Reformasi Tadbir Urus Tabung Haji: Memperkukuh Amanah, Integriti dan Keyakinan Ummah

Kongsikan artikel ini :
tabung haji

HIKAM menyambut baik pendedahan Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berhubung isu-isu tadbir urus Lembaga Tabung Haji (LTH). Pendedahan laporan ini merupakan langkah penting ke arah memperkukuh ketelusan, akauntabiliti dan keyakinan rakyat terhadap institusi yang menjadi tonggak pengurusan simpanan dan urusan haji umat Islam di negara ini.

Pada masa yang sama, HIKAM berpandangan bahawa laporan yang melibatkan kepentingan awam sebegini sewajarnya didedahkan lebih awal agar proses semak dan imbang dapat berlangsung secara terbuka serta membolehkan langkah pembaikan dilaksanakan dengan lebih segera. Ketelusan merupakan asas penting dalam membina kepercayaan rakyat terhadap institusi awam.

Allah SWT berfirman:

“Sesungguhnya Allah menyuruh kamu supaya menyerahkan segala amanah kepada yang berhak menerimanya, dan apabila kamu menjalankan hukum di antara manusia, hendaklah kamu menghukum dengan adil.” (Surah al-Nisa’: 58)

LTH ditubuhkan dengan matlamat yang amat mulia iaitu membantu umat Islam menabung dan menunaikan ibadah haji secara teratur dan berkesan. Justeru, sebarang kelemahan tadbir urus yang menjejaskan integriti institusi ini perlu ditangani secara menyeluruh dan berani demi memelihara amanah para pendeposit serta kepentingan ummah.

Sehubungan itu, HIKAM menyokong usaha reformasi yang dicadangkan melalui dapatan RCI, khususnya yang melibatkan:

1. Pengukuhan Kerangka Perundangan dan Tadbir Urus

HIKAM berpandangan bahawa Akta Tabung Haji 1995 [Akta 535] perlu dipinda secara komprehensif bagi memastikan ia selaras dengan keperluan semasa serta amalan tadbir urus terbaik.

Antara perkara yang wajar diberi perhatian ialah:

  • Pembahagian fungsi dan kuasa yang lebih jelas antara aspek pengurusan haji dan pengurusan kewangan serta pelaburan.
  • Penetapan kriteria “fit and proper” yang ketat bagi pelantikan anggota Lembaga berdasarkan kompetensi, integriti dan kepakaran dalam bidang kewangan, ekonomi, perniagaan dan syariah.
  • Pengukuhan kedudukan jawatankuasa-jawatankuasa kritikal seperti Jawatankuasa Pelaburan dan Jawatankuasa Penasihat Syariah melalui peruntukan undang-undang yang jelas.
  • Penambahbaikan mekanisme audit dan pelaporan kewangan bagi menjamin ketelusan serta akauntabiliti yang lebih tinggi.

2. Memastikan Profesionalisme dan Kebebasan Institusi

HIKAM berpandangan bahawa institusi yang mengurus amanah umat Islam perlu dipimpin oleh individu yang mempunyai integriti, kompetensi dan rekod profesional yang cemerlang.

Oleh itu, proses pelantikan anggota Lembaga dan pengurusan tertinggi hendaklah berasaskan merit, kelayakan serta kepakaran yang relevan. Sebarang pelantikan yang berpotensi menimbulkan konflik kepentingan atau persepsi campur tangan politik perlu dielakkan demi menjaga keyakinan masyarakat terhadap LTH.

3. Menjadikan RCI Sebagai Titik Reformasi Nasional

Laporan RCI ini tidak seharusnya dilihat sekadar sebagai usaha mengenal pasti kesilapan lalu, tetapi perlu dijadikan asas kepada reformasi institusi yang lebih menyeluruh. Keutamaan mestilah diberikan kepada pembinaan budaya tadbir urus yang berteraskan amanah, ketelusan, akauntabiliti dan profesionalisme.

Firman Allah SWT:

“Dan janganlah kamu makan (atau mengambil) harta sesama kamu dengan jalan yang batil…” (Surah al-Baqarah: 188)

Ayat ini mengingatkan bahawa pengurusan harta awam dan dana umat adalah amanah yang besar serta akan dipersoalkan di sisi Allah SWT.

HIKAM menyeru agar segala syor yang munasabah dan bermanfaat dalam laporan RCI ini diteliti dan dilaksanakan dengan penuh kesungguhan. Reformasi yang menyeluruh amat penting bagi memastikan LTH terus kekal sebagai institusi yang diyakini, dihormati dan mampu memenuhi tujuan asal penubuhannya dalam memelihara kepentingan serta kebajikan umat Islam.

Semoga episod ini menjadi pengajaran berharga kepada semua pihak bahawa amanah awam hendaklah diurus dengan penuh integriti, kecekapan dan rasa tanggungjawab kepada rakyat serta kepada Allah SWT.

Himpunan Gerakan Islam Malaysia (HIKAM)
1. Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH)
2. Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM)
3. Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM)
4. Pertubuhan Himpunan Lepasan Institusi Pendidikan Malaysia (HALUAN)

Sekretariat HIKAM

Azizuddin Ahmad
Setiausaha Agung WADAH

Mohd Hafiz Abd Hamid
Setiausaha Agung IKRAM

Ahmad Fawwaz Ahmad Shukri
Setiausaha Agung ABIM

Mohd Sabbri Md Yudin
Setiausaha Agung HALUAN

Kenyataan Media|Kenyataan Media - BM
keibubapaan

Bengkel Keibubapaan Era Digital Perkasa Ibu Bapa Hadapi Cabaran Teknologi dan Penggunaan Gajet

KUALA LUMPUR, 31 Oktober – Bengkel Keibubapaan Era Digital telah diadakan di Masjid Salahuddin Al-Ayubi, Taman Melati, bagi meningkatkan kesedaran ibu bapa terhadap cabaran mendidik anak-anak dalam persekitaran teknologi yang semakin berkembang. Program ini memberi tumpuan kepada perkembangan psikologi generasi digital, strategi pencegahan dan kawalan penggunaan gajet serta pembinaan ketahanan keluarga dalam menghadapi dunia tanpa […]

Baca Lanjut
Indonesia

Kunjung Hormat Delegasi Pendidikan dan Pesantren Indonesia ke WADAH: Rapatkan Ukhuwah Serantau, Teroka Kerjasama Pendidikan Islam Malaysia-Indonesia

BANGI, 31 Oktober 2026 – Memperkukuh jaringan ukhuwah Islamiah merentas sempadan serantau serta meneroka ruang sinergi dalam pemerkasaan institusi pendidikan Islam menjadi matlamat utama penganjuran Program Kunjung Hormat Delegasi NGO dan Institusi Pendidikan Indonesia ke Ibu Pejabat Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH) di Bangi hari ini. Pertemuan muhibah peringkat serantau ini menghimpunkan barisan kepimpinan utama […]

Baca Lanjut

Dialog Ummah 2.0: Hubungan Raja dan Rakyat Perlu Diperkukuh Berteraskan Amanah, Adat dan Perlembagaan

22 Oktober 2026 | Editor WADAH BANGI, 21 Oktober – Hubungan antara institusi diraja dengan rakyat serta kepentingan memelihara adat dan Perlembagaan dalam sistem kenegaraan Malaysia menjadi tumpuan sesi ketiga Dialog Ummah 2.0 bertajuk “Raja dan Rakyat Berpisah Tiada” yang berlangsung di Bangi Resort Hotel, Bandar Baru Bangi. Perbincangan tersebut mengangkat hubungan timbal balik antara […]

Baca Lanjut

Dialog Ummah 2.0: Adab Berbeza Pendapat dan Literasi Media Penting Tangani Perpecahan Masyarakat

22 Oktober 2026 | Editor WADAH BANGI, 21 Oktober – Kepentingan mengurus perbezaan pandangan secara berhemah serta cabaran penyebaran fitnah dan kebencian melalui media sosial menjadi fokus sesi kedua Dialog Ummah 2.0 bertajuk “Islam dan Adab Mengurus Perbezaan Pendapat” yang berlangsung di Bangi Resort Hotel, Bandar Baru Bangi. Perbincangan ini meneliti pendekatan Islam dalam menangani […]

Baca Lanjut
Jumlah Pelawat Hari ini :
3801
Jumlah Pelawat Keseluruhan :
930479
PERSATUAN WADAH PENCERDASAN UMAT MALAYSIA
ROS : PPM-003-10-11902005
Tentang Wadah Jaringan Privasi Polisi
Klik Sini