perwakilan dan pemerhati dari seluruh negara, menandakan semangat ukhuwah dan komitmen yang kukuh dalam kalangan pendukung gerakan. Majlis Jamuan Makan Malam Ukhuwah ini dianjurkan khas untuk […]

Baca Lanjut

Sidang Muktamar Nasional MUKNAS19 Wadah Pencerdasan Umat: Hala Tuju Baru Memperkasa Umat

Seberang Jaya, 30 November 2025 – Sidang Pertama Muktamar Nasional (MUKNAS) kali ke-19 Wadah Pencerdasan Umat (MUKNAS19) berlangsung dengan lancar bermula 28 November di Dewan Wisma Al-Ansar, Masjid Al-Muhajirin, Seberang Jaya, Pulau Pinang. MUKNAS19 yang akan berlangsung selama 3 hari ini menghimpunkan perwakilan dan pemerhati dari seluruh negara bagi memperkukuh WADAH sebagai gerakan Islam yang […]

Baca Lanjut

Wacana “Leadership Through Mercy, Not Power” Himpunkan Sheikh Yasir Qadhi & Sheikh Sa’eed Al-Kamali di WTC Kuala Lumpur

KUALA LUMPUR, 6 Disember 2025 – Nilai rahmah sebagai teras kepimpinan Islam menjadi fokus utama dalam program “Leadership Through Mercy, Not Power” yang berlangsung di Dewan Tun Dr. Ismail, WTC Kuala Lumpur malam ini. Program ini menampilkan dua tokoh ulama dunia, Sheikh Yasir Qadhi dan Sheikh Sa’eed Al-Kamali, dengan Ustaz Muhammad Ameen sebagai moderator. Dalam […]

Baca Lanjut

WADAH ANJUR PERSIDANGAN MEJA BULAT HASIL PENYELIDIKAN DAN PERKONGSIAN PROJEK KEMASYARAKATAN BERSAMA NGO

Putrajaya, 12 November 2025 – Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH) telah menganjurkan sesi Roundtable Discussion (RTD) bertajuk Hasil Penyelidikan Dan Perkongsian Projek Kemasyarakatan Bersama NGO. Sesi ini telah berlangsung di Bilik Mesyuarat Ceria 2, Hotel Dorsett, Putrajaya yang telah menampilkan empat orang panel jemputan dari Pusat IDEA, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Sesi ini dimulakan dengan […]

Baca Lanjut
Jumlah Pelawat Hari ini :
2191
Jumlah Pelawat Keseluruhan :
154465
Klik Sini