HIKAM SERU GELOMBANG FATWA KESEDARAN

Kongsikan artikel ini :

Pendirian HIKAM Berkaitan Fatwa Rasmi Kesatuan Ulama Muslimin Sedunia (KUMS) Mengenai Pembelaan Gaza

Pihak HIKAM menyatakan sokongan penuh kepada fatwa rasmi oleh Jawatankuasa Ijtihad dan Fatwa, Kesatuan Ulama Muslimin Sedunia bertarikh 28 Ramadan 1446H (28 Mac 2025).

Fatwa itu mengandungi beberapa penegasan kewajipan dan larangan kepada umat Islam serta negara-negara Islam mengenai tanggungjawab bersama bagi membela nasib rakyat Palestin di Gaza dan Tebing Barat yang sedang teruk menderita peperangan genosid dan pembersihan etnik di tangan rejim Zionis Israel dan Amerika Syarikat.

Keadaan di Gaza semakin memburuk dan meruncing sejak penamatan gencatan senjata dan bermula kembali serangan udara Zionis. Ia mengakibatkan kematian tragis lebih 1,000 nyawa tidak berdosa, menjadikan korban perang keseluruhan mencecah jumlah 50,752 nyawa dan 115,474 orang yang cedera.

Lebih parah, Israel telah menyekat kemasukan bekalan air, elektrik, makanan, bantuan komersial dan kemanusiaan ke Gaza selama lebih sebulan selain mengebom hospital, khemah-khemah pelarian dan bangunan awam sambil mengeluarkan arahan perpindahan baharu yang telah memaksa ratusan ribu rakyat Palestin melarikan diri sekali lagi.

Menurut kenyataan rasmi enam pengarah pertubuhan dunia iaitu WHO, UNICEF, UNOPS, UNRWA, WFP dan OCHA, lebih 2.1 juta orang terperangkap, dibom dan kelaparan lagi. Lebih teruk lagi, kawasan transit, makanan, ubat-ubatan, bahan api dan bekalan tempat perlindungan bertimbun dan peralatan penting tersekat.”

“Kami menyaksikan tindakan perang di Gaza yang menunjukkan pengabaian terhadap nyawa manusia,” lapor kenyataan itu lagi.

Rancangan Jahat Israel dan Amerika

Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump menyatakan dalam satu persidangan media bersama Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu di Washington pada 7 April bahawa beliau menjangka peperangan di Gaza akan berakhir tidak lama lagi. Penduduk Gaza akan diusir keluar dan Gaza akan berpindah menjadi hak milik Amerika untuk dibangunkan sebagai pusat hiburan.

Maka, adalah jelas Israel dan Amerika tidak mempunyai sebarang niat langsung ke arah keamanan dan mengembalikan keadilan kepada rakyat Palestin tetapi mempunyai niat jahat untuk mengulangi sekali lagi proses Nakba 1948 atau pengusiran etnik rakyat Palestin secara total dari tanah air mereka dan menjayakan agenda Erez Israel atau Greater Israel.

Umat Islam tidak boleh membenarkan perkara ini berlaku. Kita tidak wajar berpeluk tubuh dan mengambil sikap berkecuali atau pasif. Membenarkan rakyat Gaza disembelih dan diusir ertinya menyerahkan Masjid al-Aqsa ke tangan Zionis Israel untuk dirobohkan dan diganti dengan pembinaan Solomon’s Temple, satu agenda jahat Zionis yang telah lama diidamkan mereka.

Maka, 15 tuntutan yang terkandung dalam risalah fatwa pihak KUMS ini perlu difahami dan diikuti oleh seluruh umat dan negara Islam demi menjaga akidah dan kemaslahatan ummah keseluruhannya.

Rakyat harus menyedari bahawa fatwa itu bukan hanya terpakai atas invididu, malah kepada masyarakat dan negara. Oleh itu, pihak HIKAM menyeru pihak kerajaan dan agensi-agensinya yang terlibat, pihak swasta, pertubuhan kemanusiaan dan agama, media sosial serta seluruh rakyat Malaysia untuk mengkaji dan menghayati isi kandungan fatwa tersebut.

Semua pihak haruslah memahami bahawa segala pelaksanaan yang dinyatakan dalam fatwa perlulah mengambil kira pendekatan yang digariskan oleh pihak pemerintah (atau ulil amri), kemampuan diri dan menurut undang-undang negara. Oleh itu, pematuhannya berbeza dan bergantung kepada syarat-syarat tertentu.

HIKAM: Saranan Baik Terlaksana

Beberapa saranan yang dicadangkan sudah pun terlaksana dengan baik. Contohnya pemboikotan ekonomi dengan syarikat-syarikat yang menyumbang kepada ekonomi Israel secara langsung atau tidak langsung. Usaha sedemikian perlulah dilipatgandakan di peringkat individu, organisasi mahupun kerajaan.

Bagi individu Muslim, ia hendaklah mempertingkatkan usahanya untuk membantu Palestin. Sebagai contoh yang diberikan dalam fatwa tersebut, memperbanyak doa dalam solat wajib atau sunat. Begitu juga dengan menggiatkan bantuan kewangan, makanan, minuman dan perubatan.

HIKAM menyeru semua pihak agar kesedaran tentang nasib malang rakyat di Palestin disebarluaskan juga dalam kalangan rakyat bukan Islam di Malaysia agar sokongan rakyat terhadap langkah-langkah yang diambil oleh pihak kerajaan dalam isu Palestin difahami oleh semua dan tidak menimbulkan silap faham dan perbalahan.

Hakikatnya, isu Palestin lebih daripada isu yang hanya melibatkan urusan orang Islam semata-mata, tetapi lebih besar melibatkan pencabulan dan penafian hak asasi kemanusiaan serta kempen genosid abad ke-21.

Semoga kefahaman yang meluas serta betul tentang fatwa KUMS dapat mencetuskan gelombang kesedaran dan tindakan yang positif dalam kalangan rakyat Malaysia ke arah pembebasan rakyat Palestin daripada cengkaman rejim Zionis Israel dan konco-konconya.

Himpunan Gerakan Islam Malaysia (HIKAM)

  1. Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH)
  2. Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM)
  3. Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM)
  4. Pertubuhan Himpunan Lepasan Institusi Pendidikan Malaysia (HALUAN)

Presiden Himpunan Gerakan Islam Malaysia (HIKAM)

Dato’ Hj Ahmad Azam Ab Rahman
Presiden WADAH

Hj Badlishah Sham Baharin
Presiden IKRAM

Ahmad Fahmi Mohd Samsudin
Presiden ABIM

Dr. Hj Abdullah Sudin Ab Rahman
Presiden HALUAN

Kenyataan Media|Kenyataan Media - BM

Seminar Keibubapaan Era Digital Perkukuh 14 Komuniti Wangsa Maju: WADAH Agih Sumbangan ‘Bakul Kasih’

KUALA LUMPUR, 16 September 2026 – Cabaran mendidik generasi masa kini di tengah-tengah kerencaman arus teknologi dan ledakan media sosial menuntut penggemblengan usaha berterusan antara agensi penguatkuasaan, pakar perundangan, institusi pendidikan, serta kepimpinan akar umbi. Menyedari peri pentingnya benteng pertahanan keluarga dibina secara kolektif, penganjuran Seminar Keibubapaan Era Digital telah berjaya dilangsungkan dengan penuh meriah […]

Baca Lanjut
hari malaysia

Semarak Hari Malaysia: Usrah Gabungan WAP Wilayah Persekutuan Himpun Warga PPR dan Profesional Kupas Gagasan ‘Hubb Al-Watan’

KUALA LUMPUR, 17 September 2026 – Memperingati pembentukan sebuah persekutuan berdaulat pada Hari Malaysia menuntut penghayatan patriotisme yang melangkaui kibaran bendera secara luaran, sebaliknya wajib diterjemahkan melalui tanggungjawab sosial, keadilan, dan pembelaan kebajikan rakyat terbanyak. Semangat inilah yang menyemarakkan penganjuran Usrah Gabungan Wadah, ABIM, dan Ppiwp (WAP) Wilayah Persekutuan yang berlangsung dengan penuh penghayatan di […]

Baca Lanjut
Ijtimak harakiy kedah

Seminar Antarabangsa Geopolitik dan Perubahan Global Sempena Ijtimak Harakiy WAP Kedah: Kupas Tatanan Dunia Baharu Serta Cabaran Keselamatan Watan

JITRA, 14 September 2026 – Memahami peralihan paksi kuasa dunia serta mengantisipasi ancaman anasir luar terhadap fabrik perpaduan nasional menuntut daya fikir yang tajam, matang, dan berteraskan kefahaman strategik dalam kalangan aktivis masyarakat sivil dan gerakan Islam. Menyedari peri pentingnya wacana keilmuan ini, satu persidangan berprestij iaitu Seminar Antarabangsa Geopolitik dan Perubahan Global telah berjaya […]

Baca Lanjut
negeri sembilan

Ijtimak Harakiy WAP dan MUKRI Negeri Sembilan 2026: Rapatkan Saf Harakah, Hayati Ucaptama Kepimpinan Serta Kupas Forum Keibubapaan

SEREMBAN, 23 Ogos 2026 – Memperkukuh saf perjuangan gerakan Islam, menyelaraskan persefahaman fikrah merentas generasi, serta memperkasakan institusi kekeluargaan menjadi intipati teras dalam penganjuran Ijtimak Harakiy Wadah, ABIM, dan Pelajar (WAP) Negeri Sembilan serta Muktamar Negeri (MUKRI) 2026. Perhimpunan tahunan yang penuh bersemangat ini telah berlangsung dengan jayanya bertempat di Dewan Sri Seremban semalam. Program […]

Baca Lanjut
Jumlah Pelawat Hari ini :
2298
Jumlah Pelawat Keseluruhan :
789034
PERSATUAN WADAH PENCERDASAN UMAT MALAYSIA
ROS : PPM-003-10-11902005
Tentang Wadah Jaringan Privasi Polisi
Klik Sini