Perjuangan Jamaat-e-Islami: Harapan Baru di Bawah Kepimpinan Interim Bangladesh
Dr. Shafiqur Rahman (1958) adalah seorang ahli politik dan pakar perubatan yang menjadi Amir Bangladesh Jamaat-e-Islami sejak tahun 2019. Pertemuan dengan pimpinan Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH) semasa Retreat Exco WADAH di Tamu Hotel sangat bermakna. Hubungan ini berjalan dengan baik serta memperkukuh kefahaman terhadap kerja-kerja dakwah yang dilaksanakan oleh WADAH bersama gerakan Islam di seluruh dunia.
Ahli politik yang berani, berwibawa, dan berbakat ini dilahirkan dalam sebuah keluarga Muslim yang mulia di Bhatera Union, Kulaura Upazila, Daerah Moulvibazar, pada 31 Oktober 1958. Nama bapanya ialah Abru Mia (Allahyarham), manakala nama ibunya ialah Khaterun Nessa (Allahyarhamah). Alamat terkini beliau adalah di kawasan Sobuzbag, Shah Paran, dalam kawasan metropolitan Sylhet. Beliau mempunyai tiga orang abang dan seorang adik perempuan, dan merupakan anak ketiga daripada lima beradik.
Beliau menceritakan bahawa Jamaat-e-Islami menghadapi cabaran besar, termasuk halangan bergerak dan usaha untuk memansuhkan Jamaat-e-Islami. Semasa Sheikh Hasina memerintah, beberapa pimpinan Bangladesh Jamaat-e-Islami dituduh terlibat dalam rusuhan dan pembebasan sewaktu tahun 1971. Mereka dituduh sebagai penjenayah, dihukum penjara, dan ada yang dihukum bunuh oleh pihak pemerintah.
Perjuangan mereka diteruskan walaupun terpaksa berhadapan dengan asakan pihak tentera. Ramai yang telah terkorban, hilang, atau melarikan diri bagi mengelakkan daripada ditangkap. Namun, mereka tetap bertahan dengan memahami bahawa ini adalah liku-liku perjuangan yang perlu diteruskan. Dengan izin Allah, pada Ogos 2024, selepas protes rakyat berkaitan undang-undang yang dicipta oleh Sheikh Hasina, pihak tentera tidak lagi dapat mempertahankan kerajaan tersebut. Sheikh Hasina akhirnya meletakkan jawatan dan melarikan diri ke luar negara.
Beliau berharap dengan pemerintahan yang ada sekarang, di bawah Dr. Muhammad Yunus sebagai Perdana Menteri interim, kepercayaan rakyat terhadap kerajaan dapat dipulihkan. Perdana Menteri Dr. Muhammad Yunus akan memfokuskan kepada pembaharuan ekonomi, kestabilan politik, kebajikan rakyat, serta penyelesaian isu-isu berkaitan tatakelola kerajaan.
WADAH berharap agar Bangladesh Jamaat-e-Islami dapat memberikan kerjasama sepenuhnya kepada Perdana Menteri Dr. Muhammad Yunus bagi memulihkan negara tersebut. Perdana Menteri Malaysia, YAB Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim juga telah meluangkan masa bertemu dengan Dr. Muhammad Yunus, sebagai tanda sokongan kita terhadap pembaharuan yang akan berlaku. Semoga hubungan antara WADAH dan Bangladesh Jamaat-e-Islami bertambah baik pada masa akan datang.
KUALA LUMPUR, 31 Oktober – Bengkel Keibubapaan Era Digital telah diadakan di Masjid Salahuddin Al-Ayubi, Taman Melati, bagi meningkatkan kesedaran ibu bapa terhadap cabaran mendidik anak-anak dalam persekitaran teknologi yang semakin berkembang. Program ini memberi tumpuan kepada perkembangan psikologi generasi digital, strategi pencegahan dan kawalan penggunaan gajet serta pembinaan ketahanan keluarga dalam menghadapi dunia tanpa […]
BANGI, 31 Oktober 2026 – Memperkukuh jaringan ukhuwah Islamiah merentas sempadan serantau serta meneroka ruang sinergi dalam pemerkasaan institusi pendidikan Islam menjadi matlamat utama penganjuran Program Kunjung Hormat Delegasi NGO dan Institusi Pendidikan Indonesia ke Ibu Pejabat Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH) di Bangi hari ini. Pertemuan muhibah peringkat serantau ini menghimpunkan barisan kepimpinan utama […]
22 Oktober 2026 | Editor WADAH BANGI, 21 Oktober – Hubungan antara institusi diraja dengan rakyat serta kepentingan memelihara adat dan Perlembagaan dalam sistem kenegaraan Malaysia menjadi tumpuan sesi ketiga Dialog Ummah 2.0 bertajuk “Raja dan Rakyat Berpisah Tiada” yang berlangsung di Bangi Resort Hotel, Bandar Baru Bangi. Perbincangan tersebut mengangkat hubungan timbal balik antara […]
22 Oktober 2026 | Editor WADAH BANGI, 21 Oktober – Kepentingan mengurus perbezaan pandangan secara berhemah serta cabaran penyebaran fitnah dan kebencian melalui media sosial menjadi fokus sesi kedua Dialog Ummah 2.0 bertajuk “Islam dan Adab Mengurus Perbezaan Pendapat” yang berlangsung di Bangi Resort Hotel, Bandar Baru Bangi. Perbincangan ini meneliti pendekatan Islam dalam menangani […]