Merdeka Bukan Sekadar Pesta, Tetapi Pembebasan Jiwa

Kongsikan artikel ini :

Penekanan Kepentingan Membina Jiwa Merdeka dalam Seminar Fikrah Madani Sabah

Kota Kinabalu, 9 September 2025 — Presiden Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH), Dato’ Haji Ahmad Azam Ab Rahman menegaskan bahawa kemerdekaan sebenar tidak hanya terbatas kepada pembebasan daripada penjajah, tetapi mesti disertai dengan pembebasan minda, spiritual, serta keberanian menolak budaya takut dan penindasan.

Beliau menyampaikan syarahan utama bertajuk Membina Jiwa Merdeka” sempena Seminar Fikrah Madani: Pemikiran Siddiq Fadzil Peringkat Negeri Sabah yang berlangsung di Dewan Sa’adah, Wisma MUIS, Kota Kinabalu. Seminar ini menghimpunkan para intelektual, pimpinan NGO serta masyarakat umum untuk mendalami pemikiran Almarhum Ustaz Siddiq Fadzil, tokoh dakwah dan intelektual Islam terkemuka.

Sumbangan Besar Jiwa Merdeka

Dalam syarahannya, presiden menekankan tiga sumbangan besar pemikiran Ustaz Siddiq Fadzil yang relevan dalam membina jiwa merdeka:

  1. Era 1970-an – Kebangkitan Islam dan Harakah Islamiyah
    Ustaz Siddiq Fadzil menanam idealisme merdeka dalam kalangan belia dengan visi mengangkat kembali Islam sebagai kekuatan peradaban dunia. Beliau menegaskan bahawa kemerdekaan hakiki ialah membebaskan manusia daripada perhambaan sesama manusia untuk tunduk hanya kepada Allah SWT.
  2. Era 1980-an – Menangani Ekstremisme dengan Pendekatan Wasatiyyah
    Menghadapi gelombang takfiri dan ekstremisme, beliau memperkenalkan pendekatan wasatiyyah Islam, iaitu keseimbangan dan hikmah dalam memahami syariat agar umat Islam tidak terjebak dengan pemikiran sempit yang memecahbelahkan masyarakat.
  3. Era 1990-an dan seterusnya – Membina Negara Bangsa Madani
    Sebagai Presiden WADAH pertama, Ustaz Siddiq Fadzil memperjuangkan konsep kepelbagaian dalam bingkai kesatuan sebagai asas kepada Malaysia Madani, menekankan karamah insaniah, keadilan dan hidup bersama dalam damai.

Perlu diiingatkan bahawa membina jiwa merdeka bukan sekadar pesta kemerdekaan atau pengisian material, tetapi menuntut keberanian berfikir kritis, pembebasan pendidikan, dan penolakan terhadap budaya materialisme, politik perkauman, serta pengaruh media sosial yang memanipulasi kebenaran.

Merdeka sebenar adalah deklarasi syahadah: La Ilaha Illallah Muhammadur Rasulullah. Ia membebaskan umat daripada segala bentuk penjajahan fizikal, mental dan spiritual, sekaligus memartabatkan manusia sebagai hamba Allah dan khalifah di muka bumi,” tegas beliau.

Beliau turut menekankan peranan pendidikan liberatif berteraskan nilai dan kemanusiaan, sebagaimana ditegaskan oleh tokoh pendidikan Paulo Freire, untuk melahirkan insan merdeka yang mampu menggugat budaya penindasan.

Mengakhiri syarahan, Presiden WADAH menzahirkan kebimbangan sekiranya masyarakat gagal memahami makna kemerdekaan yang sebenar, maka kemerdekaan akan hanya tinggal slogan kosong.

Seminar ini menegaskan bahawa gagasan pemikiran Siddiq Fadzil terus relevan dalam membimbing umat Islam membina jiwa merdeka, menolak budaya takut dan menegakkan nilai keadilan demi masa depan Malaysia Madani.

Rakaman syarahan presiden boleh ditonton di paparan tertera.

Uncategorized
Ijtimak harakiy kedah

Seminar Antarabangsa Geopolitik dan Perubahan Global Sempena Ijtimak Harakiy WAP Kedah: Kupas Tatanan Dunia Baharu Serta Cabaran Keselamatan Watan

JITRA, 14 September 2026 – Memahami peralihan paksi kuasa dunia serta mengantisipasi ancaman anasir luar terhadap fabrik perpaduan nasional menuntut daya fikir yang tajam, matang, dan berteraskan kefahaman strategik dalam kalangan aktivis masyarakat sivil dan gerakan Islam. Menyedari peri pentingnya wacana keilmuan ini, satu persidangan berprestij iaitu Seminar Antarabangsa Geopolitik dan Perubahan Global telah berjaya […]

Baca Lanjut
negeri sembilan

Ijtimak Harakiy WAP dan MUKRI Negeri Sembilan 2026: Rapatkan Saf Harakah, Hayati Ucaptama Kepimpinan Serta Kupas Forum Keibubapaan

SEREMBAN, 23 Ogos 2026 – Memperkukuh saf perjuangan gerakan Islam, menyelaraskan persefahaman fikrah merentas generasi, serta memperkasakan institusi kekeluargaan menjadi intipati teras dalam penganjuran Ijtimak Harakiy Wadah, ABIM, dan Pelajar (WAP) Negeri Sembilan serta Muktamar Negeri (MUKRI) 2026. Perhimpunan tahunan yang penuh bersemangat ini telah berlangsung dengan jayanya bertempat di Dewan Sri Seremban semalam. Program […]

Baca Lanjut
presiden wadah

PRESIDEN WADAH RASMI IJTIMAK HARAKIY WADAH-ABIM-PKPIM PULAU PINANG 2026

BAYAN LEPAS, 14 September 2026 – Memahami gelombang perubahan geopolitik antarabangsa serta kesannya terhadap kedaulatan watan menuntut daya fikir yang kritis, matang, dan berpandangan jauh dalam kalangan aktivis gerakan Islam. Kesedaran ini dizahirkan menerusi penganjuran Ijtimak Harakiy WADAH-ABIM-PEMBIMBING (WAP) Pulau Pinang 2026 yang berlangsung dengan penuh iltizam bertempat di Dewan Al-Fateh, Kompleks Pendidikan Uthmaniah, Bayan […]

Baca Lanjut
profesor adjung

Martabat Budaya Ilmu dan Pembangunan Masyarakat: Presiden WADAH Dato’ Ahmad Azam Dilantik Profesor Adjung Institut Pemikiran dan Kepimpinan Siddiq Fadzil UNISEL

BESTARI JAYA, 10 September 2026 – Dunia keilmuan akademik dan gerakan dakwah masyarakat sivil melakar detik bersejarah apabila Presiden Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH), YBhg. Dato’ Ahmad Azam Ab Rahman, secara rasminya menerima watikah pelantikan sebagai Profesor Adjung di Institut Pemikiran dan Kepimpinan Siddiq Fadzil (IPKSF), Universiti Selangor (UNISEL). Pelantikan berprestij tersebut disempurnakan bersempena Majlis […]

Baca Lanjut
Jumlah Pelawat Hari ini :
516
Jumlah Pelawat Keseluruhan :
776406
PERSATUAN WADAH PENCERDASAN UMAT MALAYSIA
ROS : PPM-003-10-11902005
Tentang Wadah Jaringan Privasi Polisi
Klik Sini