Memartabat Karamah Insani: Bengkel Level Up: Misi Belajar SMART Pupuk Potensi dan Sistem Pembelajaran Anak Komuniti Bandar

Kongsikan artikel ini :
bengkel level up

KUALA LUMPUR, 17 Ogos 2026 – Dalam usaha membebaskan golongan asnaf dan keluarga berpendapatan rendah daripada belenggu kemiskinan multidimensi menerusi wahana pendidikan, Projek Tunas Nahdah di bawah inisiatif Merakyat Malaysia MADANI telah menganjurkan program “Bengkel Level Up: Misi Belajar SMART”.

Program yang berlangsung pada hari Ahad, 16 Ogos 2026 itu telah diadakan bertempat di Dewan Tempat Letak Kereta Bertingkat (TLKB) Perumahan Awam (PA) Sri Sabah, Cheras, Kuala Lumpur.

Bengkel intensif ini menyasarkan seramai 100 orang pelajar tingkatan lima yang bakal menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), khususnya dalam kalangan anak-anak asnaf dan komuniti B40. Mengangkat tema “Memartabat Karamah Insani: Pintar Belajar, Cemerlang Peribadi”, inisiatif ini dirangka untuk membekalkan para pelajar dengan metodologi pembelajaran moden serta memperkukuh ketahanan rohani dan emosi mereka menjelang musim peperiksaan.

Dua Wakil Kepimpinan Seru Pembudayaan Ilmu dan Ketahanan Diri

Majlis tersebut telah diserikan dengan ucapan daripada dua tokoh kepimpinan utama yang mewakili komuniti perumahan awam dan gerakan masyarakat sivil.

Ucapan alu-aluan telah disampaikan oleh Timbalan Pengerusi Persatuan Gabungan Pengerusi-Pengerusi Persatuan Penduduk PA dan PPR DBKL merangkap Pengerusi Persatuan Penduduk Sri Johor 4A, YBrs. Tn. Hj. Abu Daud bin Ibrahim. Berbekalkan pengalaman luas beliau selama 22 tahun menerajui persatuan penduduk di peringkat Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), beliau menzahirkan penghargaan atas penganjuran program ini dan mengingatkan para peserta bahawa cabaran sosioekonomi di perumahan awam tidak seharusnya menjadi penghalang untuk menggapai kejayaan akademik yang cemerlang.

Sementara itu, wakil daripada Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH), Saudara Mohamad Haqime bin Sharuddin, dalam ucapannya menegaskan bahawa pendidikan merupakan jalan paling strategik untuk mengubah taraf hidup keluarga asnaf. Beliau menekankan bahawa setiap anak asnaf mempunyai potensi yang setara sekiranya dibekalkan dengan kaedah belajar yang tepat serta kekuatan nilai integriti dan pergantungan kepada Ilahi.

Menguasai Kerangka S.M.A.R.T dan Membina Sistem Belajar Peribadi

Bengkel ini disusun khusus bagi menjawab permasalahan sebenar pelajar yang kerap berdepan kesukaran mengingati fakta, mudah hilang fokus, dan sering menangguhkan jadual belajar. Sepanjang sesi, para peserta dibimbing menerusi kerangka pembelajaran S.M.A.R.T yang merangkumi elemen Strategi (Strategy), Pola Fikir (Mindset), Sikap (Attitude), Tanggungjawab (Responsible), dan Pengurusan Masa (Time Management).

Slot pertama memberi penekanan kepada pembinaan keyakinan diri dan penetapan matlamat di bawah modul S.M.A.R.T Mindset. Seterusnya, para peserta didedahkan kepada pengenalan gaya pembelajaran berasaskan kaedah Visual, Auditori, dan Kinestetik (V.A.K), di samping penguasaan teknik membaca berkesan melalui kaedah SQ3R serta teknik penghasilan nota visual kreatif seperti Mind Map, Cornell, dan Flash Cards.

Bagi memantapkan aspek disiplin harian, para pelajar turut dilatih mengaplikasikan sistem pengurusan masa terbukti seperti teknik Pomodoro, Eisenhower Matrix, dan strategi Eat the Frog. Melalui latihan audit masa yang sistematik, setiap peserta dibimbing membina jadual belajar peribadi yang realistik.

Bengkel diakhiri dengan majlis penyampaian sijil penyertaan serta solat Zohor berjemaah sebagai simbolik integrasi antara pencapaian ilmu akademik dan pemantapan sahsiah kerohanian.

bengkel level up
Berita Wadah|Berita Wadah - BM|Pusat Tunas Nahdah
keibubapaan

Bengkel Keibubapaan Era Digital Perkasa Ibu Bapa Hadapi Cabaran Teknologi dan Penggunaan Gajet

KUALA LUMPUR, 31 Oktober – Bengkel Keibubapaan Era Digital telah diadakan di Masjid Salahuddin Al-Ayubi, Taman Melati, bagi meningkatkan kesedaran ibu bapa terhadap cabaran mendidik anak-anak dalam persekitaran teknologi yang semakin berkembang. Program ini memberi tumpuan kepada perkembangan psikologi generasi digital, strategi pencegahan dan kawalan penggunaan gajet serta pembinaan ketahanan keluarga dalam menghadapi dunia tanpa […]

Baca Lanjut
Indonesia

Kunjung Hormat Delegasi Pendidikan dan Pesantren Indonesia ke WADAH: Rapatkan Ukhuwah Serantau, Teroka Kerjasama Pendidikan Islam Malaysia-Indonesia

BANGI, 31 Oktober 2026 – Memperkukuh jaringan ukhuwah Islamiah merentas sempadan serantau serta meneroka ruang sinergi dalam pemerkasaan institusi pendidikan Islam menjadi matlamat utama penganjuran Program Kunjung Hormat Delegasi NGO dan Institusi Pendidikan Indonesia ke Ibu Pejabat Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH) di Bangi hari ini. Pertemuan muhibah peringkat serantau ini menghimpunkan barisan kepimpinan utama […]

Baca Lanjut

Dialog Ummah 2.0: Hubungan Raja dan Rakyat Perlu Diperkukuh Berteraskan Amanah, Adat dan Perlembagaan

22 Oktober 2026 | Editor WADAH BANGI, 21 Oktober – Hubungan antara institusi diraja dengan rakyat serta kepentingan memelihara adat dan Perlembagaan dalam sistem kenegaraan Malaysia menjadi tumpuan sesi ketiga Dialog Ummah 2.0 bertajuk “Raja dan Rakyat Berpisah Tiada” yang berlangsung di Bangi Resort Hotel, Bandar Baru Bangi. Perbincangan tersebut mengangkat hubungan timbal balik antara […]

Baca Lanjut

Dialog Ummah 2.0: Adab Berbeza Pendapat dan Literasi Media Penting Tangani Perpecahan Masyarakat

22 Oktober 2026 | Editor WADAH BANGI, 21 Oktober – Kepentingan mengurus perbezaan pandangan secara berhemah serta cabaran penyebaran fitnah dan kebencian melalui media sosial menjadi fokus sesi kedua Dialog Ummah 2.0 bertajuk “Islam dan Adab Mengurus Perbezaan Pendapat” yang berlangsung di Bangi Resort Hotel, Bandar Baru Bangi. Perbincangan ini meneliti pendekatan Islam dalam menangani […]

Baca Lanjut
Jumlah Pelawat Hari ini :
3636
Jumlah Pelawat Keseluruhan :
930314
PERSATUAN WADAH PENCERDASAN UMAT MALAYSIA
ROS : PPM-003-10-11902005
Tentang Wadah Jaringan Privasi Polisi
Klik Sini