Pemergian Prof. Emeritus Datuk Dr. Ahmat Adam

Kongsikan artikel ini :

WADAH Rakam Ucapan Takziah atas Pemergian Prof. Emeritus Datuk Dr. Ahmat Adam

3 NOVEMBER 2025, KUALA LUMPUR, — Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH) merakamkan ucapan takziah dan rasa dukacita yang mendalam atas pemergian Prof. Emeritus Datuk Dr. Ahmat Adam, seorang tokoh ilmuwan, sarjana dan intelektual negara yang sangat dihormati, serta merupakan pengasas dan ahli Profesor Melayu G70. Pemergian Allahyarham petang tadi disifatkan sebagai satu kehilangan besar kepada dunia keilmuan, sejarah dan pemikiran Melayu-Islam tanah air.

Dalam kenyataannya, WADAH menyifatkan Allahyarham sebagai sarjana unggul yang sepanjang hayatnya berjuang memperkukuh disiplin ilmu sejarah, membangunkan jati diri bangsa serta menegakkan integriti akademik tanpa kompromi.

Sumbangan Prof. Emeritus Datuk Dr. Ahmat Adam

“Allahyarham Prof. Ahmat Adam merupakan sosok intelektual yang tegas, jujur dan istiqamah dalam memperjuangkan kebenaran ilmu. Sumbangan beliau dalam memperkaya khazanah sejarah negara sangat besar dan menjadi legasi yang akan terus dikenang,”

Allahyarham bukan sahaja seorang sejarawan prolifik, malah seorang pendidik yang banyak mencorakkan pemikiran generasi ilmuwan muda melalui karya, syarahan dan kritikan ilmiah yang bernas. Sebagai salah seorang pengasas Profesor Melayu G70, Allahyarham telah memainkan peranan penting dalam menegakkan suara akademia Melayu dan memperjuangkan isu-isu keilmuan serta integriti ilmu dalam masyarakat.

Allahyarham menghasilkan lebih 16 buah buku ilmiah sejak era 1970-an yang mencakupi sejarah Malaysia dan Indonesia. Antara karya penting beliau termasuk Tawarikh Hikayat Melayu, The New and Correct Date of the Terengganu Inscription, Hikayat Hang Tuha, Hikayat Raja Pasai dan pelbagai penulisan lain yang menjadi rujukan dalam dunia kesarjanaan.

Ucapan Takziah Perdana Menteri

Perdana Menteri Dato’ Seri Anwar Ibrahim turut menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham. Menurut beliau, negara kehilangan seorang sarjana besar yang sepanjang hayatnya “menegakkan keteguhan ilmu dan memperkasa jati diri bangsa melalui sejarah.”

Perdana Menteri turut mendoakan agar keluarga Allahyarham diberi ketabahan dan semoga roh beliau ditempatkan dalam kalangan orang beriman dan beramal soleh.

Penutup

WADAH mengakhiri kenyataan dengan mendoakan agar roh Allahyarham Prof. Emeritus Datuk Dr. Ahmat Adam dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan hamba-Nya yang soleh.

“Semoga legasi ilmu yang ditinggalkan Allahyarham menjadi amal jariah yang berkekalan, dan semoga perjuangan beliau dalam memartabatkan sejarah dan pemikiran bangsa terus disambung oleh generasi mendatang,” jelas WADAH.

Berita Wadah|Berita Wadah - BM
bowling komuniti

ERATKAN UKHWWAH KOMUNITI : EMPAT PETUGAS WADAH SAHUT CABARAN PERTANDINGAN BOWLING AYG 2026

BANGI, 23 Mei 2026 – Dalam usaha memperkukuh jaringan strategik bersama pertubuhan belia serta menyuburkan budaya gaya hidup sihat, empat orang petugas daripada Sekretariat WADAH Pusat telah tampil menyahut cabaran dalam Pertandingan Bowling Komuniti AYG 2026. Pertandingan yang berlangsung meriah itu telah diadakan bertempat di Ampang Superbowl, Tingkat 3, Bangi Gateway, semalam. WADAH kali ini […]

Baca Lanjut

PUSAT INFAQ WADAH SANTUNI PELAJAR KOLEJ DAR AL-HIKMAH

Kajang, 22 Mei – Program Jamuan Kasih Pelajar al-Hikmah telah berlangsung di Kolej Dar Al-Hikmah, Kajang, menghimpunkan para pelajar dalam suasana penuh ukhuwah, kesyukuran dan kebersamaan. Program ini turut dihadiri oleh petugas Sekretariat WADAH Pusat, yang bersama-sama menyantuni para pelajar serta menzahirkan sokongan terhadap usaha membina ekosistem pendidikan yang berteraskan kasih sayang, adab dan kepedulian. […]

Baca Lanjut
selat hormuz

KRISIS SELAT HORMUZ & KEDAULATAN DIGITAL : PRESIDEN WADAH GESA KPM RANGKA KURIKULUM ‘TEKNOLOGI MANDIRI’ BERASASKAN AI

PUTRAJAYA, 22 Mei 2026 – Di sebalik kehangatan pergolakan geopolitik di Selat Hormuz yang sedang menghimpit ekonomi dunia, pasak pertahanan dan masa depan sesebuah negara kini tidak lagi sekadar bergantung kepada kekuatan ketenteraan, sebaliknya ditentukan oleh kedaulatan digital dan penguasaan teknologi. Menyedari hakikat ini, Presiden Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH), Dato’ Ahmad Azam Abdul Rahman, […]

Baca Lanjut
YANG DI-PERTUAN AGONG

YANG DI-PERTUAN AGONG KURNIA WATIKAH PELANTIKAN AHLI MAIWP KEPADA PRESIDEN WADAH

KUALA LUMPUR, 20 Mei 2026 – Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan menerima mengadap serta mengurniakan surat cara pelantikan kepada 22 Ahli Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) bagi sesi 2026–2028. Istiadat rasmi yang penuh gilang-gemilang itu telah berlangsung di Dewan Seri Bendahara, Istana Negara pada 18 […]

Baca Lanjut
Jumlah Pelawat Hari ini :
744
Jumlah Pelawat Keseluruhan :
536143
Klik Sini