FORUM MADANI TEGASKAN KEPELBAGAIAN SEBAGAI KEKUATAN

Kongsikan artikel ini :

Forum Madani Menampilkan Tokoh Serantau Membincangkan Kepelbagaian sebagai kekuatan, Dialog Antara Agama Dan Fiqh Ta‘ayush Sebagai Asas Membina Keamanan Serta Budaya Damai Di Rantau Ini

Seberang Perai, 29 November 2025 – Forum Madani tegaskan kepelbagaian sebagai kekuatan, menonjolkan dialog serantau, fiqh ta‘ayush dan pendekatan inklusif untuk membina budaya damai dan keharmonian masyarakat. Lebih 600 orang muktamirin dan muktamirat berhimpun di Dewan Wisma Al-Ansar, Masjid Al-Muhajirin, Seberang Perai bagi menghadiri Forum Madani dan Keamanan Global: Harmoni dalam Kepelbagaian yang menghimpunkan tokoh akademik dan pemimpin serantau dari Malaysia, Thailand, Filipina dan Cambodia. Forum ini menegaskan bahawa kepelbagaian adalah kekuatan yang mampu memperkukuh keharmonian, memupuk toleransi antara agama, dan membina masyarakat majmuk yang stabil serta inklusif.

Forum yang dikendalikan oleh Prof. Madya Dr. Ahmad El-Muhammady ini memberi fokus kepada perbahasan isu polarisasi dan geopolitik global, di samping menggali pendekatan fiqh ta‘ayush dalam usaha membina model budaya damai yang sesuai dengan realiti masyarakat majmuk Malaysia.

Forum dimulakan dengan kupasan YB Senator Prof. Emeritus Dato’ Dr. Mohammad Redzuan Othman yang menekankan bahawa kepelbagaian perlu dilihat sebagai sumber kekuatan, bukan punca perpecahan. Menurut beliau, banyak konflik hari ini muncul daripada perebutan wilayah, salah faham budaya dan kelemahan tatakelola.

Mengimbas sejarah rantau Melayu, beliau menjelaskan bahawa Islam berkembang secara damai, disokong oleh rekod seorang pengembara Venice, Marco Polo, yang menggambarkan masyarakat Perlak pada zamannya sebagai bertamadun, bersih dan beragama Islam. Beliau turut menekankan bahawa gagasan Madani memberi kerangka tatakelola baharu yang menuntut umat Islam menampilkan akhlak terpuji, sekali gus dihormati oleh masyarakat global. Beliau menuntaskan bahawa solusi terhadap setiap peperangan, akhirnya adalah perdamaian juga, sebagaimana diiktibarkan melalui konflik besar seperti perang Iran–Iraq. Justeru, tegas beliau, kepelbagaian bukan ancaman, tetapi asas kekuatan yang harus dijadikan asas keharmonian.

Seiring dengan itu, Prof. Dr. Pakorn Priyakorn turut menjelaskan komitmen Islam terhadap harmony in diversity, dengan menegaskan bahawa agama ini menekankan prinsip keadilan, kesamarataan dan belas ihsan kepada semua manusia tanpa mengira latar perbezaan. Prinsip ini mendorong umat Islam untuk mengamalkan akhlak mulia dalam interaksi dengan semua lapisan masyarakat, sekali gus mencerminkan nilai sejagat yang menjadi asas ajaran Islam. Beliau menambah bahawa pengiktirafan terhadap keunikan dan sumbangan pelbagai kelompok dalam masyarakat akan memupuk budaya saling memahami dan bekerjasama, seterusnya memperkukuh keharmonian nasional. Dalam konteks ini, beliau mengingatkan bahawa Khutbah Wida‘ Nabi Muhammad ﷺ ialah peringatan abadi mengenai kepentingan kesamarataan dan keadilan, selaras dengan prinsip al-Quran bahawa kepelbagaian merupakan tanda kebijaksanaan Allah serta unsur keunikan dalam masyarakat.

Perbincangan kemudian diperkaya oleh pembentangan Secretary Sheikh Dr. Sabuddin N. Abdurahim dari Filipina, yang membawa konsep “unity without uniformity” sebagai asas pembentukan masyarakat majmuk yang harmoni. Beliau menerangkan bagaimana identiti budaya diperkukuh melalui pengkisahan fasa kesusahan dan pergelutan negara serta mengangkat wira-wira negara sebagai tokoh negara melalui peranan The NCCA (National Commission for Culture and the Arts) dan The NHCP (National Historical Commission of the Philippines). Dalam menghadapi cabaran global seperti polarisasi dan perpecahan budaya, Beliau menutup ucapannya dengan ungkapan: “Global Peace and Stability are not achieved by simplifying humanity, but by mastering the complexity of our differences.

Forum turut diperkaya dengan pembentangan H.E. Neak Oknha Datuk Dr. Othsman Hassan dari Kemboja, yang membawa peserta menelusuri sejarah Champa serta penderitaan masyarakat Cham dalam era konflik. Beliau mengingatkan tentang diskriminasi berat termasuk cukai yang lebih tinggi, penghantaran ke medan perang dan jumlah korban yang besar di bawah rejim Democratic Kampuchea. Namun, selepas 1979, kerajaan Kemboja memperkenalkan dasar inklusif yang membolehkan masyarakat Muslim berkhidmat dalam kerajaan, mengiktiraf kebebasan beragama, membenarkan pemakaian hijab, menyediakan ruang solat dan mewujudkan institusi Mufti. Beliau turut menyentuh penganjuran Sidang Kemuncak Islam dan Buddha 2025 sebagai usaha besar negara itu memupuk keharmonian antara agama.

Secara keseluruhannya, forum ini berjaya menghimpunkan pengalaman serantau yang menunjukkan bahawa keamanan global tidak dapat dicapai tanpa dialog, sikap saling menghormati dan tatakelola inklusif. Melalui gagasan Madani, pendekatan fiqh ta‘ayush dan perkongsian antara negara, para panelis sebulat suara bahawa kepelbagaian ialah asas penting untuk membina masa depan yang lebih harmoni dan aman. Forum ini bukan sahaja memperkayakan wacana, tetapi turut menyemarakkan harapan untuk membentuk model budaya damai yang boleh dijadikan rujukan kepada rantau dan dunia.

Berita Muktamar|Berita Wadah|Berita Wadah - BM

Merajut Istiqamah dan Thiqah: WADAH Gariskan Syarat Kemenangan Umat Mendepani Krisis Global

KUALA LUMPUR, 17 Ogos 2026 – Dalam menghadapi landskap sosioekonomi dan politik dunia yang sarat dengan ketidaktentuan, gerakan Islam diingatkan agar sentiasa memelihara dua teras utama perjuangan iaitu keteguhan istiqamah serta kepatuhan thiqah (kepercayaan) kepada pimpinan yang berpasak pada Tauhid. Amanat tersebut ditegaskan oleh Presiden Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH), YBhg. Dato’ Ahmad Azam Ab […]

Baca Lanjut
bengkel level up

Memartabat Karamah Insani: Bengkel Level Up: Misi Belajar SMART Pupuk Potensi dan Sistem Pembelajaran Anak Komuniti Bandar

KUALA LUMPUR, 17 Ogos 2026 – Dalam usaha membebaskan golongan asnaf dan keluarga berpendapatan rendah daripada belenggu kemiskinan multidimensi menerusi wahana pendidikan, Projek Tunas Nahdah di bawah inisiatif Merakyat Malaysia MADANI telah menganjurkan program “Bengkel Level Up: Misi Belajar SMART”. Program yang berlangsung pada hari Ahad, 16 Ogos 2026 itu telah diadakan bertempat di Dewan […]

Baca Lanjut
tamrin nahdhah

Tamrin Nahdhah Siasah WAP Kelantan 2026: Perkukuh Idealisme, Fikrah Siasah dan Kesiapsiagaan Strategik Gerakan

TANJUNG MAS, KOTA BHARU, 17 Ogos 2026 – Dalam usaha menyusun semula kekuatan saf kepimpinan dan mempertajam hala tuju perjuangan dakwah sivil di peringkat negeri, seramai 111 orang aktivis dan barisan pimpinan gabungan Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH), SALWA, Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), serta Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) Kelantan telah berhimpun menjayakan […]

Baca Lanjut
10 Tuntutan RCI Tabung Haji

Serah Memorandum 10 Tuntutan RCI Tabung Haji: WADAH dan Gabungan NGO Desak Tindakan Undang-Undang Tegas Tanpa Pilih Kasih

KUALA LUMPUR, 7 Ogos 2026 – Gabungan pertubuhan masyarakat sivil yang dipimpin oleh Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH), dengan kerjasama Himpunan Gerakan Islam Malaysia (HIKAM) dan Sekretariat DAIE Madani, hari ini secara rasminya telah menyerahkan satu Memorandum Keprihatinan NGO berhubung Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) Lembaga Tabung Haji (TH). Inisiatif penyerahan memorandum ini dilaksanakan sebagai […]

Baca Lanjut
Jumlah Pelawat Hari ini :
1591
Jumlah Pelawat Keseluruhan :
721586
Klik Sini