Hubbul Watan: Dari Fitrah Insani ke Tanggungjawab Ilahi
September 3rd, 2025
| Editor Wadah
Kongsikan artikel ini :
Diskusi Kemerdekaan Tekankan Hubbul Watan Sebagai Amanah dan Tanggungjawab
SHAH ALAM, 26 Ogos 2025 – Timbalan Presiden Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH), Ustaz Hasri bin Harun, telah menyampaikan pengisian dalam Forum Program Diskusi Kemerdekaan: Memperkukuh Semangat Hubbul Watan di Auditorium Dahlia, Dewan Syarahan dan Muzakarah Islam Shah Alam.
Dalam pengisian tersebut, cinta kepada tanah air (hubbul watan) ditegaskan sebagai fitrah insani yang telah ditunjukkan oleh Rasulullah SAW ketika meninggalkan Makkah dengan penuh rasa kasih. Kecintaan kepada negara mesti dipandu oleh akidah tauhid, agar semangat patriotisme tidak hanya berupa simbol luaran tetapi berpaksikan ketaatan kepada Allah SWT.
Hubbul watan menurut Islam menuntut kefahaman bahawa manusia adalah khalifah Allah di bumi dan hamba-Nya yang wajib melaksanakan perintah dengan penuh keikhlasan. Maka, kasih kepada bangsa, keluarga, pemimpin, dan negara tidak boleh terpisah daripada kepatuhan kepada syariat. Sekadar melaungkan kemerdekaan atau mengibarkan bendera tanpa penghayatan akidah hanya akan menjadikan kecintaan itu rapuh.
Semangat merdeka perlu ditanam dalam jiwa dengan kefahaman sejarah. Generasi muda diingatkan bahawa kemerdekaan yang dikecapi pada hari ini adalah hasil perjuangan dan pengorbanan para pejuang, termasuk darah dan air mata. Tanpa penghayatan sejarah perjuangan Rasulullah SAW, Khulafā’ Rāshidīn, ulama terdahulu serta tokoh pejuang tanah air, semangat hubbul watan akan menjadi kosong.
Pendidikan dilihat sebagai medan penting untuk membina generasi yang berjiwa merdeka. Namun, cabaran semasa seperti budaya buli di sekolah, kelemahan disiplin, dan peraturan yang menghadkan kaedah mendidik menuntut pendekatan seimbang antara kelembutan dan ketegasan. Pendidikan mesti menjadi amanah yang membentuk akhlak, bukan sekadar menyampaikan ilmu.
Hubbul watan juga mesti dibina atas dasar keikhlasan kerana Allah SWT, sebagaimana hadis “Innamal a‘malu binniyyat.” Cinta tanah air merupakan ibadah apabila niatnya adalah untuk memakmurkan bumi Allah melalui peranan masing-masing – sama ada sebagai pendidik, pentadbir, usahawan, atau rakyat biasa. Keikhlasan ini menuntut pengorbanan masa, tenaga, bahkan jiwa demi mempertahankan keamanan negara.
Kemerdekaan tidak mampu dipertahankan tanpa kesepaduan. Kesatuan masyarakat perlu didirikan di atas asas akidah dan nilai tauhid, bukan hanya persetujuan politik atau sentimen semata-mata. Perbezaan pandangan adalah fitrah, tetapi ia tidak boleh menggugat perpaduan asas demi menjamin kelestarian negara.
Penghayatan hubbul watan yang sebenar menuntut disiplin, tanggungjawab, serta iltizam untuk menjauhi kerosakan dan kemaksiatan. Dengan cinta tanah air yang berteraskan ilmu, akidah, keikhlasan, pengorbanan, dan kesatuan, keamanan serta kemakmuran Malaysia dapat dipertahankan untuk generasi mendatang.
WADAH MENGUTUK ESKALASI SERANGAN TERHADAP INFRASTRUKTUR TENAGA IRAN & AMARAN KRISIS GLOBAL KENYATAAN MEDIA 19 MAC 2026 Pertubuhan Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH) menyatakan kebimbangan yang amat serius terhadap perkembangan terkini di Timur Tengah susulan serangan ke atas FASILITI GAS SOUTH PARS MILIK IRAN—antara medan gas terbesar dunia—yang kini mencetuskan risiko besar kepada keselamatan tenaga global […]
WADAH SAMBUT POSITIF USAHA PERTEMUAN HARMONI MADANI MUSLIM–HINDU : MEMPERKUKUH “PEACEFUL COEXISTENCE” DAN HIDUP BERSAMA DALAM BUDAYA DAMAI KENYATAAN MEDIA19 Mac 2026 | Bandar Baru Bangi, Selangor WADAH menyambut baik dan menyokong sepenuhnya inisiatif pertemuan antara wakil komuniti Muslim dan Hindu yang bertujuan mencari titik damai serta meredakan ketegangan antara agama dalam negara. Usaha ini […]
Kuala Lumpur, 15 Mac 2026 – Dalam semangat Ramadan yang mulia, WADAH Pencerdasan Umat Malaysia, dengan kerjasama Yayasan Taqwa, telah mengagihkan 55 pek Pek Ceria Raya (PCR) kepada para peserta mualaf di Islamic Outreach ABIM (IOA) Centre, Masjid Negara, Kuala Lumpur. Program ini bertujuan membantu golongan mualaf membuat persiapan menyambut Aidilfitri serta menyemai semangat kepedulian […]
Petaling Jaya, 15 Mac – Dalam semangat Ramadan yang penuh keberkatan, program Agihan Pek Ceria Raya (PCR) telah dilaksanakan di PPR Lembah Subang 2, Petaling Jaya, melibatkan pengagihan sebanyak 60 pek sumbangan kepada golongan Orang Kurang Upaya (OKU) dalam komuniti setempat. Program ini bertujuan membantu meringankan beban golongan yang memerlukan, khususnya dalam membuat persiapan menyambut […]