TIMBALAN PRESIDEN WADAH TAMPIL DALAM FORUM BICARA MADANIYYAT: ISLAM AGAMA RAHMAH MENDEKATI MASYARAKAT
Kuala Lumpur – Pada 20 Februari 2025 telah diadakan Forum Bicara Madaniyyat bertajuk “Islam Agama Rahmah” di Masjid Abu Hurairah, Kuala Lumpur. Forum ini dianjurkan oleh Duat Al-Falah Malaysia dengan kerjasama Masjid Abu Hurairah, bertujuan memberi penerangan tentang maksud sebenar Islam sebagai agama rahmah serta peranan masyarakat dalam mengaplikasikannya dalam kehidupan seharian bagi menjaga keharmonian dan kesejahteraan negara.
Forum ini menampilkan Ustaz Hasri Harun, Timbalan Presiden Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH), sebagai salah seorang panelis yang mengupas tentang watak-watak dan sifat Rasulullah SAW dalam menampilkan wajah Islam yang rahmah dan kasih sayang kepada semua umat, termasuk bukan Islam. Menurut beliau, “Watak yang keras dan melampau adalah tidak sesuai dilakukan dalam mengangkat imej agama yang bersifat sejahtera dan berkasih sayang sesama masyarakat. Oleh itu, kita perlu bersikap dengan akhlak Rasulullah demi menampilkan Islam sebagai agama rahmah.”
Selain Ustaz Hasri Harun, forum ini turut menampilkan Ustaz Zulkifli Awang dari Sekretariat Duat Al-Falah sebagai panelis, manakala majlis dikendalikan oleh moderator Daie Muda YADIM (DMY) Fateh. Forum ini berjaya menarik kehadiran ramai terdiri daripada ahli jemaah masjid, golongan belia, dan juga warga emas yang ingin mendalami kefahaman tentang konsep Islam sebagai agama rahmah.
Para peserta forum turut diberikan peluang untuk bertanya soalan dan mendapatkan penjelasan secara langsung daripada panelis mengenai bagaimana konsep rahmah boleh diamalkan dalam kehidupan seharian, termasuk dalam aspek kekeluargaan, sosial, dan pentadbiran negara. Beberapa peserta meluahkan rasa syukur kerana dapat menghadiri majlis ilmu yang memberikan perspektif lebih luas mengenai ajaran Islam yang sebenar.
Sempena menjelang bulan Ramadan yang dinanti, forum ini menjadi platform penting dalam menyebarkan kefahaman Islam yang sebenar kepada masyarakat. Diharapkan program seperti ini dapat diteruskan pada masa akan datang untuk terus memperkukuh nilai-nilai Islam yang membawa kesejahteraan kepada semua. Kejayaan penganjuran program ini menunjukkan komitmen tinggi Duat Al-Falah Malaysia dan Masjid Abu Hurairah dalam menyebarkan dakwah secara harmoni dan inklusif.
Kuala Lumpur, 16 Mei 2026 – Barisan petugas dan warga kerja Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH) telah menghadiri perhimpunan perdana Multaqa Petugas Jamaah yang berlangsung dengan penuh ukhuwwah baru-baru ini. Program berskala besar ini merupakan inisiatif utama anjuran Yayasan Kebajikan Petugas Jamaah (YKPJ) yang bermatlamat untuk menyatukan saf penggerak, memperkukuh solidariti, serta menghargai sumbangan jasa […]
SHAH ALAM, 14 Mei 2026 – WADAH Negeri Selangor terus mengorak langkah proaktif dalam memartabatkan ekonomi ummah melalui keterlibatan aktif dalam ekosistem halal negeri. Satu mesyuarat penyelarasan strategik telah diadakan hari ini melibatkan WADAH Selangor dan Bahagian Pembangunan Halal (BPH) JAIS bertempat di Bangunan MAIS, Shah Alam. Mesyuarat yang berlangsung di Tingkat 5 tersebut bertujuan […]
KAJANG, 14 Mei 2026 – Kompleks Dakwah dan Tarbiah WADAH Pusat, Anjung Rahmat, terus konsisten menjadi nadi penyebaran ilmu melalui penganjuran Usrah Terbuka Anjung Rahmat (UAR). Program yang dijalankan secara hibrid ini bertujuan memberikan pengisian rohani dan intelektual kepada masyarakat melalui kupasan kitab-kitab muktabar oleh barisan asatizah berpengalaman. Sesi yang berlangsung malam tadi menyaksikan tumpuan […]
BANGI, 12 Mei 2026 – Setiausaha Agung Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH), Tuan Haji Azizuddin Ahmad, menggariskan keperluan untuk membawa WADAH ke tahap seterusnya melalui pengukuhan budaya kerja, pencapaian Petunjuk Prestasi Utama (KPI), perluasan keahlian serta peningkatan visibiliti organisasi dalam masyarakat. Dalam ucapannya, beliau menyatakan bahawa setiap warga gerakan perlu memahami sasaran kerja masing-masing dengan […]