SERUAN PEMBINAAN INSAN BERJIWA UMMATIK DI SEKOLAH

Kongsikan artikel ini :

Presiden WADAH Seru Pembinaan Insan Berjiwa Ummatik di SEMADAH Sempena Perasmian Mesyuarat Agung PIBG

PEDAS, NEGERI SEMBILAN, 17 Mei 2025“Kejayaan sebenar bukan hanya di dewan peperiksaan, tetapi bila anak-anak kita keluar sebagai insan berjiwa ummatik, yang hidupnya membawa manfaat kepada masyarakat dan agamanya.” Demikian intipati utama ucapan perasmian yang disampaikan oleh Dato’ Haji Ahmad Azam Ab Rahman, Presiden Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH), sempena Mesyuarat Agung PIBG Kali ke-30 di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Dato’ Haji Abu Hassan Haji Sail (SEMADAH).

Beliau menegaskan bahawa hala tuju selepas peperiksaan perlu lebih luas daripada sekadar angka Gred Purata Sekolah (GPS) atau keputusan SPM. Pendidikan, katanya, harus melahirkan generasi yang bukan hanya cemerlang secara akademik, tetapi berjiwa ummatik, iaitu generasi yang sedar akan tanggungjawabnya kepada umat, negara, dan akhirat.

Dalam ucapannya, beliau turut menyentuh ibrah daripada Surah Yaasin ayat 26–27:

“Dikatakan kepadanya: ‘Masuklah ke dalam syurga.’ Dia berkata: ‘Alangkah baiknya kalau kaumku mengetahui, akan apa yang menyebabkan Tuhanku mengampunkan aku dan menjadikan aku daripada golongan yang dimuliakan.'”

Ayat ini merujuk kepada seorang syahid, yang kerana perjuangannya, diberi keistimewaan untuk memilih mana-mana pintu syurga untuk dimasuki. Menurut beliau, ini seharusnya menjadi cita-cita tertinggi pelajar – menjadi insan yang hidupnya memberi manfaat, dan matinya dikenang kerana sumbangan kepada kebaikan ummah.

Prinsip Syura dan Permuafakatan

Penekanan prinsip syura atau permuafakatan turut disentuh presiden yang mana ia merupakan tunjang utama dalam pengurusan pendidikan dan masyarakat. Mengambil inspirasi dari ayat 38 Surah al-Syura, beliau menyatakan bahawa syura bukan sahaja amalan Nabi SAW, tetapi juga prinsip organisasi Islam yang relevan sepanjang zaman. “Tidaklah Allah perintahkan Nabi-Nya bermusyawarah melainkan kerana terdapat kelebihan padanya,” ujar beliau, memetik tafsir Imam al-Tabari dan Ibn Kathir.

Selain itu, beliau turut memuji pencapaian membanggakan pelajar-pelajar SEMADAH, terutamanya dalam bidang akademik, tahfiz, sahsiah dan kokurikulum. Keputusan SPM terkini serta penglibatan dalam pertandingan peringkat kebangsaan dan antarabangsa membuktikan keberkesanan ekosistem pendidikan di SEMADAH yang disokong oleh guru dan PIBG. “Segala kejayaan ini membuktikan hasil kerjasama dan berkat kesungguhan anak-anak dengan didikan para guru serta sokongan PIBG,” katanya.

Dato’ Ahmad Azam juga menyeru agar pendidikan anak-anak terus diasaskan kepada prinsip “adab dahulu, barulah ilmu”, selaras dengan nilai-nilai Rukun Negara kelima — kesopanan dan kesusilaan. Beliau menyimpulkan ucapannya dengan seruan agar semua pihak terus istiqamah dalam menyumbang demi kemaslahatan ummah.

Perjalanan Majlis Mesyuarat Agung PIBG SEMADAH Kali ke-30

Majlis Mesyuarat Agung PIBG SEMADAH Tahun 2025 dimulakan seawal 8.30 pagi dengan sesi pendaftaran dan sarapan pagi para hadirin. Majlis rasmi dimulakan pada jam 9.30 pagi dengan nyanyian lagu Negaraku, bacaan doa, serta ucapan aluan oleh pengerusi majlis dan Yang Dipertua PIBG, Ir. Dr. Safari bin Haji Mat Desa.

Kemudian, ucapan dan perasmian disempurnakan oleh Dato’ Haji Ahmad Azam, disusuli dengan acara penyampaian sijil dan cenderahati kepada barisan AJK PIBG sesi 2024/2025 sebagai tanda penghargaan atas jasa dan sumbangan mereka sepanjang tahun.

Mesyuarat agung tahunan diteruskan selepas itu bagi membincangkan laporan tahunan, pembentangan kewangan serta cadangan penambahbaikan program pendidikan sekolah. Suasana mesyuarat berlangsung dalam semangat muafakat dan keterbukaan.

Sebagai penutup, hadirin turut diraikan dengan cabutan bertuah, sebagai tanda penghargaan kepada sokongan berterusan ibu bapa dan warga pendidik kepada SEMADAH.

Dengan bertemakan semangat Malaysia Madani, majlis ini mencerminkan usaha berterusan dalam memartabatkan pendidikan berasaskan nilai, kerjasama dan kecemerlangan sahsiah generasi pewaris negara.

Berita Wadah|Berita Wadah - BM

WADAH Perkukuh Kerjasama Strategik Bersama TV AlHijrah: Teroka Dimensi Dakwah Digital

KUALA LUMPUR, 11 Mac 2026 – Dalam usaha membugar agenda dakwah melalui platform media perdana, barisan pimpinan pusat Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH) telah mengadakan lawatan rasmi ke Kompleks TV AlHijrah di sini, hari ini. Lawatan yang berlangsung pada 21 Ramadhan 1447H itu bertujuan meninjau operasi serta fasiliti penyiaran stesen televisyen Islam terulung negara tersebut. […]

Baca Lanjut

Kunjungan Hormat WADAH ke JAWI: Tekad Luaskan Skop Pengagihan Bantuan

KUALA LUMPUR, 11 Mac 2026 – Isu kebajikan dan pemerkasaan sosio-ekonomi umat Islam terus menjadi agenda utama Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH). Hal ini dizahirkan melalui satu kunjungan hormat pimpinan WADAH ke Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) bagi membincangkan ruang kerjasama yang lebih inklusif dan sistematik. Pertemuan yang berlangsung dalam suasana penuh ukhuwwah ini […]

Baca Lanjut
Pek ceria raya

AGIHAN PEK CERIA RAYA (PCR) UNTUK MUALAF DI IOA CENTRE

Kuala Lumpur, 15 Mac 2026 – Dalam semangat Ramadan yang mulia, WADAH Pencerdasan Umat Malaysia, dengan kerjasama Yayasan Taqwa, telah mengagihkan 55 pek Pek Ceria Raya (PCR) kepada para peserta mualaf di Islamic Outreach ABIM (IOA) Centre, Masjid Negara, Kuala Lumpur. Program ini bertujuan membantu golongan mualaf membuat persiapan menyambut Aidilfitri serta menyemai semangat kepedulian […]

Baca Lanjut
PEK CERIA RAYA

AGIHAN PEK CERIA RAYA (PCR) SANTUNI KOMUNITI OKU DI PPR LEMBAH SUBANG 2

Petaling Jaya, 15 Mac – Dalam semangat Ramadan yang penuh keberkatan, program Agihan Pek Ceria Raya (PCR) telah dilaksanakan di PPR Lembah Subang 2, Petaling Jaya, melibatkan pengagihan sebanyak 60 pek sumbangan kepada golongan Orang Kurang Upaya (OKU) dalam komuniti setempat. Program ini bertujuan membantu meringankan beban golongan yang memerlukan, khususnya dalam membuat persiapan menyambut […]

Baca Lanjut
Jumlah Pelawat Hari ini :
1557
Jumlah Pelawat Keseluruhan :
420102
Klik Sini