WADAH SOKONG TEGAS KENYATAAN PERDANA MENTERI DI DOHA – KUTUK SERANGAN ISRAEL, DESAK TINDAKAN TEGAS DUNIA ISLAM DAN GLOBAL
KENYATAAN MEDIA 16 SEPTEMBER 2025
Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH) menyatakan sokongan penuh terhadap kenyataan rasmi YAB Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Seri Anwar Ibrahim, di Sidang Kemuncak Kecemasan Arab-Islam yang berlangsung di Doha hari ini.
Dalam ucapannya di Doha, Perdana Menteri dengan tegas mengutuk serangan udara Israel ke atas Doha – tindakan yang beliau sifatkan sebagai “barbarik, tidak berperikemanusiaan dan pencabulan kedaulatan negara berdaulat”. WADAH berpandangan, serangan ini bukan sahaja ancaman kepada Qatar, bahkan serangan kepada seluruh umat dan prinsip keamanan antarabangsa.
Kerjasama Dunia
WADAH menegaskan dunia Islam mesti bertindak dengan langkah berikut:
Memutuskan hubungan diplomatik dengan Israel secara kolektif.
Menghentikan segala bentuk perdagangan dan kerjasama dengan rejim Zionis.
Menyokong misi kemanusiaan, khususnya Global Sumud Flotilla yang turut disertai oleh jaringan WADAH melalui Global Peace Mission (GPM).
Menggunakan tekanan politik dan ekonomi untuk mendesak pengiktirafan negara Palestin yang merdeka dan berdaulat.
Menggerakkan kuasa kolektif negara Arab-Islam untuk memutuskan dagangan dengan Israel serta menghentikan import senjata dari Amerika Syarikat dan Barat.
Menyegerakan penempatan pasukan tentera pendamai antarabangsa ke Gaza atas nama kemanusiaan demi menghentikan pertumpahan darah.
Solidariti terhadap Palestine adalah merentas negara, bangsa dan agama. Ia adalah isu kemanusiaan dan keamanan sejagat.
Sempena Hari Malaysia 16 September, WADAH mengucapkan Selamat Hari Malaysia kepada seluruh rakyat. Marilah kita bersatu hati mempertahankan kedaulatan negara serta bersolidariti bersama YAB Perdana Menteri dalam perjuangan keamanan Asia Barat dan Palestin.
17 November 2026 | Editor WADAH SUNGAI GABAI, 17 November – Seramai 20 orang kanak-kanak masyarakat Orang Asli Sungai Gabai telah menyertai program komuniti yang dikendalikan oleh empat peserta Daie Muda YADIM (DMY) yang kini menjalani latihan industri di Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH). Program ini memberi tumpuan kepada aktiviti interaktif dan santai bersama kanak-kanak […]
KUALA LUMPUR, 31 Oktober – Bengkel Keibubapaan Era Digital telah diadakan di Masjid Salahuddin Al-Ayubi, Taman Melati, bagi meningkatkan kesedaran ibu bapa terhadap cabaran mendidik anak-anak dalam persekitaran teknologi yang semakin berkembang. Program ini memberi tumpuan kepada perkembangan psikologi generasi digital, strategi pencegahan dan kawalan penggunaan gajet serta pembinaan ketahanan keluarga dalam menghadapi dunia tanpa […]
BANGI, 31 Oktober 2026 – Memperkukuh jaringan ukhuwah Islamiah merentas sempadan serantau serta meneroka ruang sinergi dalam pemerkasaan institusi pendidikan Islam menjadi matlamat utama penganjuran Program Kunjung Hormat Delegasi NGO dan Institusi Pendidikan Indonesia ke Ibu Pejabat Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH) di Bangi hari ini. Pertemuan muhibah peringkat serantau ini menghimpunkan barisan kepimpinan utama […]
22 Oktober 2026 | Editor WADAH BANGI, 21 Oktober – Hubungan antara institusi diraja dengan rakyat serta kepentingan memelihara adat dan Perlembagaan dalam sistem kenegaraan Malaysia menjadi tumpuan sesi ketiga Dialog Ummah 2.0 bertajuk “Raja dan Rakyat Berpisah Tiada” yang berlangsung di Bangi Resort Hotel, Bandar Baru Bangi. Perbincangan tersebut mengangkat hubungan timbal balik antara […]