Agihan Pek Ceria Dapur WADAH Bantu Masyarakat Orang Asli Sungai Gabai
Hulu Langat, 3 Mac 2025 – Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH) dengan kerjasama Yayasan Taqwa dan Pusat Tunas Nahdah telah berjaya melaksanakan program Agihan Pek Ceria Dapur di Perkampungan Orang Asli Sungai Gabai, Hulu Langat, Selangor. Program yang berlangsung pada hari Isnin melibatkan seramai 50 buah keluarga Orang Asli yang menerima manfaat daripada sumbangan tersebut. Acara serahan disempurnakan oleh Tok Batin Kampung.
Pek Ceria Dapur yang diagihkan mengandungi pelbagai keperluan asas seperti susu pekat, beras, gula, tepung gandum, bihun, kopi, teh, sardin, kurma serta aneka rempah bagi membantu keluarga yang memerlukan dalam menjalani kehidupan seharian. Program sebegini bukan sahaja bertujuan untuk memberi bantuan makanan, tetapi juga sebagai satu bentuk dakwah bagi mendekatkan masyarakat Orang Asli kepada ajaran Islam serta nilai-nilai murni kehidupan.
Menurut Setiausaha Agung WADAH, En. Azizuddin, program ini diharapkan dapat memberikan manfaat bukan sahaja kepada penerima, tetapi juga kepada para petugas sekretariat yang terlibat dalam pelaksanaannya. “Kami mengharapkan agar program agihan ini dapat memberi input berguna kepada semua petugas sekretariat yang menyertainya agar dapat menilai semula tanggungjawab mereka yang sebenar sebagai aktivis untuk berbakti kepada masyarakat yang memerlukan,” katanya penuh harapan.
Pek Ceria Raya: Kerjasama yang Konsisten
Sejak tahun 2021, WADAH telah secara konsisten menjalankan program agihan seperti ini di perkampungan yang sama. Hasil daripada usaha berterusan, keadaan perkampungan ini telah menunjukkan perubahan yang positif dengan persekitaran yang lebih bersih dan keadaan sosial masyarakat yang semakin baik. Inisiatif ini juga turut merangkumi sesi susulan bagi memantau keadaan masyarakat Orang Asli melalui wakil kampung serta pengerusi sekretariat yang ditugaskan untuk memastikan keberkesanan program yang dijalankan.
Selain daripada aspek kebajikan, program ini juga mempunyai objektif utama untuk memahami konsep institusi sosial dan kemasyarakatan Orang Asli dalam konteks kepelbagaian budaya serta memperkukuhkan manhaj dakwah kepada golongan yang baru atau telah lama memeluk agama Islam. Pendekatan dakwah yang lebih berkesan dan kontemporari amat penting dalam memastikan masyarakat Orang Asli dapat memahami ajaran Islam dengan lebih jelas dan mendalam.
Semoga pemberian Pek Ceria Dapur ini dapat mengeratkan lagi silaturahim antara sekretariat dan masyarakat kampung serta membantu keluarga dalam membuat persediaan menghadapi Ramadan dan Syawal yang bakal menjelang. Inisiatif ini juga membuktikan bahawa semangat kebersamaan dan solidariti dalam masyarakat masih kukuh, selari dengan konsep Malaysia Madani yang menekankan kesejahteraan dan kebajikan rakyat.
Bismillahirrahmanirrahim. Saudara-saudari seperjuangan yang dirahmati Allah, Saya mengucapkan syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia-Nya, Majlis Tautan Ukhuwwah Safwah yang dianjurkan oleh Safwah SALWA (Sekretariat Hal Ehwal Wanita WADAH) dapat diadakan sebagai titik pertemuan bersejarah bagi generasi ABIM dan PKPIM yang berusia 35 tahun ke atas. Majlis ini bukan sekadar nostalgia perjuangan lampau, tetapi […]
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ Segala puji bagi Allah SWT, Tuhan sekalian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga Baginda, para sahabat serta mereka yang istiqamah di atas jalan dakwah hingga ke hari kiamat. Hadirin yang dirahmati Allah sekalian, Pada tanggal 16 April 2026 bersamaan […]
Pulau Pinang, 19 April 2026 – Setiausaha Agung WADAH, Azizuddin Ahmad, mengadakan pertemuan bersama Pengarah Pusat Islam USM, Ustaz Zaid, serta seorang Ahli Majlis Agama Islam Pulau Pinang bagi meneliti beberapa inisiatif penting yang melibatkan pembangunan mahasiswa dan pengukuhan peranan komuniti. Antara perkara yang diberi tumpuan ialah pelaksanaan program halaqah pelajar di bawah Pusat Islam […]
Pulau Pinang, 18 April – Majlis Raya Aidilfitri WAPS Pulau Pinang yang menghimpunkan WADAH, ABIM, PEMBIMBING dan SALWA berlangsung meriah di SERI Ad Diniah, Sungai Bakap. Lebih daripada sekadar sambutan perayaan, program ini menjadi ruang mempererat silaturahim antara pimpinan dan ahli gerakan, dalam suasana yang sarat dengan rasa syukur. Kehadiran Setiausaha Agung WADAH, Azizuddin Ahmad, […]