KONFLIK AS-ISRAEL DAN IRAN: AYUH BINA KETAHANAN NEGARA!
April 18th, 2026
| Editor Wadah
Kongsikan artikel ini :
Himpunan Gerakan Islam Malaysia (HIKAM) mengambil maklum dengan serius peningkatan ketegangan geopolitik yang melibatkan Amerika Syarikat, Israel dan Iran, serta potensi kesannya terhadap keselamatan, ekonomi dan kestabilan sosial Malaysia.
Negara kita tidak terlepas daripada risiko limpahan krisis, sama ada melalui harga tenaga, gangguan laluan perkapalan, ketidaktentuan kewangan, inflasi, risiko siber mahupun perpecahan sistem global.
HIKAM menegaskan bahawa dalam situasi ketidaktentuan global, pendekatan keseluruhan masyarakat (whole-of-society) amat diperlukan. Malaysia perlu membina strategi ketahanan nasional (national resilience strategy) dalam sektor tenaga, kewangan dan rantaian bekalan.
Kerajaan perlu bertindak secara strategik, manakala masyarakat sivil dan NGO perlu memainkan peranan sebagai penstabil sosial, pemberi maklumat benar dan pengukuh perpaduan nasional.
Sehubungan dengan itu, HIKAM mencadangkan agar kerajaan Malaysia melaksanakan langkah-langkah berikut:
Memperkukuh rizab tenaga dan makanan sebagai persediaan menghadapi kejutan bekalan.
Mengaktifkan diplomasi ekonomi melalui ASEAN bagi melindungi laluan perdagangan dan kestabilan mata wang.
Menyediakan pelan komunikasi krisis kebangsaan bagi menangani maklumat palsu yang boleh mencetuskan ketegangan etnik atau agama.
Membina daya ketahanan nasional yang anjal (resilient) melalui pendekatan seluruh masyarakat (whole-of-society), merangkumi aspek ekonomi, tenaga, keselamatan siber, infrastruktur kritikal dan kesiapsiagaan sosial.
Mewujudkan polisi ekonomi daya tahan negara (national resilience economic policy) yang menekankan perbelanjaan berhemah dan kesederhanaan, serta mengelakkan segala jenis pembaziran, ketirisan akibat rasuah dan salah guna kuasa.
Mengamalkan polisi subsidi yang bersasar bagi mengurangkan kesan ke atas golongan B40.
HIKAM juga menggesa NGO-NGO dan kumpulan masyarakat sivil agar menubuhkan jawatankuasa respons krisis di peringkat nasional dan negeri untuk memantau kesan konflik ke atas komuniti, dan menyediakan ruang dialog antara agama dan etnik bagi mengelakkan polarisasi.
Rakyat Malaysia pula seharusnya tidak menyebarkan maklumat yang tidak sahih tentang konflik. Bahkan, mereka perlu memperbanyakkan doa untuk keselamatan negara dan kesejahteraan sejagat, dan mengukuhkan semangat kejiranan dan bantu-membantu, terutamanya bagi golongan yang terjejas akibat kenaikan kos sara hidup.
Oleh itu, HIKAM percaya bahawa ketahanan nasional tidak hanya dibina melalui dasar kerajaan, tetapi juga melalui kepercayaan, perpaduan dan kesediaan di setiap peringkat masyarakat.
Dalam dunia yang semakin tidak menentu, HIKAM bersedia untuk memainkan peranan mengukuhkan perpaduan masyarakat dan pelaksana bantuan yang amanah, bertanggungjawab, serta diyakini segenap lapisan masyarakat
Semoga Malaysia dilindungi daripada fitnah dan bahaya. Kami menyeru semua pihak agar mengutamakan keamanan dan keadilan demi kesejahteraan bersama. Rakyat Malaysia perlu bersatu padu dalam menghadapi krisis global ini.
KUALA LUMPUR, 31 Oktober – Bengkel Keibubapaan Era Digital telah diadakan di Masjid Salahuddin Al-Ayubi, Taman Melati, bagi meningkatkan kesedaran ibu bapa terhadap cabaran mendidik anak-anak dalam persekitaran teknologi yang semakin berkembang. Program ini memberi tumpuan kepada perkembangan psikologi generasi digital, strategi pencegahan dan kawalan penggunaan gajet serta pembinaan ketahanan keluarga dalam menghadapi dunia tanpa […]
BANGI, 31 Oktober 2026 – Memperkukuh jaringan ukhuwah Islamiah merentas sempadan serantau serta meneroka ruang sinergi dalam pemerkasaan institusi pendidikan Islam menjadi matlamat utama penganjuran Program Kunjung Hormat Delegasi NGO dan Institusi Pendidikan Indonesia ke Ibu Pejabat Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH) di Bangi hari ini. Pertemuan muhibah peringkat serantau ini menghimpunkan barisan kepimpinan utama […]
22 Oktober 2026 | Editor WADAH BANGI, 21 Oktober – Hubungan antara institusi diraja dengan rakyat serta kepentingan memelihara adat dan Perlembagaan dalam sistem kenegaraan Malaysia menjadi tumpuan sesi ketiga Dialog Ummah 2.0 bertajuk “Raja dan Rakyat Berpisah Tiada” yang berlangsung di Bangi Resort Hotel, Bandar Baru Bangi. Perbincangan tersebut mengangkat hubungan timbal balik antara […]
22 Oktober 2026 | Editor WADAH BANGI, 21 Oktober – Kepentingan mengurus perbezaan pandangan secara berhemah serta cabaran penyebaran fitnah dan kebencian melalui media sosial menjadi fokus sesi kedua Dialog Ummah 2.0 bertajuk “Islam dan Adab Mengurus Perbezaan Pendapat” yang berlangsung di Bangi Resort Hotel, Bandar Baru Bangi. Perbincangan ini meneliti pendekatan Islam dalam menangani […]