WADAH SOKONG IKHTIAR EKONOMI MADANI

Kongsikan artikel ini :

MENYOKONG IKHTIAR EKONOMI MADANI UNTUK RAKYAT: SATU LANGKAH MENSEJAHTERAKAN UMMAH

Kenyataan Media 23 Julai 2025

Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH) menyatakan sokongan penuh terhadap pengumuman YAB Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim, dalam ucapan bertajuk Penghargaan Untuk Rakyat Malaysia pada 23 Julai 2025. Ucapan ini bukan sekadar menyampaikan pencapaian ekonomi yang membanggakan, malah turut memaparkan iltizam Kerajaan untuk menegakkan prinsip keadilan sosial, menjamin kesejahteraan rakyat dan mengangkat martabat golongan rentan – selari dengan semangat Islam yang mengutamakan maqasid syariah serta nilai-nilai MADANI.

WADAH menyambut baik pencapaian ekonomi negara yang kian meyakinkan termasuk pertumbuhan KDNK, pengukuhan ringgit, peningkatan pelaburan dan pengiktirafan antarabangsa terhadap kedudukan daya saing negara. Namun yang lebih penting, segala manfaat ini telah diterjemah secara nyata kepada rakyat melalui pelbagai inisiatif seperti peningkatan kadar gaji minimum kepada RM1,700, peluasan peluang pekerjaan, serta langkah memperkasakan GLC dan GLIC dalam memastikan gaji kehidupan wajar dilaksanakan. Usaha menoktahkan kemiskinan tegar yang dijelmakan menerusi pelancaran Sejahtera MADANI turut menunjukkan kesungguhan Kerajaan dalam membela golongan yang paling terkesan.

WADAH melihat semua langkah ini sebagai cerminan kepada nilai-nilai Islam dalam pentadbiran—di mana keadilan (al-‘adl), belas ihsan (rahmah) dan tanggungjawab sosial (mas’uliyyah) menjadi tunjang. Firman Allah SWT:

Dan Kami hendak berihsan dengan memberikan pertolongan kepada kaum yang tertindas di negeri itu, dan hendak menjadikan mereka pemimpin-pemimpin, serta hendak menjadikan mereka orang-orang yang mewarisi..” (Surah al-Qasas: 5).

Dalam konteks ini, kerajaan telah menunjukkan keazaman untuk menjadikan rakyat sebagai pewaris pembangunan negara.

Pelbagai bentuk bantuan langsung turut diperluas termasuk Sumbangan Tunai Rahmah (STR), Sumbangan Asas Rahmah (SARA), bantuan kebajikan kepada warga emas dan kanak-kanak keluarga miskin, serta insentif kepada pesawah dan pekebun kecil. Langkah kerajaan melancarkan Sekolah Angkat MADANI, Kampung Angkat MADANI dan Sejati MADANI menunjukkan pendekatan holistik dalam membina kesejahteraan dari akar umbi—dengan menanam benih ekonomi komuniti serta memacu pendidikan anak bangsa dengan kerjasama sektor korporat.

WADAH turut menyambut baik pengumuman bantuan tunai RM100 secara one-off kepada semua warganegara dewasa bersempena Hari Kebangsaan, yang bakal memberi manfaat kepada 22 juta rakyat. Langkah ini bersifat inklusif, adil dan menzahirkan penghargaan kepada rakyat yang terus bersama Kerajaan dalam proses reformasi. Tambahan cuti umum sempena Hari Malaysia, peluasan Jualan Rahmah MADANI, penangguhan kenaikan tol, serta penstrukturan subsidi RON95 yang bakal menurunkan harga petrol kepada RM1.99 seliter juga jelas menunjukkan keutamaan rakyat didahulukan.

Dalam suasana negara yang sedang memperkukuh asas kemakmuran dan kesejahteraan bersama, WADAH menyeru seluruh rakyat agar menolak sebarang usaha atau ajakan negatif daripada pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab, yang cuba mengadu domba, memecah-belahkan masyarakat dan mengganggu usaha pembaharuan negara. Ketika kita berusaha membina masa depan yang lebih baik, perpaduan dan kesatuan ummah adalah kunci kejayaan bersama.

WADAH menaruh harapan besar agar Belanjawan MADANI Keempat yang akan dibentangkan pada Oktober 2025 nanti terus menzahirkan semangat ta’awun (tolong-menolong), istiqamah dalam reformasi, serta iltizam membina negara yang adil dan sejahtera—berpaksikan syariat Islam dan nilai kemanusiaan sejagat.

Akhir kalam, WADAH menyeru seluruh warga Malaysia agar terus mendukung usaha reformasi ekonomi dan sosial yang dirangka di bawah kerangka MADANI. Sesungguhnya, dalam keprihatinan yang dipamerkan ini terdapat roh maqasid syariah – demi menjaga agama, nyawa, akal, keturunan dan harta seluruh rakyat Malaysia. Firman Allah SWT:

Sesungguhnya Allah menyuruh berlaku adil, dan berbuat kebaikan, serta memberi bantuan kepada kaum kerabat; dan melarang daripada melakukan perbuatan-perbuatan yang keji dan mungkar serta kezaliman. Ia mengajar kamu (dengan suruhan dan laranganNya ini), supaya kamu mengambil peringatan mematuhiNya..” (Surah al-Nahl,16: 90)

“MENGANGKAT MARTABAT UMAT”

Azizuddin Ahmad,
Setiausaha Agung,
Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH)

Kenyataan Media|Kenyataan Media - BM
kunjungan hormat

WADAH Terima Kunjungan Hormat Bupati Sambas: Perkasa Jalinan Serantau Bersama Aktivis DDII

KAJANG, 30 April 2026 – Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH) hari ini menerima kunjungan silaturahim daripada delegasi Kabupaten Sambas, Kalimantan Barat, Indonesia, yang diketuai oleh Bupatinya, H. Satono, S.Sos.I, MH. Pertemuan yang berlangsung di Bilik Mesyuarat Anjung Rahmat (AR) ini bertujuan untuk memperkukuh hubungan kerjasama dan bertukar pandangan mengenai gerak kerja dakwah serta pembangunan komuniti […]

Baca Lanjut
malaysia madani

MALAYSIA MADANI BUKAN SEKADAR SLOGAN, TETAPI MANIFESTASI NILAI AL-FALAH – DATO’ AHMAD AZAM

KLUANG, 30 April 2026 – Presiden Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH), Datuk Ahmad Azam Ab Rahman, menegaskan bahawa gagasan Malaysia MADANI merupakan satu kerangka kenegaraan yang kukuh berteraskan prinsip-prinsip Islam yang progresif dan syumul. Menurut beliau, intipati MADANI adalah satu usaha untuk membina peradaban yang berteraskan nilai “Al-Falah” (kejayaan dunia dan akhirat). Dalam pembentangannya bertajuk […]

Baca Lanjut
Seminar Kefahaman Malaysia MADANI Johor

SEMINAR KEFAHAMAN MALAYSIA MADANI NEGERI JOHOR GIATKAN NARATIF KENEGARAAN ISLAM

KLUANG, 30 April 2026 – Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH) Negeri Johor dengan kerjasama Akademi Kenegaraan Malaysia (AKM) dan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) hari ini berjaya menganjurkan Seminar Kefahaman Malaysia MADANI Peringkat Negeri Johor 2026. Program yang berlangsung di INTAN Kampus Wilayah Selatan (IKWAS) ini bertujuan memperincikan falsafah kenegaraan dalam usaha membina negara yang […]

Baca Lanjut
LPPKN LELAKI

WADAH SERTAI MESYUARAT LIBAT URUS LPPKN : PERKUKUH PERANAN LELAKI DALAM RMK-13

KUALA LUMPUR, 30 April 2026 – Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH) terus memainkan peranan aktif dalam ruang advokasi nasional dengan menyertai Mesyuarat Libat Urus Pemerkasaan Lelaki yang dianjurkan oleh Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) bertempat di Ideas Hotel, Kuala Lumpur hari ini. Mesyuarat ini menghimpunkan wakil daripada 20 Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) dan […]

Baca Lanjut
Jumlah Pelawat Hari ini :
2236
Jumlah Pelawat Keseluruhan :
458052
Klik Sini