WADAH NEGERI MELAKA MENYOKONG PENUH PANDANGAN MUFTI MELAKA BERHUBUNG PENGGUNAAN QUNUT NAZILAH TERHADAP ORANG ISLAM
Melaka, 31 Julai 2025 – WADAH Melaka ingin menyatakan sokongan padu terhadap pandangan yang dikemukakan oleh Mufti Negeri Melaka, Sahibus Samahah Dato’ Wira Dr. Haji Abdul Halim Tawil, berhubung isu penggunaan Qunut Nazilah terhadap sesama Muslim, khususnya dalam konteks konflik dan pertelingkahan dalaman umat Islam.
Sebagai sebuah pertubuhan yang menjunjung tinggi nilai keilmuan, perpaduan umat dan prinsip maqasid syariah, kami melihat pandangan yang disuarakan oleh Mufti Melaka sebagai suatu nasihat yang tepat pada masanya serta selari dengan semangat Islam sebagai agama yang membawa rahmat dan kasih sayang kepada seluruh alam.
Qunut Nazilah adalah satu bentuk doa yang disyariatkan ketika umat Islam berhadapan dengan musibah, penindasan, atau kekejaman daripada musuh yang nyata—bukan sebagai alat untuk melaknat atau mendoakan keburukan terhadap sesama Muslim.
Sejarah mencatat bahawa Rasulullah SAW hanya membaca Qunut Nazilah apabila umat Islam dizalimi oleh musuh luar yang menindas dan membunuh mereka secara zalim. Pandangan Mufti Melaka bahawa qunut tersebut tidak wajar ditujukan kepada orang Islam lain, walaupun berbeza pandangan politik atau mazhab, adalah berasaskan prinsip ukhuwwah Islamiyyah dan adab dalam berbeza pendapat.
Oleh itu, WADAH Melaka menyeru seluruh umat Islam, khususnya di negeri ini, agar berwaspada dalam menangani perbezaan pandangan. Doa bukanlah alat untuk mencetuskan kebencian, sebaliknya ia adalah senjata orang mukmin untuk mendekatkan diri kepada Allah dan memohon kebaikan, keampunan serta petunjuk bagi seluruh umat.
Kami juga mengajak semua pihak agar kembali kepada prinsip syura, toleransi dan hikmah dalam menangani isu-isu ummah, tanpa memperjudikan ukhuwah yang telah lama dibina. Mendoakan kebinasaan sesama Islam hanya akan membuka ruang kepada fitnah dan melemahkan kekuatan umat dari dalam.
WADAH Melaka sekali lagi merakamkan penghargaan dan sokongan penuh terhadap ketegasan Mufti Melaka dalam membimbing masyarakat ke arah kefahaman Islam yang lebih damai, adil dan berteraskan ilmu. Semoga Allah SWT terus membimbing kita semua ke arah perpaduan, taqwa dan kejayaan di dunia dan akhirat.
“Sesungguhnya orang-orang mukmin itu bersaudara…” (Surah Al-Hujurat: 10)
Haji Mohd Fairus Bin Ahmad Pengerusi Wadah Pencerdasan Umat Malaysia Negeri Melaka 31 Julai 2025
Kuala Lumpur, 15 Mac 2026 – Dalam semangat Ramadan yang mulia, WADAH Pencerdasan Umat Malaysia, dengan kerjasama Yayasan Taqwa, telah mengagihkan 55 pek Pek Ceria Raya (PCR) kepada para peserta mualaf di Islamic Outreach ABIM (IOA) Centre, Masjid Negara, Kuala Lumpur. Program ini bertujuan membantu golongan mualaf membuat persiapan menyambut Aidilfitri serta menyemai semangat kepedulian […]
Petaling Jaya, 15 Mac – Dalam semangat Ramadan yang penuh keberkatan, program Agihan Pek Ceria Raya (PCR) telah dilaksanakan di PPR Lembah Subang 2, Petaling Jaya, melibatkan pengagihan sebanyak 60 pek sumbangan kepada golongan Orang Kurang Upaya (OKU) dalam komuniti setempat. Program ini bertujuan membantu meringankan beban golongan yang memerlukan, khususnya dalam membuat persiapan menyambut […]
Sungai Gabai, 14 Mac 2026 – Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH) dengan kerjasama Yayasan Taqwa telah melaksanakan Program Agihan Pek Ceria Raya (PCR) di Kampung Orang Asli Sungai Gabai sebagai sebahagian daripada usaha menyantuni masyarakat Orang Asli serta memperkukuh hubungan silaturahim bersama komuniti setempat. Program tersebut turut melibatkan penyertaan pelajar latihan industri yang bersama-sama turun […]
Sungai Merab, 10 Mac 2026 – Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH) dengan kerjasama Pusat Infaq WADAH telah melaksanakan Projek Bubur Lambuk 2026, mengedarkan 700 bekas bubur lambuk kepada pelbagai komuniti, institusi dan agensi sekitar. Program ini bukan sahaja menyediakan juadah berbuka puasa kepada masyarakat, tetapi juga menjadi platform untuk memperkukuh ukhuwah, mengeratkan semangat gotong-royong, dan […]