AKTIF PROMOSI PELAN DAMAI

Kongsikan artikel ini :

Malaysia Perlu Lebih Aktif Promosi Pelan Damai

Keberanian Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim membentangkan cadangan dalam Perhimpunan Tergempar Liga Arab supaya Israel disingkirkan daripada Pertubuhan Bangsa-bangsa Besatu (PBB) amat membanggakan.

Ini membuktikan Malaysia mempunyai kredibiliti memimpin dunia Islam akan datang. Cabaran utama Malaysia memimpin dunia Islam adalah kompleks dan memerlukan pendekatan berhati-hati kerana dunia Islam merangkumi negara berbeza dari segi sejarah, budaya, ekonomi dan politik.

Namun, dengan dasar luar negara kukuh dan komitmen kepada prinsip keadilan, Malaysia berupaya berperanan penting dan menjadi teladan.

Tahun depan, Malaysia akan menjadi Pengerusi ASEAN, justeru, wadah ini menjadi platform penting sebagai proses memimpin rantau ASEAN yang pelbagai.

Berbekalkan pengalaman dan kemahiran dimiliki Malaysia di bawah pimpinan Anwar, ia akan melonjakkan imej Malaysia sebagai pemimpin negara Islam dan antarabangsa. Malaysia perlu menangani isu kepelbagaian aliran pemikiran dalam kalangan umat Islam.

Malaysia, sebagai negara Islam mengangkat Ahli Sunnah Wal Jamaah (ASWJ) perlu berhati-hati supaya tidak terjebak dalam ketegangan antara aliran dalam Islam kadang-kadang membawa kepada konflik dalam kalangan negara Islam.

Oleh itu, kejayaan menyatukan pelbagai pemikiran dan diterima semua pihak adalah sangat penting. Malaysia boleh berusaha menjadi ‘orang tengah’ mempromosikan wasatiyah menggalakkan keseimbangan antara tradisi agama dengan keperluan kemodenan.

Ini memerlukan toleransi dalam kalangan negara Islam dan pada masa sama menonjolkan prinsip Islam sejagat seperti keadilan, perdamaian serta kesederhanaan. Ia berikutan, majoriti negara Islam sering dilanda konflik politik dan ketegangan geopolitik.

Dengan segala bentuk cabaran ini, Malaysia perlu terkehadapan melaksanakan peranan konstruktif menyelesaikan konflik ini dengan tetap menghormati kedaulatan negara lain dan tanpa campur tangan dalam ketegangan politik.

Keupayaan Malaysia menjadi kuasa dapat menyelesaikan konflik atau menjadi pengantara dipercayai dalam kalangan negara Islam, boleh membawa kepada kemurnian dan keharmonian antara negara.

Malaysia turut konsisten memperjuangkan kemerdekaan dan hak asasi rakyat Palestin walaupun berdepan tekanan negara besar.

Oleh itu, Malaysia boleh berperanan memperkukuhkan diplomasi dan pendekatan kemanusiaan, membabitkan diri secara aktif dalam Pergerakan Negara Berkecuali (NAM) serta PBB untuk mempromosikan penyelesaian damai dan keadilan bagi negara Islam bergolak.

Penghubung dunia Islam dan Barat

Hakikatnya, Malaysia berpotensi menjadi penghubung antara dunia Islam dan Barat bagi mengurangkan ketegangan, menangani Islamofobia dan mempromosikan kedamaian.

Ketidaksamaan ekonomi dan sosial ini sering memberi ruang kepada radikalisasi dan keganasan, boleh merosakkan imej Islam di mata dunia.

Hari ini, Afghanistan, Pakistan dan beberapa negara Afrika Utara serta Asia Barat mengalami cabaran besar mengatasi masalah kemiskinan.

Justeru untuk memimpin isu ini, Malaysia perlu mengambil langkah berani mempengaruhi negara Islam lain bekerjasama menangani isu kemiskinan, pendidikan dan pembangunan lebih adil.

Malaysia dan negara Islam turut berhadapan cabaran memerangi ekstremisme. Berbekalkan pengalaman, Malaysia perlu memperkukuh pendidikan Islam sederhana dan menggalakkan program deradikalisasi.

Kerajaan perlu bekerjasama dengan pemegang taruh mempromosikan Islam damai dan sederhana, di samping melaksanakan program mampu mencegah pengaruh ekstremis terhadap golongan muda menular di media sosial.

Berita Wadah|Berita Wadah - BM

WADAH MENGUTUK ESKALASI SERANGAN INFRASTRUKTUR TENAGA IRAN & AMARAN KRISIS GLOBAL

WADAH MENGUTUK ESKALASI SERANGAN TERHADAP INFRASTRUKTUR TENAGA IRAN & AMARAN KRISIS GLOBAL KENYATAAN MEDIA 19 MAC 2026 Pertubuhan Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH) menyatakan kebimbangan yang amat serius terhadap perkembangan terkini di Timur Tengah susulan serangan ke atas FASILITI GAS SOUTH PARS MILIK IRAN—antara medan gas terbesar dunia—yang kini mencetuskan risiko besar kepada keselamatan tenaga global […]

Baca Lanjut
PERTEMUAN HARMONI MADANI MUSLIM-HINDU PEACEFUL COEXISTENCE

WADAH SAMBUT POSITIF USAHA PERTEMUAN HARMONI MADANI MUSLIM–HINDU : MEMPERKUKUH “PEACEFUL COEXISTENCE” DAN HIDUP BERSAMA DALAM BUDAYA DAMAI

WADAH SAMBUT POSITIF USAHA PERTEMUAN HARMONI MADANI MUSLIM–HINDU : MEMPERKUKUH “PEACEFUL COEXISTENCE” DAN HIDUP BERSAMA DALAM BUDAYA DAMAI KENYATAAN MEDIA19 Mac 2026 | Bandar Baru Bangi, Selangor WADAH menyambut baik dan menyokong sepenuhnya inisiatif pertemuan antara wakil komuniti Muslim dan Hindu yang bertujuan mencari titik damai serta meredakan ketegangan antara agama dalam negara. Usaha ini […]

Baca Lanjut
Pek ceria raya

AGIHAN PEK CERIA RAYA (PCR) UNTUK MUALAF DI IOA CENTRE

Kuala Lumpur, 15 Mac 2026 – Dalam semangat Ramadan yang mulia, WADAH Pencerdasan Umat Malaysia, dengan kerjasama Yayasan Taqwa, telah mengagihkan 55 pek Pek Ceria Raya (PCR) kepada para peserta mualaf di Islamic Outreach ABIM (IOA) Centre, Masjid Negara, Kuala Lumpur. Program ini bertujuan membantu golongan mualaf membuat persiapan menyambut Aidilfitri serta menyemai semangat kepedulian […]

Baca Lanjut
PEK CERIA RAYA

AGIHAN PEK CERIA RAYA (PCR) SANTUNI KOMUNITI OKU DI PPR LEMBAH SUBANG 2

Petaling Jaya, 15 Mac – Dalam semangat Ramadan yang penuh keberkatan, program Agihan Pek Ceria Raya (PCR) telah dilaksanakan di PPR Lembah Subang 2, Petaling Jaya, melibatkan pengagihan sebanyak 60 pek sumbangan kepada golongan Orang Kurang Upaya (OKU) dalam komuniti setempat. Program ini bertujuan membantu meringankan beban golongan yang memerlukan, khususnya dalam membuat persiapan menyambut […]

Baca Lanjut
Jumlah Pelawat Hari ini :
4325
Jumlah Pelawat Keseluruhan :
390413
Klik Sini