MALAYSIA TERLALU BERHATI-HATI, DASAR PELARIAN DIPENGARUHI TEKANAN SENTIMEN AWAM

Kongsikan artikel ini :

KUALA LUMPUR – Dasar pelarian di Malaysia dilihat berdepan cabaran pelaksanaan apabila pendekatannya terlalu berhati-hati dalam menangani isu berkenaan, khususnya dalam suasana sentimen awam yang sukar dijangka.

Penasihat Khas Menteri Luar (Kemanusiaan dan Pembangunan Semula), Datuk Ahmad Azam Ab Rahman berkata, pendekatan berhati-hati itu antara faktor yang menyukarkan usaha menangani isu pelarian secara menyeluruh.

  • Penasihat Khas Menteri Luar (Kemanusiaan dan Pembangunan Semula), Datuk Ahmad Azam Ab Rahman berkata, pendekatan berhati-hati itu antara faktor yang menyukarkan usaha menangani isu pelarian secara menyeluruh.
  • “Kita kena ada political will. Jangan kita terlalu bimbang, takut tentang backlash sebab what is right, is right. Matter of time, the right will be. Perkataan yang tepat adalah terlalu berhati-hati, sehingga isu ini tidak dapat ditangani. Implikasi media sosial ini besar dan kita tidak boleh menjangka reaksi yang akan timbul,” katanya dalam sesi temu bual bersama The Merdeka Times.

Menurut beliau, impak media sosial hari ini turut mempengaruhi cara sesuatu dasar dinilai dan diterima oleh masyarakat.

“Perkataan yang tepat adalah terlalu berhati-hati, sehingga isu ini tidak dapat ditangani. Implikasi media sosial ini besar dan kita tidak boleh menjangka reaksi yang akan timbul,” katanya dalam sesi temu bual bersama The Merdeka Times.

Beliau menjelaskan, ketidaktentuan reaksi awam menyebabkan pihak berkepentingan perlu mempertimbangkan secara teliti keseimbangan antara tanggungjawab kemanusiaan dan aspek keselamatan negara.

Dalam masa sama, Ahmad Azam tidak menafikan bahawa pendekatan berhati-hati tersebut memberi kesan kepada keupayaan dasar pelarian untuk dilaksanakan dengan lebih menyeluruh.

Katanya, perubahan sentimen masyarakat terhadap pelarian, khususnya komuniti Rohingya, turut menjadi cabaran utama dalam merangka pendekatan yang lebih berkesan.

“Kenapa sebelum Covid kita ‘welcoming’, sekarang kita marah sangat. Ini realiti yang perlu kita fahami,” jelasnya.

Beliau berkata, perkembangan media sosial yang pantas turut menyumbang kepada pembentukan persepsi dalam kalangan rakyat, sekali gus mempengaruhi penerimaan terhadap dasar berkaitan pelarian.

Sehubungan itu, beliau berpandangan Malaysia perlu terus mencari keseimbangan antara keperluan kemanusiaan dan kepentingan keselamatan, tanpa mengabaikan realiti sentimen masyarakat semasa.

Isu pelarian kekal sebagai topik sensitif di negara ini, dengan perdebatan berterusan mengenai sejauh mana Malaysia perlu memainkan peranan dalam menangani krisis kemanusiaan global tanpa menjejaskan kepentingan nasional.-The Merdeka Times

Dato Ahmad Azam Ab Rahman
Presiden, Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH)

Sumber : The Merdeka Times

Berita Wadah|Berita Wadah - BM|Bicara Presiden|Bicara Presiden - BM
keibubapaan

Bengkel Keibubapaan Era Digital Perkasa Ibu Bapa Hadapi Cabaran Teknologi dan Penggunaan Gajet

KUALA LUMPUR, 31 Oktober – Bengkel Keibubapaan Era Digital telah diadakan di Masjid Salahuddin Al-Ayubi, Taman Melati, bagi meningkatkan kesedaran ibu bapa terhadap cabaran mendidik anak-anak dalam persekitaran teknologi yang semakin berkembang. Program ini memberi tumpuan kepada perkembangan psikologi generasi digital, strategi pencegahan dan kawalan penggunaan gajet serta pembinaan ketahanan keluarga dalam menghadapi dunia tanpa […]

Baca Lanjut
Indonesia

Kunjung Hormat Delegasi Pendidikan dan Pesantren Indonesia ke WADAH: Rapatkan Ukhuwah Serantau, Teroka Kerjasama Pendidikan Islam Malaysia-Indonesia

BANGI, 31 Oktober 2026 – Memperkukuh jaringan ukhuwah Islamiah merentas sempadan serantau serta meneroka ruang sinergi dalam pemerkasaan institusi pendidikan Islam menjadi matlamat utama penganjuran Program Kunjung Hormat Delegasi NGO dan Institusi Pendidikan Indonesia ke Ibu Pejabat Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH) di Bangi hari ini. Pertemuan muhibah peringkat serantau ini menghimpunkan barisan kepimpinan utama […]

Baca Lanjut

Dialog Ummah 2.0: Hubungan Raja dan Rakyat Perlu Diperkukuh Berteraskan Amanah, Adat dan Perlembagaan

22 Oktober 2026 | Editor WADAH BANGI, 21 Oktober – Hubungan antara institusi diraja dengan rakyat serta kepentingan memelihara adat dan Perlembagaan dalam sistem kenegaraan Malaysia menjadi tumpuan sesi ketiga Dialog Ummah 2.0 bertajuk “Raja dan Rakyat Berpisah Tiada” yang berlangsung di Bangi Resort Hotel, Bandar Baru Bangi. Perbincangan tersebut mengangkat hubungan timbal balik antara […]

Baca Lanjut

Dialog Ummah 2.0: Adab Berbeza Pendapat dan Literasi Media Penting Tangani Perpecahan Masyarakat

22 Oktober 2026 | Editor WADAH BANGI, 21 Oktober – Kepentingan mengurus perbezaan pandangan secara berhemah serta cabaran penyebaran fitnah dan kebencian melalui media sosial menjadi fokus sesi kedua Dialog Ummah 2.0 bertajuk “Islam dan Adab Mengurus Perbezaan Pendapat” yang berlangsung di Bangi Resort Hotel, Bandar Baru Bangi. Perbincangan ini meneliti pendekatan Islam dalam menangani […]

Baca Lanjut
Jumlah Pelawat Hari ini :
3685
Jumlah Pelawat Keseluruhan :
954514
PERSATUAN WADAH PENCERDASAN UMAT MALAYSIA
ROS : PPM-003-10-11902005
Tentang Wadah Jaringan Privasi Polisi
Klik Sini