Tangguh Haji untuk Mengundi: Jangan Cetuskan Kekeliruan
Himpunan Gerakan Islam Malaysia (HIKAM) melahirkan rasa kesal dan bimbang terhadap kenyataan seorang pemimpin politik yang menyatakan bahawa mengundi bagi memenangkan politik Islam lebih utama daripada menunaikan ibadah haji dan umrah, serta menyeru umat Islam menangguhkan ibadah tersebut untuk mengundi.
Pandangan ini turut disandarkan kepada peristiwa Perjanjian Hudaibiyah, kononnya menunjukkan bahawa Rasulullah SAW sendiri pernah menangguhkan umrah.
Namun, hujah tersebut adalah tidak tepat dan diambil di luar konteks sejarah, kerana Baginda SAW tidak pernah berniat menangguhkan ibadah umrah, bahkan telah berangkat ke Makkah bersama para sahabat dalam usaha melaksanakannya.
Cuma mereka terhalang secara fizikal oleh pihak Quraisy, lalu termeterailah Perjanjian Hudaibiyah — suatu langkah strategik dakwah dan diplomasi, bukan penangguhan yang disengajakan demi keutamaan lain.
Oleh itu, HIKAM menolak sekeras-kerasnya pandangan yang meletakkan agenda politik lebih utama daripada ibadah haji dan umrah. Kenyataan sebegini bukan sahaja mengelirukan masyarakat, tetapi juga menyeleweng daripada kefahaman sebenar syariat Islam.
Ibadah haji dan umrah adalah perintah Allah SWT yang mempunyai kedudukan tinggi dalam Islam dan wajib disempurnakan. Firman Allah SWT:
“Dan sempurnakanlah ibadah haji dan umrah kerana Allah…” (Surah al-Baqarah: 196)
Rasulullah SAW juga bersabda:
“Wahai manusia, sesungguhnya Allah telah mewajibkan atas kamu menunaikan haji, maka tunaikanlah (ia).” (Hadis Riwayat Muslim)
Rujuk Pihak Berautoriti Agama, Bukan Politik
HIKAM menyeru agar sebarang pandangan atau ijtihad berkaitan hukum agama, khususnya yang melibatkan isu sensitif dan ibadah utama seperti haji dan umrah, dirujuk kepada pihak berautoriti agama seperti Jabatan Mufti Negeri dan Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia (MKI).
Kami yakin pihak berautoriti mempunyai keilmuan, hikmah dan konteks menyeluruh dalam membuat pertimbangan hukum, seterusnya memberikan panduan tepat kepada masyarakat Islam.
Pihak berautoriti agama perlu mengambil tindakan yang sewajarnya terhadap mana-mana pihak yang menyebarkan pandangan atau ‘fatwa’ yang menyimpang dan boleh mengelirukan masyarakat, demi menjaga kesucian ajaran Islam serta keharmonian umat.
HIKAM turut menyeru semua pihak agar menjaga adab dalam berdakwah dan menyampaikan pandangan, serta tidak mencampuradukkan kefarduan agama dengan keutamaan politik kepartian.
Keutamaan dakwah Rasulullah SAW bukan dengan menangguhkan ibadah, tetapi dengan menyusun strategi dakwah yang menjunjung kebenaran dan hikmah.
Semoga dengan kesedaran ini, kita dapat mengelakkan kekeliruan dalam kalangan umat Islam dan mengekalkan keharmonian serta kefahaman agama yang sebenar dalam masyarakat kita.
Sebagai peringatan bersama, rujuklah kepada pihak berautoriti dalam hal-hal berkaitan hukum agama, dan peliharalah adab dalam berdakwah serta menyampaikan pandangan.
Himpunan Gerakan Islam Malaysia (HIKAM)
Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH)
Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM)
Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM)
Pertubuhan Himpunan Lepasan Institusi Pendidikan Malaysia (HALUAN)
KUALA LUMPUR, 6 September 2026 – Komitmen berterusan Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH) Wilayah Persekutuan dalam memartabatkan syiar Islam, memperkasa agenda pencerdayaan masyarakat, dan memperkukuh kefahaman nilai Madani mendapat pengiktirafan berprestij apabila dinobatkan sebagai Penerima Anugerah Khas Organisasi (Kategori Dakwah) sempena Majlis Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Wilayah Persekutuan Tahun 1448H/2026M. Majlis sambutan gilang-gemilang yang dianjurkan […]
BANDAR BARU BANGI, 3 September 2026 – Tirai persidangan berprestij Dialog Ummah: Realiti dan Masa Depan Tabung Haji yang menghimpunkan lebih 600 peserta di Tenera Hotel & Suites, Bandar Baru Bangi secara rasminya melabuhkan tirai dengan penyampaian Ucapan Rumusan dan Penutup oleh Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Ahmad Fahmi bin Mohd Samsudin. Mewakili gabungan […]
SHAH ALAM, 26 Ogos 2026 – Membina kemajuan sesebuah tamadun menuntut penilaian yang melangkaui pembangunan fizikal semata-mata, sebaliknya wajib berpasak kepada pembentukan nilai keinsanan, keadilan sosial, serta keseimbangan neraca kemanusiaan. Prinsip asas ini menjadi tunjang utama dalam penganjuran Program Nasional MIZAN dan Wacana Pemikiran Dr. Siddiq Fadzil bertajuk “Dari Fiqh Kehidupan Kepada Agenda Perubahan Sosial” […]
BANDAR BARU BANGI, 3 September 2026 – Tirai pembentangan ilmiah sesi pagi Dialog Ummah: Realiti dan Masa Depan Tabung Haji dimulakan dengan Slot 1 bertajuk “Tabung Haji: Pencapaian dan Strategi Masa Depan” yang disampaikan secara langsung oleh dua nakhoda utama institusi berkenaan, iaitu Pengerusi Lembaga Tabung Haji, Tan Sri Abdul Rashid Hussain dan Pengarah Urusan […]