HENTIKAN USAHA GUGAT KESTABILAN

Kongsikan artikel ini :

KENYATAAN MEDIA

5 Mei 2023

WADAH PENCERDASAN UMAT MALAYSIA (WADAH)

Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH) mengajak rakyat Malaysia khususnya khalayak politik di negara ini agar menghentikan sebarang usaha menjatuhkan kerajaan sedia ada sepertimana yang telah disuarakan menerusi titah DYMM Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar.

  1. Laporan media arus perdana telah memetik titah baginda yang menyifatkan bahawa “rakyat telah menaruh harapan tinggi dalam PRU15 lalu dan telah memberi undi mereka kepada 222 wakil rakyat untuk mengembalikan kestabilan politik negara.” Namun keadaan di mana wujudnya gerakan yang “cuba menggagalkan kestabilan yang sedang dibina … adalah tidak sihat untuk semua lapisan negara kita baik dari segi sosial, ekonomi mahupun kedudukan kita di peringkat antarabangsa.”
  2. Kerajaan Perpaduan telahpun dibentuk, dan telahpun diperkenankan oleh Majlis Raja-Raja Melayu dengan mandat yang diberikan kepada Dato’ Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri ke-10. Parlimen telahpun bersidang, undi majoriti terhadap Perdana Menteri sudahpun diabsahkan di Dewan Rakyat, manakala Belanjawan 2023 juga telah diluluskan. Sejak awal penubuhannya Kerajaan Perpaduan sudahpun memulakan langkah memulihkan ekonomi negara, menstabilkan politik nasional dan memantapkan integrasi negara ke dalam arus ekonomi antarabangsa.
  3. Berdasarkan perkembangan awal yang positif inilah, maka WADAH menganjurkan rakyat Malaysia agar terus mendokong usaha dan aspirasi Kerajaan Perpaduan dalam tumpuan pemulihan ini, selaras dengan anjuran DYMM Sultan Johor. Titah baginda lagi, “… Ekonomi perlu dipulihkan, kesejahteraan dan kemakmuran negara mesti diutamakan.”
  4. Gagasan Malaysia Madani adalah tonggak awal untuk memantapkan proses reformasi memulihkan institusi-institusi penting negara bagi membina kemakmuran rakyat dan mengembalikan negara kepada trajektori pembangunan yang jauh lebih unggul dan bermakna.
  5. Usaha-usaha inilah yang wajar didokong semua pihak, dengan gandingan mantap setiap lapisan masyarakat, dengan kerjasama erat Kerajaan Perpaduan dan Kerajaan-Kerajaan Negeri, antara mereka yang memimpin dan yang terpimpin, termasuk juga kepimpinan Pembangkang.

Kerana itulah WADAH ingin mengajak sekalian rakyat agar tidak lagi mendokong mana-mana khalayak yang masih ingin meneruskan sebarang agenda politik lama, politik dendam kesumat, politik taksub perkauman, politik fitnah dan politik toksik!

WADAH berharap dan percaya bahawa seluruh rakyat Malaysia akan menjunjung titah DYMM Sultan Johor demi kesejahteraan negara yang tercinta.

 

DATO’ HJ AHMAD AZAM AB RAHMAN

Presiden

Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH)

Kenyataan Media|Kenyataan Media - BM
keibubapaan

Bengkel Keibubapaan Era Digital Perkasa Ibu Bapa Hadapi Cabaran Teknologi dan Penggunaan Gajet

KUALA LUMPUR, 31 Oktober – Bengkel Keibubapaan Era Digital telah diadakan di Masjid Salahuddin Al-Ayubi, Taman Melati, bagi meningkatkan kesedaran ibu bapa terhadap cabaran mendidik anak-anak dalam persekitaran teknologi yang semakin berkembang. Program ini memberi tumpuan kepada perkembangan psikologi generasi digital, strategi pencegahan dan kawalan penggunaan gajet serta pembinaan ketahanan keluarga dalam menghadapi dunia tanpa […]

Baca Lanjut
Indonesia

Kunjung Hormat Delegasi Pendidikan dan Pesantren Indonesia ke WADAH: Rapatkan Ukhuwah Serantau, Teroka Kerjasama Pendidikan Islam Malaysia-Indonesia

BANGI, 31 Oktober 2026 – Memperkukuh jaringan ukhuwah Islamiah merentas sempadan serantau serta meneroka ruang sinergi dalam pemerkasaan institusi pendidikan Islam menjadi matlamat utama penganjuran Program Kunjung Hormat Delegasi NGO dan Institusi Pendidikan Indonesia ke Ibu Pejabat Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH) di Bangi hari ini. Pertemuan muhibah peringkat serantau ini menghimpunkan barisan kepimpinan utama […]

Baca Lanjut

Dialog Ummah 2.0: Hubungan Raja dan Rakyat Perlu Diperkukuh Berteraskan Amanah, Adat dan Perlembagaan

22 Oktober 2026 | Editor WADAH BANGI, 21 Oktober – Hubungan antara institusi diraja dengan rakyat serta kepentingan memelihara adat dan Perlembagaan dalam sistem kenegaraan Malaysia menjadi tumpuan sesi ketiga Dialog Ummah 2.0 bertajuk “Raja dan Rakyat Berpisah Tiada” yang berlangsung di Bangi Resort Hotel, Bandar Baru Bangi. Perbincangan tersebut mengangkat hubungan timbal balik antara […]

Baca Lanjut

Dialog Ummah 2.0: Adab Berbeza Pendapat dan Literasi Media Penting Tangani Perpecahan Masyarakat

22 Oktober 2026 | Editor WADAH BANGI, 21 Oktober – Kepentingan mengurus perbezaan pandangan secara berhemah serta cabaran penyebaran fitnah dan kebencian melalui media sosial menjadi fokus sesi kedua Dialog Ummah 2.0 bertajuk “Islam dan Adab Mengurus Perbezaan Pendapat” yang berlangsung di Bangi Resort Hotel, Bandar Baru Bangi. Perbincangan ini meneliti pendekatan Islam dalam menangani […]

Baca Lanjut
Jumlah Pelawat Hari ini :
87
Jumlah Pelawat Keseluruhan :
937034
PERSATUAN WADAH PENCERDASAN UMAT MALAYSIA
ROS : PPM-003-10-11902005
Tentang Wadah Jaringan Privasi Polisi
Klik Sini