Persatuan Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH) https://wadah.org.my/ PERTUBUHAN WADAH PENCERDASAN UMAT MALAYSIA (WADAH) didaftarkan pada 09 Nov 2005 dengan hasrat untuk memperkasa umat melalui usaha meningkatkan ilmu, kecerdasan dan daya fikir masyarakat dalam memahami agama Islam dan menanggapi isu semasa. Tue, 14 May 2024 02:36:53 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=6.5.3 https://i0.wp.com/wadah.org.my/wp-content/uploads/2022/12/67206542_423662665158141_2729654129826725888_n.jpg?fit=32%2C32&ssl=1 Persatuan Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH) https://wadah.org.my/ 32 32 214922487 3 PANEL BENTANG ASPEK PEMBERDAYAAN MELAYU, MASYARAKAT DAN BAHASA DI SEMINAR PEMIKIRAN SIDDIQ FADZIL, USAS https://wadah.org.my/2024/05/09/3-panel-bentang-aspek-pemberdayaan-melayu-masyarakat-dan-bahasa-di-seminar-pemikiran-siddiq-fadzil-usas/ https://wadah.org.my/2024/05/09/3-panel-bentang-aspek-pemberdayaan-melayu-masyarakat-dan-bahasa-di-seminar-pemikiran-siddiq-fadzil-usas/#respond Thu, 09 May 2024 20:56:20 +0000 https://wadah.org.my/?p=3847 9 Mei 2024, KUALA KANGSAR – Seminar diteruskan pada sesi petang dengan pembentangan kertas kerja daripada 3 orang pembentang iaitu Dr. Norazlan Hadi bin Yaacob; Pensyarah Kanan, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) bertajuk “Siddiq Fadzil (1947-2021): Usaha Pemberdayaan Melayu Islam”, Tuan Haji Mohd Khairul Anwar bin Ismail; Ahli Jawatankuasa Kerja Pusat (AJKP) WADAH dengan tajuk […]

The post 3 PANEL BENTANG ASPEK PEMBERDAYAAN MELAYU, MASYARAKAT DAN BAHASA DI SEMINAR PEMIKIRAN SIDDIQ FADZIL, USAS appeared first on Persatuan Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH).

]]>

9 Mei 2024, KUALA KANGSAR – Seminar diteruskan pada sesi petang dengan pembentangan kertas kerja daripada 3 orang pembentang iaitu Dr. Norazlan Hadi bin Yaacob; Pensyarah Kanan, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) bertajuk “Siddiq Fadzil (1947-2021): Usaha Pemberdayaan Melayu Islam”, Tuan Haji Mohd Khairul Anwar bin Ismail; Ahli Jawatankuasa Kerja Pusat (AJKP) WADAH dengan tajuk “Fiqh al-Tamkin Wa al-Taharrur: Memahami Pemikiran Siddiq Fadzil Dalam Aspek Membangun dan Memberdaya Masyarakat” dan Sdr. Azmi bin Ahmad; Pensyarah USAS bertajuk “Sepilihan Karya Siddiq Fadzil: Menelusuri Pesona Bahasa Menerusi Pena Pujangga”.

 

Sesi pembentangan telah diterajui oleh Sdr. Mohd Farouq Nuqman bin Zamri; Pensyarah, Fakulti Pengajian Islam dan Sains Sosial (USAS) selaku moderator.

Majlis diakhiri dengan ucapan Perasmian Penutup oleh Yg Berbahagia Prof. Dato’ Dr. Wan Sabri bin Wan Yusof, Naib Canselor, Universiti Sultan Azlan Shah (USAS).

 

Ikuti sesi penuh pembentangan kertas kerja di

The post 3 PANEL BENTANG ASPEK PEMBERDAYAAN MELAYU, MASYARAKAT DAN BAHASA DI SEMINAR PEMIKIRAN SIDDIQ FADZIL, USAS appeared first on Persatuan Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH).

]]>
https://wadah.org.my/2024/05/09/3-panel-bentang-aspek-pemberdayaan-melayu-masyarakat-dan-bahasa-di-seminar-pemikiran-siddiq-fadzil-usas/feed/ 0 3847
TIMBALAN PRESIDEN WADAH ULAS KEPENTINGAN MENJAGA & MEMELIHARA KETURUNAN DI ASSALAMUALAIKUM TV AL-HIJRAH https://wadah.org.my/2024/04/23/timbalan-presiden-wadah-ulas-kepentingan-menjaga-memelihara-keturunan-di-assalamualaikum-tv-al-hijrah/ https://wadah.org.my/2024/04/23/timbalan-presiden-wadah-ulas-kepentingan-menjaga-memelihara-keturunan-di-assalamualaikum-tv-al-hijrah/#respond Tue, 23 Apr 2024 08:17:27 +0000 https://wadah.org.my/?p=3786 23 April 2024 – Menurut Ustaz Hasri Harun, Timbalan Presiden WADAH, para alim ulama’ berpendapat, menjaga keturunan bermula dari awal perkahwinan lagi iaitu melalui perkahwinan, salah satunya adalah ketika memilih isteri. Ini sangat penting kerana ia menentukan sosio-masyarakat pada masa akan datang. Islam menitik beratkan penjagaan keturunan dari awal proses perkahwinan itu sendiri iaitu melalui […]

The post TIMBALAN PRESIDEN WADAH ULAS KEPENTINGAN MENJAGA & MEMELIHARA KETURUNAN DI ASSALAMUALAIKUM TV AL-HIJRAH appeared first on Persatuan Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH).

]]>

23 April 2024 – Menurut Ustaz Hasri Harun, Timbalan Presiden WADAH, para alim ulama’ berpendapat, menjaga keturunan bermula dari awal perkahwinan lagi iaitu melalui perkahwinan, salah satunya adalah ketika memilih isteri. Ini sangat penting kerana ia menentukan sosio-masyarakat pada masa akan datang.

Islam menitik beratkan penjagaan keturunan dari awal proses perkahwinan itu sendiri iaitu melalui pemilihan pasangan, meliputi akhlak. Keluarga yang baik itu hasil daripada pemilihan pasangan yang baik, berakhlak, serta berpendidikan. Masyarakat hari ini harus dididik bahawa keluarga itu bukan hanya konteks keluarga semata-mata, tetapi komposisinya memberi kesan kepada masyarakat. Jika komposisi keluarga yang pelbagai dalam masyarakat dipelihara dengan baik, ia mampu melahirkan masyarakat yang sangat baik juga.

Justeru, beliau mengingatkan para ibubapa agar mendidik anak-anak menjaga maruah diri dan menyeru masyarakat agar turut sama sensitif dalam memastikan akhlak dan moral bangsa yang terjaga.

Ustaz Hasri Harun yang juga merupakan Pensyarah Kanan/Ketua Institut Maqasid Syariah, Jabatan Kecemerlangan Penyelidikan, Universiti Selangor (UNISEL) telah memberi pengisian dalam program Assalamualaikum TV Al-Hijrah melalui slot “Maqasid Syariah: Menjaga & Pelihara Keturunan”.

The post TIMBALAN PRESIDEN WADAH ULAS KEPENTINGAN MENJAGA & MEMELIHARA KETURUNAN DI ASSALAMUALAIKUM TV AL-HIJRAH appeared first on Persatuan Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH).

]]>
https://wadah.org.my/2024/04/23/timbalan-presiden-wadah-ulas-kepentingan-menjaga-memelihara-keturunan-di-assalamualaikum-tv-al-hijrah/feed/ 0 3786
MAJLIS JAMUAN RAYA USRAH WADAH PUSAT 1445H https://wadah.org.my/2024/04/20/majlis-jamuan-raya-usrah-wadah-pusat-1445h/ https://wadah.org.my/2024/04/20/majlis-jamuan-raya-usrah-wadah-pusat-1445h/#respond Sat, 20 Apr 2024 03:36:53 +0000 https://wadah.org.my/?p=3704 20 April 2024, BANGI – Alhamdulillah Usrah WADAH Pusat telah mengadakan Majlis Jamuan Raya Aidilfitri 1445H bertempat di Anjung Rahmat, Sg. Merab. Majlis dihadiri oleh Dato’ Ahmad Azam Ab Rahman (Presiden WADAH), Dato’ Dr. Mohd Nur Manuty (Ketua Majlis Istisyari WADAH (MIW)), Prof Dr Tengku Hasanudin Yusof (Ketua Ahlul Halli Wal Aqdi dari Acheh), Ustaz Daniftal […]

The post MAJLIS JAMUAN RAYA USRAH WADAH PUSAT 1445H appeared first on Persatuan Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH).

]]>
20 April 2024, BANGI – Alhamdulillah Usrah WADAH Pusat telah mengadakan Majlis Jamuan Raya Aidilfitri 1445H bertempat di Anjung Rahmat, Sg. Merab.
 
Majlis dihadiri oleh Dato’ Ahmad Azam Ab Rahman (Presiden WADAH), Dato’ Dr. Mohd Nur Manuty (Ketua Majlis Istisyari WADAH (MIW)), Prof Dr Tengku Hasanudin Yusof (Ketua Ahlul Halli Wal Aqdi dari Acheh), Ustaz Daniftal (Ahli Dewan Ahlul Halli Wal Aqdi dari Palembang), Ustaz Rosli Iskandar (Wakil Malaysia Ahlul Halli Wal Aqdi) dan Sdr. Ahmad Fahmi Mohd Shamsudin (Presiden ABIM).
 
Dato’ Ahmad Azam dalam ucapan beliau mengingatkan tentang kebangkitan semangat baru dunia Islam berdasarkan peristiwa di Gaza yang membuka peluang hidayah kepada orang Barat seterusnya membuka topeng kemunafikan pihak-pihak berkepentingan.
 
Selain itu, Dato’ Dr. Mohd Nur Manuty juga menyampaikan pesanan bahawa bulan Syawal ini merupakan medan untuk melakukan tazkiyatun nafs; pembersihan jiwa kembali kepada fitrah agar semua umat Islam menjadi yang lebih baik dan kuat bagi menghadapi bulan mendatang.
 
Bersama kita raikan Syawal dengan rasa syukur dan saling bersilaturrahim tanpa melupakan nasib umat Islam yang teraniaya di seluruh dunia.

The post MAJLIS JAMUAN RAYA USRAH WADAH PUSAT 1445H appeared first on Persatuan Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH).

]]>
https://wadah.org.my/2024/04/20/majlis-jamuan-raya-usrah-wadah-pusat-1445h/feed/ 0 3704
PERTEMUAN SILATURRAHIM AHWA INDONESIA BERSAMA WADAH MALAYSIA https://wadah.org.my/2024/04/20/pertemuan-silaturrahim-ahwa-indonesia-bersama-wadah-malaysia/ https://wadah.org.my/2024/04/20/pertemuan-silaturrahim-ahwa-indonesia-bersama-wadah-malaysia/#respond Sat, 20 Apr 2024 03:21:53 +0000 https://wadah.org.my/?p=3693 20 April 2024, BANGI – Alhamdulillah telah berlangsung pertemuan silaturrahim antara WADAH dengan AHWA Indonesia di Anjung Rahmat, Sungai Merab. Tujuan lawatan AHWA adalah untuk bersilaturrahmi dengan gerakan-gerakan dakwah dan ulamak-ulamak di 3 buah negara iaitu Malaysia, Indonesia dan Singapura.   Dalam pertemuan ini, WADAH diwakili oleh Ustaz Mohd Naim Mohd Nor (AJK Wadah Pusat) […]

The post PERTEMUAN SILATURRAHIM AHWA INDONESIA BERSAMA WADAH MALAYSIA appeared first on Persatuan Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH).

]]>
20 April 2024, BANGI – Alhamdulillah telah berlangsung pertemuan silaturrahim antara WADAH dengan AHWA Indonesia di Anjung Rahmat, Sungai Merab. Tujuan lawatan AHWA adalah untuk bersilaturrahmi dengan gerakan-gerakan dakwah dan ulamak-ulamak di 3 buah negara iaitu Malaysia, Indonesia dan Singapura.
 
Dalam pertemuan ini, WADAH diwakili oleh Ustaz Mohd Naim Mohd Nor (AJK Wadah Pusat) dan Ustaz Mokhtar Ramli (WADAH Selangor) manakala AHWA Indonesia pula diwakili oleh Prof Dr Tengku Hasanudin Yusof (Ketua, Ahlul Halli Wal Aqdi dari Acheh), Ustaz Daniftal (Ahli Dewan Ahlul Halli Wal Aqdi dari Palembang) dan Ustaz Rosli Iskandar (wakil Malaysia Ahlul Halli Wal Aqdi).
 
Sebagai info tambahan, AHWA adalah Pertubuhan Ahlu Halli Wal Aqdi, diasaskan oleh almarhum Ustaz Bardan Kindarto di Palembang, dengan tujuan menyatukan umarak dan ulamak Muslim seluruh dunia untuk menjalankan dakwah secara bersama.
 
Moga ukhuwah yang terjalin dapat menjayakan pelbagai program bersama yang dapat membawa kebaikan kepada umat Islam seluruhnya.

The post PERTEMUAN SILATURRAHIM AHWA INDONESIA BERSAMA WADAH MALAYSIA appeared first on Persatuan Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH).

]]>
https://wadah.org.my/2024/04/20/pertemuan-silaturrahim-ahwa-indonesia-bersama-wadah-malaysia/feed/ 0 3693
PRESIDEN WADAH KUPAS ISU SELAMATKAN GAZA DI AGENDA AWANI https://wadah.org.my/2024/04/16/presiden-wadah-kupas-isu-selamatkan-gaza-di-agenda-awani/ https://wadah.org.my/2024/04/16/presiden-wadah-kupas-isu-selamatkan-gaza-di-agenda-awani/#respond Tue, 16 Apr 2024 05:33:22 +0000 https://wadah.org.my/?p=3756 16 April 2024 – Menurut Dato’ Ahmad Azam Ab Rahman, genosid yang berlaku di Gaza sehingga mengorbankan hampir 40,000 orang tidak bersalah merupakan peluang untuk menetapkan semula aturan dunia. Jelasnya, dunia kini tahu bahawa kuasa-kuasa besar dan negara-negara barat boleh dicabar dalam menentukan hala tuju perkembangan global. Ikuti perkongsian penuh tentang situasi Gaza bersama YBhg. […]

The post PRESIDEN WADAH KUPAS ISU SELAMATKAN GAZA DI AGENDA AWANI appeared first on Persatuan Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH).

]]>
16 April 2024 – Menurut Dato’ Ahmad Azam Ab Rahman, genosid yang berlaku di Gaza sehingga mengorbankan hampir 40,000 orang tidak bersalah merupakan peluang untuk menetapkan semula aturan dunia.
 
Jelasnya, dunia kini tahu bahawa kuasa-kuasa besar dan negara-negara barat boleh dicabar dalam menentukan hala tuju perkembangan global.
 
Ikuti perkongsian penuh tentang situasi Gaza bersama YBhg. Dato’ Ahmad Azam Ab Rahman, Pesuruhjaya OIC-IPHRC yang juga merupakan Presiden Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH) di AstroAWANI.
 

Link:

 

The post PRESIDEN WADAH KUPAS ISU SELAMATKAN GAZA DI AGENDA AWANI appeared first on Persatuan Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH).

]]>
https://wadah.org.my/2024/04/16/presiden-wadah-kupas-isu-selamatkan-gaza-di-agenda-awani/feed/ 0 3756
KUNJUNG HORMAT WADAH KE ATAS YB MENTERI PENDIDIKAN TINGGI https://wadah.org.my/2024/04/16/kunjung-hormat-wadah-ke-atas-yb-menteri-pendidikan-tinggi/ https://wadah.org.my/2024/04/16/kunjung-hormat-wadah-ke-atas-yb-menteri-pendidikan-tinggi/#respond Tue, 16 Apr 2024 04:51:12 +0000 https://wadah.org.my/?p=3742 16 April 2024, PUTRAJAYA – Kunjung hormat pimpinan Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH) ke atas YB Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Diraja Dr. Zambry Abdul Kadir. Antara yang dibincangkan termasuklah bagaimana gerakan mahasiswa boleh digerakkan untuk berperanan di peringkat akar umbi untuk mengangkat isu masyarakat; serta terkait pengantarabangsaan pendidikan tinggi. Moga usaha penambahbaikan pendidikan tinggi terus dapat […]

The post KUNJUNG HORMAT WADAH KE ATAS YB MENTERI PENDIDIKAN TINGGI appeared first on Persatuan Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH).

]]>
16 April 2024, PUTRAJAYA – Kunjung hormat pimpinan Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH) ke atas YB Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Diraja Dr. Zambry Abdul Kadir.
 
Antara yang dibincangkan termasuklah bagaimana gerakan mahasiswa boleh digerakkan untuk berperanan di peringkat akar umbi untuk mengangkat isu masyarakat; serta terkait pengantarabangsaan pendidikan tinggi.
 
Moga usaha penambahbaikan pendidikan tinggi terus dapat dipertingkat serta penglibatan gerakan mahasiswa dapat diangkat dan diperluas agar dapat melahirkan generasi yang bukan saja berilmu, tetapi juga punya rasa untuk membangun negara ke arah yang lebih cemerlang.

The post KUNJUNG HORMAT WADAH KE ATAS YB MENTERI PENDIDIKAN TINGGI appeared first on Persatuan Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH).

]]>
https://wadah.org.my/2024/04/16/kunjung-hormat-wadah-ke-atas-yb-menteri-pendidikan-tinggi/feed/ 0 3742
PRESIDEN WADAH HADIR PERTEMUAN BERSAMA MENTERI LUAR NEGERI TERKAIT ISU AFGHANISTAN https://wadah.org.my/2024/04/15/presiden-wadah-hadir-pertemuan-bersama-menteri-luar-negeri-terkait-isu-afghanistan/ https://wadah.org.my/2024/04/15/presiden-wadah-hadir-pertemuan-bersama-menteri-luar-negeri-terkait-isu-afghanistan/#respond Mon, 15 Apr 2024 05:45:58 +0000 https://wadah.org.my/?p=3775 15 April 2024, KUALA LUMPUR – Dato’ Ahmad Azam Ab Rahman, Presiden WADAH telah menghadiri pertemuan bersama Dato’ Seri Utama Haji Mohamad Bin Haji Hasan, Menteri Luar Negeri di Wisma Putra. Pertemuan diadakan antara YBM dan Pasukan Penilai Malaysia yang akan mengadakan lawatan ke Afghanistan pada hujung April 2024. Ahli pasukan terdiri daripada pegawai-pegawai Kementerian […]

The post PRESIDEN WADAH HADIR PERTEMUAN BERSAMA MENTERI LUAR NEGERI TERKAIT ISU AFGHANISTAN appeared first on Persatuan Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH).

]]>

15 April 2024, KUALA LUMPUR – Dato’ Ahmad Azam Ab Rahman, Presiden WADAH telah menghadiri pertemuan bersama Dato’ Seri Utama Haji Mohamad Bin Haji Hasan, Menteri Luar Negeri di Wisma Putra.

Pertemuan diadakan antara YBM dan Pasukan Penilai Malaysia yang akan mengadakan lawatan ke Afghanistan pada hujung April 2024. Ahli pasukan terdiri daripada pegawai-pegawai Kementerian Luar Negeri, Kementerian Pertahanan, Polis Diraja Malaysia dan Jabatan Perdana Menteri.

Tujuan lawatan ini diadakan adalah bagi menilai sendiri situasi sebenar di Afghanistan serta mengenal pasti potensi keterlibatan Malaysia dalam pembangunan Afghanistan.

Kredit: Wisma Putra

The post PRESIDEN WADAH HADIR PERTEMUAN BERSAMA MENTERI LUAR NEGERI TERKAIT ISU AFGHANISTAN appeared first on Persatuan Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH).

]]>
https://wadah.org.my/2024/04/15/presiden-wadah-hadir-pertemuan-bersama-menteri-luar-negeri-terkait-isu-afghanistan/feed/ 0 3775
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI 2024, EID MUBARAK 1445H https://wadah.org.my/2024/04/10/selamat-hari-raya-aidilfitri-2024-eid-mubarak-1445h/ https://wadah.org.my/2024/04/10/selamat-hari-raya-aidilfitri-2024-eid-mubarak-1445h/#respond Wed, 10 Apr 2024 05:54:48 +0000 https://wadah.org.my/?p=3778 Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH) mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri buat seluruh umat Islam. Moga diterima segala amal kuta semua dan beroleh taqwa dan redha dari-Nya. Raikanlah Syawal dengan memperkukuh silaturrahim sesama kita. Maaf Zahir dan Batin. Ikhlas, Seluruh Ahli Jawatankuasa Kerja Pusat Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH) * * * EID MUBARAK 1445H The […]

The post SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI 2024, EID MUBARAK 1445H appeared first on Persatuan Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH).

]]>
Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH) mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri buat seluruh umat Islam.

Moga diterima segala amal kuta semua dan beroleh taqwa dan redha dari-Nya.

Raikanlah Syawal dengan memperkukuh silaturrahim sesama kita.

Maaf Zahir dan Batin.

Ikhlas,
Seluruh Ahli Jawatankuasa Kerja Pusat
Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH)

* * *

EID MUBARAK 1445H

The Movement for an Informed Society Malaysia (WADAH) wishing Happy Eid Al-Fitr to all Muslims.

May all our good deeds and worship be accepted and may we be pleased and blessed by Him.

Celebrate the coming Syawal with the spirit of Ummatic, empowering brotherhood and inculcating love and compassion amongst mankind.

Minal aidin wal faizin.

Sincerely,
Exco Member’s of
The Movement for an Informed Society Malaysia (WADAH)

The post SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI 2024, EID MUBARAK 1445H appeared first on Persatuan Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH).

]]>
https://wadah.org.my/2024/04/10/selamat-hari-raya-aidilfitri-2024-eid-mubarak-1445h/feed/ 0 3778
PELAJAR TAHFIZ ROHINGYA & ASNAF TERIMA PEK CERIA RAYA WADAH KELANTAN https://wadah.org.my/2024/04/08/pelajar-tahfiz-rohingya-asnaf-terima-pek-ceria-raya-wadah-kelantan/ https://wadah.org.my/2024/04/08/pelajar-tahfiz-rohingya-asnaf-terima-pek-ceria-raya-wadah-kelantan/#respond Mon, 08 Apr 2024 06:34:08 +0000 https://wadah.org.my/?p=3647 31 March – 8 April 2024 – Alhamdulillah, Pek Ceria Raya 1445H WADAH Kelantan telah diedar kepada anak-anak pelajar Tahfiz Rohingya di Kok Lanas dan keluarga asnaf sekitar Kg. Pantai Damak, Bachok, Panji serta sekitar Kota Bharu. Projek agihan merupakan kolaborasi kerjasama antara Wadah-SALWA Kelantan, Pusat Infaq WADAH (PIW) dan Yayasan Taqwa. Moga sedikit sumbangan dapat meringankan […]

The post PELAJAR TAHFIZ ROHINGYA & ASNAF TERIMA PEK CERIA RAYA WADAH KELANTAN appeared first on Persatuan Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH).

]]>
31 March – 8 April 2024 – Alhamdulillah, Pek Ceria Raya 1445H WADAH Kelantan telah diedar kepada anak-anak pelajar Tahfiz Rohingya di Kok Lanas dan keluarga asnaf sekitar Kg. Pantai Damak, Bachok, Panji serta sekitar Kota Bharu.
 
Projek agihan merupakan kolaborasi kerjasama antara Wadah-SALWA Kelantan, Pusat Infaq WADAH (PIW) dan Yayasan Taqwa.
 
Moga sedikit sumbangan dapat meringankan beban dan mengembirakan anggota keluarga penerima.
 

The post PELAJAR TAHFIZ ROHINGYA & ASNAF TERIMA PEK CERIA RAYA WADAH KELANTAN appeared first on Persatuan Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH).

]]>
https://wadah.org.my/2024/04/08/pelajar-tahfiz-rohingya-asnaf-terima-pek-ceria-raya-wadah-kelantan/feed/ 0 3647
WAP WILAYAH PERSEKUTUAN RAI ANAK-ANAK MELALUI PEMBELIAN BAJU RAYA https://wadah.org.my/2024/04/06/wap-wilayah-persekutuan-rai-anak-anak-melalui-pembelian-baju-raya/ https://wadah.org.my/2024/04/06/wap-wilayah-persekutuan-rai-anak-anak-melalui-pembelian-baju-raya/#respond Sat, 06 Apr 2024 04:46:20 +0000 https://wadah.org.my/?p=3589 6 April 2024 – Seramai tiga puluh anak- anak syurga terpilih dari Parlimen Bandar Tun Razak (sub zon 1 – 6) telah menerima sumbangan baucar untuk pembelian baju raya oleh team Serikandi dan individu yang baik hati, ang pow raya dari Puan Nor Rafidah Khairuddin, Founder Sellection Sdn Bhd dan cenderahati berupa kudap-kudapan, bekas makanan […]

The post WAP WILAYAH PERSEKUTUAN RAI ANAK-ANAK MELALUI PEMBELIAN BAJU RAYA appeared first on Persatuan Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH).

]]>
6 April 2024 – Seramai tiga puluh anak- anak syurga terpilih dari Parlimen Bandar Tun Razak (sub zon 1 – 6) telah menerima sumbangan baucar untuk pembelian baju raya oleh team Serikandi dan individu yang baik hati, ang pow raya dari Puan Nor Rafidah Khairuddin, Founder Sellection Sdn Bhd dan cenderahati berupa kudap-kudapan, bekas makanan dan alat tulis dari AEON Maluri.
 
Program merupakan kerjasama antara RISE 4 U, WADAH-SALWA-ABIM-Persatuan Pelajar Islam Wilayah Persekutuan (PPIWP), Kumpulan Perangsang Selangor Berhad dan Forum Ekonomi Manusiawi (FEM). Terima kasih buat semua yang terlibat secara langsung atau dari jauh.
 
Moga Hari Raya tahun ini disambut dengan penuh rasa kesyukuran. Biar sederhana tapi penuh makna!

The post WAP WILAYAH PERSEKUTUAN RAI ANAK-ANAK MELALUI PEMBELIAN BAJU RAYA appeared first on Persatuan Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH).

]]>
https://wadah.org.my/2024/04/06/wap-wilayah-persekutuan-rai-anak-anak-melalui-pembelian-baju-raya/feed/ 0 3589