BELASUNGKAWA: WADAH Berdukacita Atas Pemergian Tokoh Akademik dan Sastera, Prof Emeritus Datuk Abu Bakar Abd Hamid
June 23rd, 2026
| Editor Wadah
Kongsikan artikel ini :
BELASUNGKAWA
إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ
Seluruh pimpinan dan warga Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH) merakamkan ucapan takziah yang mendalam kepada seluruh ahli keluarga Allahyarham Prof Emeritus Datuk Abu Bakar Abd Hamid yang telah kembali ke rahmatullah pada usia 88 tahun. Beliau merupakan mantan Pengerusi Kumpulan Prihatin dan Pengerusi Yayasan Penataan Ilmu.
Pemergian Allahyarham merupakan satu kehilangan besar kepada dunia akademik, persuratan dan sastera Melayu. Sebagai Bekas Timbalan Naib Canselor Universiti Malaya (UM), Profesor Emeritus serta tokoh persuratan negara, Allahyarham telah memberikan sumbangan yang amat bermakna dalam pembangunan pendidikan tinggi, kesusasteraan Melayu dan pemerkasaan bahasa kebangsaan. Beliau juga merupakan antara tokoh penting dalam penubuhan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).
WADAH merakamkan penghargaan atas segala jasa dan bakti Allahyarham dalam memartabatkan ilmu dan membangunkan bangsa. Legasi keilmuan serta perjuangannya akan terus dikenang dan menjadi inspirasi kepada generasi akan datang.
Semoga Allah SWT mengampuni segala dosa Allahyarham, menerima segala amal kebajikannya dan menempatkan roh beliau dalam kalangan hamba-hamba-Nya yang beriman dan beramal soleh.
KUALA LUMPUR, 31 Oktober – Bengkel Keibubapaan Era Digital telah diadakan di Masjid Salahuddin Al-Ayubi, Taman Melati, bagi meningkatkan kesedaran ibu bapa terhadap cabaran mendidik anak-anak dalam persekitaran teknologi yang semakin berkembang. Program ini memberi tumpuan kepada perkembangan psikologi generasi digital, strategi pencegahan dan kawalan penggunaan gajet serta pembinaan ketahanan keluarga dalam menghadapi dunia tanpa […]
BANGI, 31 Oktober 2026 – Memperkukuh jaringan ukhuwah Islamiah merentas sempadan serantau serta meneroka ruang sinergi dalam pemerkasaan institusi pendidikan Islam menjadi matlamat utama penganjuran Program Kunjung Hormat Delegasi NGO dan Institusi Pendidikan Indonesia ke Ibu Pejabat Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH) di Bangi hari ini. Pertemuan muhibah peringkat serantau ini menghimpunkan barisan kepimpinan utama […]
22 Oktober 2026 | Editor WADAH BANGI, 21 Oktober – Hubungan antara institusi diraja dengan rakyat serta kepentingan memelihara adat dan Perlembagaan dalam sistem kenegaraan Malaysia menjadi tumpuan sesi ketiga Dialog Ummah 2.0 bertajuk “Raja dan Rakyat Berpisah Tiada” yang berlangsung di Bangi Resort Hotel, Bandar Baru Bangi. Perbincangan tersebut mengangkat hubungan timbal balik antara […]
22 Oktober 2026 | Editor WADAH BANGI, 21 Oktober – Kepentingan mengurus perbezaan pandangan secara berhemah serta cabaran penyebaran fitnah dan kebencian melalui media sosial menjadi fokus sesi kedua Dialog Ummah 2.0 bertajuk “Islam dan Adab Mengurus Perbezaan Pendapat” yang berlangsung di Bangi Resort Hotel, Bandar Baru Bangi. Perbincangan ini meneliti pendekatan Islam dalam menangani […]