JAUHI SIKAP EGO DALAM PERBAHASAN RUU MUFTI WILAYAH

Kongsikan artikel ini :

KENYATAAN MEDIA WADAH 2 NOVEMBER 2024

JAUHI SIKAP EGO DALAM PERBAHASAN RUU MUFTI WILAYAH

WADAH mengambil maklum akan perbincangan hangat yang berlaku di kalangan masyarakat mengenai Rang Undang-Undang (RUU) Mufti Wilayah yang sedang dipertimbangkan oleh pihak berkuasa. WADAH menyedari bahawa isu ini menimbulkan minat dan perhatian yang mendalam dalam kalangan umat Islam, khususnya dalam aspek peranan dan tanggungjawab mufti dalam memandu umat kepada pemahaman yang benar berkenaan agama.

Dalam Islam, perbezaan pandangan atau ikhtilaf adalah perkara biasa yang diakui dan diterima oleh para ulama terdahulu. Namun, adab dan akhlak dalam berbeza pendapat haruslah dijunjung tinggi, agar perbincangan yang berlaku tidak menjadi punca kepada perpecahan. WADAH menyeru agar semua pihak, sama ada pendukung mahupun pengkritik RUU ini, mengelakkan sikap berlebihan dalam berdebat sehingga mengabaikan adab ikhtilaf yang dianjurkan dalam agama. Berbeza pandangan tidak perlu membawa pendekatan yang agresif dengan mencabar Mufti serta Menteri Agama, untuk meletakkan jawatan. Cabar-mencabar ini akan menerbitkan sifat ego dalam diri sendiri, bimbang boleh membawa jauh daripada mencari kebenaran dan persamaan.

WADAH menyokong usaha untuk memperkukuhkan peranan mufti sebagai panduan agama yang sahih dan berautoriti bagi umat Islam di negara ini. Di saat-saat di mana perpaduan umat adalah amat kritikal, WADAH menyeru agar semua pihak menjaga kesatuan dan persaudaraan Islam. RUU ini tidak seharusnya menjadi punca kepada perpecahan atau ketegangan dalam kalangan umat Islam. Sebaliknya, ia perlu dilihat sebagai satu usaha untuk memperkukuhkan panduan agama dengan penuh hikmah dan kebijaksanaan. WADAH menekankan pentingnya dialog yang konstruktif dan inklusif dalam isu ini.

Akhirnya, WADAH berharap agar perbincangan yang sedang dibincangkan berkenaan RUU Mufti Wilayah ini dapat dijalankan dengan adab, rasional, dan berteraskan kepada nilai-nilai Islam yang sejati. Jangan heret berbagai isu dalam perbahasan RUU ini sehingga hujah kita yang akan mengelirukan rakyat. WADAH  menyeru semua pihak agar mengekalkan suasana harmoni dan mengutamakan kepentingan umat dalam semua aspek.

Terima kasih.

Azizuddin Ahmad
Setiausaha Agung
Pertubuhan Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH)

Kenyataan Media|Kenyataan Media - BM
keibubapaan

Bengkel Keibubapaan Era Digital Perkasa Ibu Bapa Hadapi Cabaran Teknologi dan Penggunaan Gajet

KUALA LUMPUR, 31 Oktober – Bengkel Keibubapaan Era Digital telah diadakan di Masjid Salahuddin Al-Ayubi, Taman Melati, bagi meningkatkan kesedaran ibu bapa terhadap cabaran mendidik anak-anak dalam persekitaran teknologi yang semakin berkembang. Program ini memberi tumpuan kepada perkembangan psikologi generasi digital, strategi pencegahan dan kawalan penggunaan gajet serta pembinaan ketahanan keluarga dalam menghadapi dunia tanpa […]

Baca Lanjut
Indonesia

Kunjung Hormat Delegasi Pendidikan dan Pesantren Indonesia ke WADAH: Rapatkan Ukhuwah Serantau, Teroka Kerjasama Pendidikan Islam Malaysia-Indonesia

BANGI, 31 Oktober 2026 – Memperkukuh jaringan ukhuwah Islamiah merentas sempadan serantau serta meneroka ruang sinergi dalam pemerkasaan institusi pendidikan Islam menjadi matlamat utama penganjuran Program Kunjung Hormat Delegasi NGO dan Institusi Pendidikan Indonesia ke Ibu Pejabat Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH) di Bangi hari ini. Pertemuan muhibah peringkat serantau ini menghimpunkan barisan kepimpinan utama […]

Baca Lanjut

Dialog Ummah 2.0: Hubungan Raja dan Rakyat Perlu Diperkukuh Berteraskan Amanah, Adat dan Perlembagaan

22 Oktober 2026 | Editor WADAH BANGI, 21 Oktober – Hubungan antara institusi diraja dengan rakyat serta kepentingan memelihara adat dan Perlembagaan dalam sistem kenegaraan Malaysia menjadi tumpuan sesi ketiga Dialog Ummah 2.0 bertajuk “Raja dan Rakyat Berpisah Tiada” yang berlangsung di Bangi Resort Hotel, Bandar Baru Bangi. Perbincangan tersebut mengangkat hubungan timbal balik antara […]

Baca Lanjut

Dialog Ummah 2.0: Adab Berbeza Pendapat dan Literasi Media Penting Tangani Perpecahan Masyarakat

22 Oktober 2026 | Editor WADAH BANGI, 21 Oktober – Kepentingan mengurus perbezaan pandangan secara berhemah serta cabaran penyebaran fitnah dan kebencian melalui media sosial menjadi fokus sesi kedua Dialog Ummah 2.0 bertajuk “Islam dan Adab Mengurus Perbezaan Pendapat” yang berlangsung di Bangi Resort Hotel, Bandar Baru Bangi. Perbincangan ini meneliti pendekatan Islam dalam menangani […]

Baca Lanjut
Jumlah Pelawat Hari ini :
3673
Jumlah Pelawat Keseluruhan :
936157
PERSATUAN WADAH PENCERDASAN UMAT MALAYSIA
ROS : PPM-003-10-11902005
Tentang Wadah Jaringan Privasi Polisi
Klik Sini