BAHAYA LIDAH – ANTARA KEBENARAN DAN FITNAH DI ZAMAN KINI

Kongsikan artikel ini :
usrah gabungan

Firman Allah ุณุจุญุง ู†ู‡ ูˆุชุนุงู„ูŠ:

ูˆูŽู„ูŽุง ุชูŽู‚ู’ูู ู…ูŽุง ู„ูŽูŠู’ุณูŽ ู„ูŽูƒูŽ ุจูู‡ู ุนูู„ู’ู…ูŒ ุฅูู†ูŽู‘ ุงู„ุณูŽู‘ู…ู’ุนูŽ ูˆูŽุงู„ู’ุจูŽุตูŽุฑูŽ ูˆูŽุงู„ู’ููุคูŽุงุฏูŽ ูƒูู„ูู‘ ุฃููˆู„ูŽุฆููƒูŽ ูƒูŽุงู†ูŽ ุนูŽู†ู’ู‡ู ู…ูŽุณู’ุฆููˆู„ู‹ุง

โ€œDan janganlah engkau mengikut apa yang engkau tidak mempunyai pengetahuan mengenainya; sesungguhnya pendengaran dan penglihatan serta hati, semua anggota-anggota itu tetap akan ditanya tentang apa yang dilakukannyaโ€. (Al Israโ€™:36) ayat:

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah ุณุจุญุง ู†ู‡ ูˆุชุนุงู„ูŠ yang mengurniakan kita niโ€™mat iman dan Islam. Selawat dan salam ke atas Nabi Muhammad ุตูŽู„ูŽู‘ู‰ ุงุงู„ู„ู‡ ุนูŽู„ูŽูŠู’ู‡ู ูˆูŽุณูŽู„ูŽู‘ู… , yang telah mengajar kita adab kehidupan, termasuk dalam menjaga lidah.

Dalam Surah al-Syuโ€˜arฤโ€™ ayat 225โ€“226, Allah ุณุจุญุง ู†ู‡ ูˆุชุนุงู„ูŠ berfirman:

ุฃูŽู„ูŽู…ู’ ุชูŽุฑูŽ ุฃูŽู†ูŽู‘ู‡ูู…ู’ ูููŠ ูƒูู„ูู‘ ูˆูŽุงุฏู ูŠูŽู‡ููŠู…ููˆู†ูŽ ูˆูŽุฃูŽู†ูŽู‘ู‡ูู…ู’ ูŠูŽู‚ููˆู„ููˆู†ูŽ ู…ูŽุง ู„ูŽุง ูŠูŽูู’ุนูŽู„ููˆู†ูŽ

โ€œTidakkah engkau melihat bahawa mereka mengembara di setiap Lembah dan mereka mengatakan apa yang mereka tidak lakukan.โ€

Para ulama tafsir seperti Imam al-Tabari, Ibn Kathir dan al-Qurtubi menjelaskan bahawa ayat ini merujuk kepada penyair jahiliah yang bercakap tanpa kebenaran. Mereka tidak tetap pendirian, bercakap mengikut emosi dan kepentingan, serta mempermainkan kata-kata tanpa tanggungjawab.

Hakikatnya, ayat ini bukan sekadar kisah zaman dahulu. Ia sangat relevan dengan keadaan masyarakat hari ini. Jika dahulu โ€œpenyairโ€ menyebarkan kata-kata melalui syair, hari ini setiap orang boleh menjadi โ€œpenyair modenโ€ melalui media sosial, ucapan awam, bahkan perbualan harian. Lebih membimbangkan, banyak kata-kata disebarkan tanpa semakan, tanpa bukti, bahkan kadangkala bertujuan menjatuhkan orang lain cecara tidak benar dan kejam.

Dalam dunia politik misalnya, kita sering melihat tuduhan dilemparkan tanpa dalil yang jelas. Kata-kata digunakan untuk mempengaruhi emosi rakyat, bukan untuk menegakkan kebenaran. Hari ini memuji, esok mencela,semuanya bergantung kepada kepentingan. Inilah gambaran โ€œmengembara di setiap lembahโ€ yang disebut oleh al-Qurโ€™an.

Islam amat menitikberatkan penjagaan lidah:

ุนูŽู†ู’ ุณูŽู‡ู’ู„ู ุจู’ู†ู ุณูŽุนู’ุฏู ุฑูŽุถููŠูŽ ุงู„ู„ูŽู‘ู‡ู ุนูŽู†ู’ู‡ูุŒ ุนูŽู†ู’ ุฑูŽุณููˆู„ู ุงู„ู„ูŽู‘ู‡ู ู‚ูŽุงู„ูŽ ู…ูŽู†ู’ ูŠูŽุถู’ู…ูŽู†ู’ ู„ููŠ ู…ูŽุง ุจูŽูŠู’ู†ูŽ ู„ูŽุญู’ูŠูŽูŠู’ู‡ู ูˆูŽู…ูŽุง ุจูŽูŠู’ู†ูŽ ุฑูุฌู’ู„ูŽูŠู’ู‡ู ุฃูŽุถู’ู…ูŽู†ู’ ู„ูŽู‡ู ุงู„ู’ุฌูŽู†ูŽู‘ุฉูŽ

Dari Sahl ibn Saโ€™din ุฑูŽุถููŠูŽ ุงู„ู„ูŽู‘ู‡ู ุนูŽู†ู’ู‡ู ,Rasulullah ุตูŽู„ูŽู‘ู‰ ุงุงู„ู„ู‡ ุนูŽู„ูŽูŠู’ู‡ู ูˆูŽุณูŽู„ูŽู‘ู… bersabda: โ€œSesiapa yang menjamin untukku apa yang di antara dua rahangnya (lidah), aku jamin baginya syurga.โ€ (Soheh al-Bukhari)

Dalam hadis lain, Baginda ุตูŽู„ูŽู‘ู‰ ุงุงู„ู„ู‡ ุนูŽู„ูŽูŠู’ู‡ู ูˆูŽุณูŽู„ูŽู‘ู… bersabda:

ู…ูŽู†ู’ ูƒูŽุงู†ูŽ ูŠูุคู’ู…ูู†ู ุจูุงู„ู„ูŽู‘ู‡ู ูˆูŽุงู„ู’ูŠูŽูˆู’ู…ู ุงู„ู’ุขุฎูุฑู fูŽู„ู’ูŠูŽู‚ูู„ู’ ุฎูŽูŠู’ุฑู‹ุง ุฃูŽูˆู’ ู„ููŠูŽุตู’ู…ูุชู’

โ€œSesiapa beriman kepada Allah dan hari akhir, hendaklah dia berkata baik atau diam.โ€ (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Hadis ini memberi satu prinsip yang sangat mudah tetapi mendalam: tidak semua perkara perlu diucapkan. Jika tidak pasti benar, jika tidak membawa manfaat, maka diam itu lebih selamat.

Lebih menakutkan, Nabi ุตูŽู„ูŽู‘ู‰ ุงุงู„ู„ู‡ ุนูŽู„ูŽูŠู’ู‡ู ูˆูŽุณูŽู„ูŽู‘ู… biingatkan:

ุนูŽู†ู’ ุฃูŽุจููŠ ู‡ูุฑูŽูŠู’ุฑูŽุฉูŽ ุฑูŽุถููŠูŽ ุงู„ู„ูŽู‘ู‡ู ุนูŽู†ู’ู‡ู ู‚ูŽุงู„ูŽ ุฅูู†ูŽู‘ ุงู„ู’ุนูŽุจู’ุฏูŽ ู„ูŽูŠูŽุชูŽูƒูŽู„ูŽู‘ู…ู ุจูุงู„ู’ูƒูŽู„ูู…ูŽุฉูุŒ ู…ูŽุง ูŠูŽุชูŽุจูŽูŠูŽู‘ู†ู ูููŠู‡ูŽุงุŒ ูŠูŽุฒูู„ูู‘ ุจูู‡ูŽุง ูููŠ ุงู„ู†ูŽู‘ุงุฑู ุฃูŽุจู’ุนูŽุฏูŽ ู…ูู…ูŽู‘ุง ุจูŽูŠู’ู†ูŽ ุงู„ู’ู…ูŽุดู’ุฑูู‚ู ูˆูŽุงู„ู’ู…ูŽุบู’ุฑูุจู

โ€œSesungguhnya seseorang mengucapkan satu kalimah yang tidak difikirkannya, lalu dia tergelincir ke dalam neraka sejauh antara timur dan barat.โ€ (Bukhari dan Muslim) Ini menunjukkan bahawa satu perkataan sahaja boleh memberi kesan besar kepada kehidupan akhirat seseorang.

Selain itu, Rasulullah ุตูŽู„ูŽู‘ู‰ ุงุงู„ู„ู‡ ุนูŽู„ูŽูŠู’ู‡ู ูˆูŽุณูŽู„ูŽู‘ู… menjelaskan bahawa ramai manusia dimasukkan ke dalam neraka disebabkan oleh lidah mereka. Dalam satu hadis, Baginda bersabda:

ุนูŽู†ู’ ู…ูุนูŽุงุฐู ุจู’ู†ู ุฌูŽุจูŽู„ู ุฑุถูŠ ุงู„ู„ู‡ ุนู†ู‡ ู‚ูŽุงู„ูŽ: ู‚ูู„ู’ุชู ูŠูŽุง ุฑูŽุณููˆู„ูŽ ุงู„ู„ูŽู‘ู‡ูุŒ ูˆูŽุฅูู†ูŽู‘ุง ู„ูŽู…ูุคูŽุงุฎูŽุฐููˆู†ูŽ ุจูู…ูŽุง ู†ูŽุชูŽูƒูŽู„ูŽู‘ู…ู ุจูู‡ูุŸ ุซูŽูƒูู„ูŽุชู’ูƒูŽ ุฃูู…ูู‘ูƒูŽ ูŠูŽุง ู…ูุนูŽุงุฐูุŒ ูˆูŽู‡ูŽู„ู’ ูŠูŽูƒูุจูู‘ NูŽุงุณูŽ ูููŠ ุงู„ู†ูŽู‘ุงุฑู ุนูŽู„ูŽู‰ ูˆูุฌููˆู‡ูู‡ูู…ู’ (ุฃูŽูˆู’ ุนูŽู„ูŽู‰ ู…ูŽู†ูŽุงุฎูุฑูู‡ูู…ู’) ุฅูู„ูŽู‘ุง ุญูŽุตูŽุงุฆูุฏู ุฃูŽู„ู’ุณู๏ปจูŽุชูู‡ูู…ู’ุŸ

Daripada Muโ€˜az bin Jabal ุฑุถูŠ ุงู„ู„ู‡ ุนู†ู‡, beliau berkata: โ€œAku berkata: Wahai Rasulullah, adakah kita benar-benar akan dihisab (dipertanggungjawabkan) atas apa yang kita ucapkan? Baginda bersabda: Ibumu kehilanganmu wahai Muโ€˜az! (ungkapan bahasa Arab untuk menunjukkan kehairanan/penegasan) Bukankah manusia itu dihumbankan ke dalam neraka di atas wajah-wajah mereka (atau atas hidung-hidung mereka), tidak lain melainkan kerana hasil tuaian lidah-lidah mereka?โ€ (al-Tirmizi)

Bukan itu sahaja, lidah juga boleh menyebabkan seseorang menjadi muflis di akhirat. Nabi ุตูŽู„ูŽู‘ู‰ ุงุงู„ู„ู‡ ุนูŽู„ูŽูŠู’ู‡ู ูˆูŽุณูŽู„ูŽู‘ู… bersabda bahawa orang muflis ialah mereka yang datang dengan amal ibadah seperti solat, puasa dan zakat, tetapi mereka mencela, memfitnah dan menzalimi orang lain. Akhirnya pahala mereka diberikan kepada orang yang dizalimi sehingga mereka sendiri menjadi kosong.

Dalam konteks kehidupan hari ini, bahaya lidah semakin besar dengan adanya teknologi. Satu tulisan di media sosial boleh tersebar kepada jutaan manusia dalam masa yang singkat. Tanpa disedari, kita mungkin menjadi penyumbang kepada fitnah, salah faham dan perpecahan.

Oleh itu, setiap Muslim perlu mengambil beberapa langkah penting dalam menjaga lidah:

  1. Pertama, berfikir sebelum bercakap. Jangan terburu-buru mengeluarkan kata-kata, lebih-lebih lagi ketika emosi.
  2. Kedua, semak sebelum berkongsi. Pastikan sesuatu berita itu benar sebelum disebarkan.
  3. Ketiga, jauhi perdebatan yang tidak berasaskan ilmu. Perbincangan tanpa fakta hanya menambah kekeliruan.
  4. Keempat, elakkan menjatuhkan maruah orang lain. Islam melarang fitnah, umpatan dan tuduhan tanpa bukti.
  5. Kelima, biasakan lidah dengan zikir dan perkara yang bermanfaat. Lidah yang sibuk dengan kebaikan akan terpelihara daripada keburukan.

Kesimpulannya, lidah adalah amanah besar daripada Allah ุณุจุญุง ู†ู‡ ูˆุชุนุงู„ูŠ. Ia boleh menjadi sebab seseorang masuk syurga, dan juga boleh menjadi sebab seseorang dihumban ke dalam neraka. Dalam dunia yang penuh dengan suara dan kata-kata hari ini, seorang Mukmin perlu lebih berhati-hati, lebih berdisiplin dan lebih bertanggungjawab dalam setiap tutur katanya.

Semoga Allah ุณุจุญุง ู†ู‡ ูˆุชุนุงู„ูŠ memelihara lidah kita daripada keburukan, dan menjadikannya alat untuk menyampaikan kebenaran dan kebaikan.

Wallahu aโ€˜lam.

Kg Bahagia. Bangi

Berita Wadah|Berita Wadah - BM
keibubapaan

Bengkel Keibubapaan Era Digital Perkasa Ibu Bapa Hadapi Cabaran Teknologi dan Penggunaan Gajet

KUALA LUMPUR, 31 Oktober โ€“ Bengkel Keibubapaan Era Digital telah diadakan di Masjid Salahuddin Al-Ayubi, Taman Melati, bagi meningkatkan kesedaran ibu bapa terhadap cabaran mendidik anak-anak dalam persekitaran teknologi yang semakin berkembang. Program ini memberi tumpuan kepada perkembangan psikologi generasi digital, strategi pencegahan dan kawalan penggunaan gajet serta pembinaan ketahanan keluarga dalam menghadapi dunia tanpa […]

Baca Lanjut
Indonesia

Kunjung Hormat Delegasi Pendidikan dan Pesantren Indonesia ke WADAH: Rapatkan Ukhuwah Serantau, Teroka Kerjasama Pendidikan Islam Malaysia-Indonesia

BANGI, 31 Oktober 2026 โ€“ Memperkukuh jaringan ukhuwah Islamiah merentas sempadan serantau serta meneroka ruang sinergi dalam pemerkasaan institusi pendidikan Islam menjadi matlamat utama penganjuran Program Kunjung Hormat Delegasi NGO dan Institusi Pendidikan Indonesia ke Ibu Pejabat Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH) di Bangi hari ini. Pertemuan muhibah peringkat serantau ini menghimpunkan barisan kepimpinan utama […]

Baca Lanjut

Dialog Ummah 2.0: Hubungan Raja dan Rakyat Perlu Diperkukuh Berteraskan Amanah, Adat dan Perlembagaan

22 Oktober 2026 | Editor WADAH BANGI, 21 Oktober โ€“ Hubungan antara institusi diraja dengan rakyat serta kepentingan memelihara adat dan Perlembagaan dalam sistem kenegaraan Malaysia menjadi tumpuan sesi ketiga Dialog Ummah 2.0 bertajuk โ€œRaja dan Rakyat Berpisah Tiadaโ€ yang berlangsung di Bangi Resort Hotel, Bandar Baru Bangi. Perbincangan tersebut mengangkat hubungan timbal balik antara […]

Baca Lanjut

Dialog Ummah 2.0: Adab Berbeza Pendapat dan Literasi Media Penting Tangani Perpecahan Masyarakat

22 Oktober 2026 | Editor WADAH BANGI, 21 Oktober โ€“ Kepentingan mengurus perbezaan pandangan secara berhemah serta cabaran penyebaran fitnah dan kebencian melalui media sosial menjadi fokus sesi kedua Dialog Ummah 2.0 bertajuk โ€œIslam dan Adab Mengurus Perbezaan Pendapatโ€ yang berlangsung di Bangi Resort Hotel, Bandar Baru Bangi. Perbincangan ini meneliti pendekatan Islam dalam menangani […]

Baca Lanjut
Jumlah Pelawat Hari ini :
4602
Jumlah Pelawat Keseluruhan :
931280
PERSATUAN WADAH PENCERDASAN UMAT MALAYSIA
ROS : PPM-003-10-11902005
Tentang Wadah Jaringan Privasi Polisi
Klik Sini