DUNIA ISLAM MESTI BERTINDAK TEGAS

Kongsikan artikel ini :

WADAH SOKONG TEGAS KENYATAAN PERDANA MENTERI DI DOHA – KUTUK SERANGAN ISRAEL, DESAK TINDAKAN TEGAS DUNIA ISLAM DAN GLOBAL

KENYATAAN MEDIA 16 SEPTEMBER 2025

Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH) menyatakan sokongan penuh terhadap kenyataan rasmi YAB Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Seri Anwar Ibrahim, di Sidang Kemuncak Kecemasan Arab-Islam yang berlangsung di Doha hari ini.

Dalam ucapannya di Doha, Perdana Menteri dengan tegas mengutuk serangan udara Israel ke atas Doha – tindakan yang beliau sifatkan sebagai “barbarik, tidak berperikemanusiaan dan pencabulan kedaulatan negara berdaulat”. WADAH berpandangan, serangan ini bukan sahaja ancaman kepada Qatar, bahkan serangan kepada seluruh umat dan prinsip keamanan antarabangsa.

Kerjasama Dunia

WADAH menegaskan dunia Islam mesti bertindak dengan langkah berikut:

  1. Memutuskan hubungan diplomatik dengan Israel secara kolektif.
  2. Menghentikan segala bentuk perdagangan dan kerjasama dengan rejim Zionis.
  3. Menyokong misi kemanusiaan, khususnya Global Sumud Flotilla yang turut disertai oleh jaringan WADAH melalui Global Peace Mission (GPM).
  4. Menggunakan tekanan politik dan ekonomi untuk mendesak pengiktirafan negara Palestin yang merdeka dan berdaulat.
  5. Menggerakkan kuasa kolektif negara Arab-Islam untuk memutuskan dagangan dengan Israel serta menghentikan import senjata dari Amerika Syarikat dan Barat.
  6. Menyegerakan penempatan pasukan tentera pendamai antarabangsa ke Gaza atas nama kemanusiaan demi menghentikan pertumpahan darah.

Solidariti terhadap Palestine adalah merentas negara, bangsa dan agama. Ia adalah isu kemanusiaan dan keamanan sejagat.

Sempena Hari Malaysia 16 September, WADAH mengucapkan Selamat Hari Malaysia kepada seluruh rakyat. Marilah kita bersatu hati mempertahankan kedaulatan negara serta bersolidariti bersama YAB Perdana Menteri dalam perjuangan keamanan Asia Barat dan Palestin.

“Palestin Merdeka, Kedaulatan Dijunjung, Kemanusiaan Dipertahan.”

Azizuddin Ahmad,
Setiausaha Agung,
Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH)

Kenyataan Media|Kenyataan Media - BM

Dialog Ummah 2.0: Hubungan Raja dan Rakyat Perlu Diperkukuh Berteraskan Amanah, Adat dan Perlembagaan

22 Oktober 2026 | Editor WADAH BANGI, 21 Oktober – Hubungan antara institusi diraja dengan rakyat serta kepentingan memelihara adat dan Perlembagaan dalam sistem kenegaraan Malaysia menjadi tumpuan sesi ketiga Dialog Ummah 2.0 bertajuk “Raja dan Rakyat Berpisah Tiada” yang berlangsung di Bangi Resort Hotel, Bandar Baru Bangi. Perbincangan tersebut mengangkat hubungan timbal balik antara […]

Baca Lanjut

Dialog Ummah 2.0: Adab Berbeza Pendapat dan Literasi Media Penting Tangani Perpecahan Masyarakat

22 Oktober 2026 | Editor WADAH BANGI, 21 Oktober – Kepentingan mengurus perbezaan pandangan secara berhemah serta cabaran penyebaran fitnah dan kebencian melalui media sosial menjadi fokus sesi kedua Dialog Ummah 2.0 bertajuk “Islam dan Adab Mengurus Perbezaan Pendapat” yang berlangsung di Bangi Resort Hotel, Bandar Baru Bangi. Perbincangan ini meneliti pendekatan Islam dalam menangani […]

Baca Lanjut

Dialog Ummah 2.0: Institusi Raja dan Keluhuran Perlembagaan Asas Kestabilan Negara

22 Oktober 2026 | Editor WADAH BANGI, 21 Oktober – Kedudukan institusi Raja Berperlembagaan serta hubungan antara Islam, Melayu, Raja dan Perlembagaan Persekutuan menjadi tumpuan sesi pertama Dialog Ummah 2.0 yang berlangsung di Bangi Resort Hotel, Bandar Baru Bangi. Sesi bertajuk “Islam, Melayu, Raja dan Perlembagaan: Memahami Amanah Kenegaraan” ini mengupas kepentingan memahami asas kenegaraan […]

Baca Lanjut
dr khalijah

Memugar Legasi Serikandi Muslimah: Puan Hjh. Adibah Ahmad Singkap Dedikasi, Fikrah dan Jiwa Wakaf Prof. Dr. Khalijah Mohd Salleh di Dar al-Hikmah

SUNGAI RAMAL, 23 Oktober 2026 – Di sebalik gelaran sarjana fizik dan pencapaian akademik berprestij di peringkat antarabangsa, keperibadian Almarhumah Profesor Dr. Khalijah Mohd Salleh sentiasa berakar pada satu matlamat tunggal yang amat murni: menjadi seorang Muslimah yang beriman dan mengabdikan seluruh kehidupannya demi meraih keredaan Allah SWT. Penzahiran ini dikongsi secara penuh emosi dan […]

Baca Lanjut
Jumlah Pelawat Hari ini :
638
Jumlah Pelawat Keseluruhan :
894300
PERSATUAN WADAH PENCERDASAN UMAT MALAYSIA
ROS : PPM-003-10-11902005
Tentang Wadah Jaringan Privasi Polisi
Klik Sini